Skip to main content

Single Terbahru Delulu Ara Johari

Penyanyi yang terkenal dengan lagu-lagu balada rock, Ara Johari keluar dari zon selesa melalui single baharunya berjudul Delulu.

Delulu menjadi pertaruhan pertama Ara atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie, 27, selepas membuat keputusan untuk bergerak di bawah pengurusan sendiri. 

“Delulu berbeza daripada single saya sebelum ini. Boleh dikatakan sengle ini menunjukkan sisi lain Ara Johari yang biasa orang kenal saya dengan lagu jiwang dan sedih. 

“Ini juga fasa baharu dalam kerjaya nyanyian saya di mana bergerak dibawah pengurusan sendiri,” ujarnya. 

Lagu berentak Pop Dance ini merupakan hasil ciptaan Ara Johari berkolaborasi bersama Justin Seow & Ja’a. 

Bercerita lanjut, penyanyi yang dikenali menerusi lagu Bunga dan Warkah Untukku ini berkata, Delulu membawa mesej ringan yang sesuai dengan situasi masa kini. 

Tambahnya, ia juga hanya hiburan semata-mata yang tidak menyentuh mana-mana pihak. 

“Delulu membawa maksud delusional atau ilusi seseorang terhadap sesuatu yang tidak pasti. 

“Lagu ini membawa mesej ringan dan sekadar untuk hiburan. Delulu bukan lagu sindir mana-mana pihak hanya untuk hiburan setelah penat dengan isu-isu besar masa kini,” 

“Saya pasti siapa juga yang mendengarnya pasti akan ikut menari,” ujarnya. 

Delulu edaran One Stop Music ini sudah boleh didengari di semua platform streaming bermula Jumaat 3 May 2024. 


Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Wings Tawar Harga ‘Rahmah’, Hargai Sokongan Peminat Muzik itu satu rakaman masa, ianya terus berevolusi bergerak merentas zaman malah mendedikasikan sebuah revolusi buat penggemar baru dan lama, begitu juga dengan Wings yang terus terbang menggapai kejayaan yang seakan tiada noktah malah pasti ada kejutan dalam membina empayar dan perluasan pengaruhnya. Justeru itu tidak hairanlah mengapa Wings terus ‘meragut magis’ ratusan malah ribuan peminat yang sentiasa dahagakan aksi bertenaga Wings di atas pentas. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur’ menjadi wadah signifikasi yang seterusnya dengan tema yang dibawa! ‘Kuasa dan kemenangan’ itu telahpun  dicipta di pentas The Star Theatre , Singapura pada 29 Julai lalu,  tidak adil rasanya ‘kuasa’ itu tidak digagaskan di Malaysia apatah lagi ianya tempat di mana Wings ditubuhkan sejak 38 tahun yang lalu. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah manakala Awie Entertainment bertindak seba