Posts

DA UNKOWN TAMPIL SINGLE KEEMPAT BERJUDUL CINTA HATI

Image
  Selepas kejayaan single pertama berjudul Jangan Marah (Baby Sayang) yang meraih lebih 2.1 juta tontonan di YouTube serta single kedua, Tersakiti yang mendapat lebih 110,000 tontonan, kini kumpulan 'boyband' Da Unknown tampil dengan single ketiga bertajuk CINTA HATI. Kumpulan yang dianggotai empat anak muda kacak iaitu Muhammad Shazrul Affandy (Momo), 21; Izmeer Ibrahim (Izmeer), 20; Ameer Nor Azam (Ameer), 20; dan Awangku Zaq Amirul (Zaq), 19, tidak mengambil masa yang lama untuk melancarkan single baharu selepas kali terakhir pada awal tahun ini. CINTA HATI hasil ciptaan sepenuhnya oleh Momo sudah dilancarkan di kesemua platform digital manakala muzik video sudah boleh ditonton sejak 25 November lalu. Bercerita mengenai single CINTA HATI, Momo berkata, sebagai pencipta lagu dia mendefinasikan lagu itu sebagai karya yang ‘sweet’ dan ‘sexy’. “Lagu ini mengisahkan perjalanan seorang lelaki yang jatuh hati kepada seorang wanita yang diminati dalam diam. Lelaki itu ber

BUDI, KOLABORASI UNIK KMY KMO DAN LUCA SICKTA BERSAMA SUFIAN SUHAIMI

Image
  Siapa yang tidak boleh lupa beberapa karya hebat ciptaan duo penyanyi dan rapper, Kmy Kmo dan Luca Sickta. Malah, mereka juga berjaya berkolaborasi bersama beberapa penyanyi terkenal tanah air. Antaranya bersama Dato’ M. Nasir menerusi lagu Zuhud; Dato’ Sri Siti Nurhaliza (7 Nasihat); Dato’ Jamal Abdillah (Neraca); dan Hazama (Makuta). Lebih membanggakan Kmy Kmo dan Luca Sickta adalah, kesemua karya itu diterima baik pendengar sekali gus mencipta fenomena tersendiri. Terbaharu, Kmy Kmo dan Luca Sickta menghadiahkan peminat dengan buah tangan iaitu lagu bergenre tradisional berjudul Budi kolaborasi bersama penyanyi, Sufian Suhaimi. Kmy Kmo berkata, penulisan lagu Budi banyak diambil daripada celoteh seloka. "Lagu ini berentak tradisional dan ada unsur lawak. Jadi, kami kena pakai cara penulisan seloka. Saya ambil sedikit sebanyak contoh daripada lagu-lagu Allahyarham Tan Sri S M Salim, Dato’ M Nasir, Allahyarham Pak Ngah. Daripada situlah saya dapat idea penulisan lag

JARAK ‘MENYATUKAN’ AISHA RETNO & AZIZ HARUN

Image
  Siapa sangka perkenalan yang bermula sekitar tahun 2019 di antara penyanyi Aziz Harun dan Aisha Retno akhirnya 'menjentik' hati mereka untuk bersatu dalam single duet berjudul JARAK yang dilancarkan pada 24 Februari 2023 ini.  Paduan suara oleh dua penyanyi muda berbakat besar ini adalah hasil kerjasama dua syarikat rakaman terkenal tanah air, Sony Music Malaysia dan Faithful Music.  Lebih menarik, JARAK bakal dimuatkan dalam album pertama Aziz bertajuk “Yang Benar” yang dijangka dilancarkan pada Mac 2023.  Aziz berkata, dia berasa teruja apabila berpeluang berduet dengan Aisha dan tidak menyangka apabila kolaborasi yang pada mulanya hanya sekadar suka-suka berubah menjadi sebuah karya yang serius.  "Saya memang peminat Aisha daripada dulu lagi. Saya selalu memberikan komen setiap kali dia memuat naik lagu nyanyiannya di media sosial, tapi kami tidak berkesempatan untuk bertentang mata sebelum ini.  "Namun pada awal tahun lalu, ketika Aisha menyertai program realiti

ERRA FAZIRA DUTA CAPTAIN DOLPHIN

Image
  Pesona dan populariti pimadona Malaysia, Erra Fazira sekali lagi terbukti apabila pelakon, penyanyi dan pengacara terkenal itu menjadi pilihan dan buruan pelbagai jenama produk dan perkhidmatan. Terbaru, pada hari ini bintang berusia 49 tahun itu disunting pula oleh pengeluar makanan ringan berasaskan jeli, Happy Alliance Sdn Bhd menerusi jenama Captain Dolphin sebagai duta dan wajah produk mereka berkuatkuasa 9 Januari 2023. Erra yang teruja dengan pelantikan selama dua tahun itu berkata, pemilihannya bagi jenama snek yang menjadi kegilaan kanak-kanak dan remaja itu adalah satu penghormatan bagi dirinya. “Saya tidak sangka selepas tiga dekad menceburi bidang seni, nama dan diri saya masih mendapat kepercayaan dan perhatian daripada pelbagai pihak termasuklah pengeluar produk dan pengiklan. “Saya harus berterima kasih kepada Happy Alliance atas kepercayaan mereka dan semestinya pengurusan saya,  MindOrder Management atas perancangan dan rundingan terbaik bagi pelantikan ini,” k

Lagu Cuba, lebih santai, buat orang tersenyum...

Image
  Cintanya terhadap bidang muzik dan nyanyian semakin mendalam. Masakan tidak, Aman yang sebelum ini memulakan kerjaya seni dalam bidang lakonan memberanikan diri menubuhkan syarikat rakaman COF Music. Ternyata langkah beraninya itu membuahkan hasil. Menerusi syarikat itu, Aman, 34, atau nama sebenarnya Abdul Rahman Nassim sudah menghasilkan empat single. Malah, karya berjudul Cinta Terakhir yang dilancarkan pada 2021 mendapat sentuhan komposer terkenal Indonesia iaitu Bemby Noor dan dirinya sendiri. Melihatkan sambutan baik yang diterima terhadap setiap karya dihasilkan, Aman muncul dengan single terbaharu berjudul Cuba yang dilancarkan secara rasmi hari ini (24 Febnruari). Lagu ini adalah ciptaan sepenuhnya oleh Arif Peter, Kon, Jack Jafni, Pown Hasril dan Aman Nassim. Menurut Aman, lagu bergenre pop itu dififatkan sebagai sebuah lagu yang mudah didengar, diterima dan menangkap halwa telinga. "Lagu ini sudah disiapkan sejak November tahun lalu lagi. Lagu ini 'easy listening&

YONNYBOII DAN ALYPH MENCERITAKAN KISAH ‘SENGKEK’

Image
  Jika perlu menamakan seorang bintang hiphop yang meningkat naik dan berjaya meninggalkan kesan dalam industri muzik tempatan, Yonnyboii jelas merupakan calon tersebut. Sejak kemunculannya beberapa tahun yang lalu, bintang pelbagai bakat ini telah berjaya mencuri perhatian arena hiphop Malaysia. Kerap mengambil kesempatan atas setiap peluang yang diberikan, Yonnyboii terus mengorak langkah dan kini muncul dengan sebuah lagi karya baharu berjudul Sengkek. Dihasilkan bersama rakan seperjuangan dari Singapura ALYPH, Sengkek merupakan sebuah karya seni yang mampu memberikan kelainan dalam dunia hiphop serantau. Dicipta dan ditulis oleh Yonnyboii dan ALYPH, ia disusun oleh pemenang Anugerah Juara Lagu dan tokoh hiphop tersohor, SonaOne bersama-sama ALYPH yang juga bertindak sebagai penerbit bersama. Sengkek merujuk kepada sebuah perkataan yang digunakan dalam Bahasa Malaysia lisan di kalangan generasi muda. Ia bermakna tidak berduit dan bermula sebagai satu imbasan tentang