ARAH CINTA SITI NORDIANA

Lebih dua dekad atau lebih tepat 24 tahun dalam industri hiburan tanahair cukup mematangkan penyanyi terkenal, Siti Nordiana. Apatah lagi, sepanjang tempoh itu dia sudah melalui pasang surut, suka dan duka menjadi anak seni. Baik dalam soal kehidupan, sisi matang Siti Nordiana, 38, atau mesra disapa Nana juga diterjemahkan menerusi kerjaya nyanyiannya. Daripada hanya seorang penyanyi, Nana kini mampu menghasilkan lagu sendiri. Buktinya, beberapa single yang dihasilkan Nana selepas menjuarai program ‘Gegar Vaganza’ musim kedua (GV2) berjaya menambat hati peminat sekali gus meletakkan dirinya sebagai antara penyanyi lama yang kekal relevan sehingga kini. Kejayaan lagu seperti “Terus Mencintai” dan “Hatiku Milikmu” meraih populariti yang hebat mengembalikan semula zaman kegemilangan Nana. Malah, kemenangan di beberapa acara anugerah juga membuktikan kualiti karya yang dihasilkan. Terbaharu, Nana muncul menerusi single “Arah Cinta” hasil ci...