Janna Nick, Hairul Azreen & Hun Haqeem sambut raya bersama Mobile Legends
Mobile Legends: Bang Bang, arena pertempuran berbilang pemain mudah alih dengan komuniti permainan terbesar mengumumkan liga wira terbarunya - Janna Nick, Hairul Azreen dan Hun Haqeem menjadi wajah kempen 515 mereka pada Raya ini. Pemilihan selebriti-selebriti ini amat penting bagi pelan pengembangan perniagaan mereka kerana syarikat permainan digital antarabangsa itu ingin mengukuhkan tapak mereka di Asia Tenggara. “Sejak dari tahun 2016, kami sentiasa mengiktiraf rantau Asia Tenggara sebagai salah satu pasaran utama kami. Oleh itu, kami mengasimilasikan ciri permainan kami sedekat mungkin dengan budaya tempatan,” menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh MOONTON Games. Janna Nick, Hairul Azreen dan Hun Haqeem sambut Hari Raya sebagai wajah hero Mobile Legends: Bang Bang bagi kempen 515 kali ini. Selain itu, penonton juga boleh menikmati video bertemakan Raya yang disajikan oleh MOONTON Games yang sarat dengan mesej bermakna. Ia memfokuskan kepada k...