Posts

Showing posts from August, 2021

WE LIVE TO GIVE – LAGU PENUH HARAPAN

Image
  Universal Music Malaysia telah melancarkan ‘We Live To Give’ (‘Kita Hidup Untuk Memberi’) oleh Athalia , Diana Danielle , Shalma Eliana juga menampilkan Simon Webbe dan Asyraf Nasir sebagai lagu pemberi harapan dalam mengharungi kesukaran yang dihadapi oleh rakyat Malaysia. Kerjasama di antara The Giving Bank dan Universal Music Malaysia ini bertujuan untuk memberi kesedaran di kalangan rakyat Malaysia agar sentiasa memberi harapan dan bantuan kepada golongan kurang berkemampuan di Malaysia. Penceritaan lagu ini membawa pesanan tulus yang mampu mendorong pendengar agar memupuk perasaan kasih sayang dan belas ihsan melalui amalan baik. "We Live To Give" menampilkan artis tempatan seperti Athalia , Diana Danielle , Shalma Eliana juga menampilkan superstar global, Simon Webbe dan penyanyi yang meningkat naik Asyraf Nasir . Athalia, Shalma Eliana dan Asyraf Nasir percaya bahawa lagu ini sarat dengan rasa cinta, hormat, harapan dan masa yang diterjemahkan kepada kecenderung

COF LOCKSTAR program realiti pertama secara dalam talian

Image
  Syarikat rakaman COF Music dengan bangganya memperkenalkan program realiti pertama secara dalam talian iaitu COF LOCKSTAR. Program yang memulakan pencarian peserta juga secara dalam talian sejak bulan lalu itu berjaya menerima lebih 2,000 penyertaan. Bagaimanapun, hanya 12 peserta terbaik layak ke peringkat seterusnya. Pengarah Urusan COF Music, Aman Nassim berkata, COF LOCKSTAR bermatlamat melahirkan penyanyi baharu yang bersandarkan pada bakat dan kualiti. Malah, bagi Aman satu cabaran besar buat dia dan seluruh pasukan dalam menjayakan program realiti ini kerana sepenuhnya diadakan secara dalam talian. “Apa saya boleh katakan, ini program realiti pertama yang sepenuhnya dibuat secara virtual atau dalam talian. Sudah tentu memberikan cabaran tersendiri pada pasukan produksi terutama dari segi nak mencari kualiti peserta. “Ada lebih 2,000 video yang dihantar di mana semua perlu dinilai terlebih dahulu oleh juri profesional sebelum memilih 12 yang terbaik. Daripada jumlah itu

Amir Masdi beri semangat harungi cabaran masakini

Image
  Kemunculan penyanyi Amir Masdi buat pertama kali di pentas Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL 35) yang lalu membuka mata ramai pihak akan kemampuan sebenar dirinya.   Malah, sejak itu juga Amir, 25, atau nama sebenarnya Amir Syazwan Masdi terus menjadi perhatian selain berjaya mengumpul peminat baharu.   Apatah lagi genre muzik yang dibawa iaitu ‘modern rock’ dianggap cukup kena dengan mutu vokal hebat beliau dan mampu menjadi identiti diri dalam kerjaya nyanyiannya.   Yakin dengan genre muzik yang menjadi pilihan, Amir yang popular menerusi lagu ‘Puas’, ‘Kau Sakiti’ dan ‘Asmara’ muncul dengan buah tangan terbaharu, iaitu lagu ‘Esok’ hasil ciptaan bersama Shazee Ishak, Audi Mok dan Amir sendiri.   Lagu bergenre ‘modern rock’ terbitan syarikat rakaman Nova Music itu sudah dirakam sejak awal tahun ini lagi.   “Lirik lagu ini mengikut konsep dan idea daripada saya sendiri. Saya mahu sampaikan sesuatu yang boleh memotivasikan diri dan memberi semangat. Sebab sekarang semu

Thank You Allah 100,000 Tontonan Di YouTube

Image
 Penyanyi Datin Alyah bersyukur kerana muzik video rasmi Thank You Allah yang dilancarkan dua minggu lalu itu kini sudah menerima hampir 100,000 tontonan di YouTube.  Malah lirik video lagu yang turut menampilkan Cat Farish dan Haris Ismail itu pula ditonton hampir 3 juta kali sejak dimuat naik menerusi platform berkenaan pada Ramadan.  Menurut Alyah, selain menampilkan bait-bait rap nyanyian Cat Farish serta monolong dalam Bahasa Melayu dan Arab oleh Haris, Thank You Allah berjaya menyatukan lima pengasas produk yang diundang sebagai pelakon di dalam muzik video.  “Sepatutnya enam wanita hebat terbabit di dalam muzik video ini. Akan tetapi kita hanya merancang tapi Allah SWT yang menentukan kerana salah seorang daripadanya tidak dapat bersama-sama pada saat akhir kerana mempunyai komitmen yang perlu didahulukan.  “Ikutkan hati, memang berhajat mahu kumpulkan semua untuk melengkapkan jalan cerita. Tapi tidak mengapa, semuanya dipermudahkan. Mereka termasuk saya berlakon sebagai adik-be

PROGRAM ISTIMEWA DEDIKASI KEPADA WIRA NEGARA

Image
  Bersempena dengan kempen Kita Malaysia #BaikSemula yang sedang rancak berlangsung di semua platform Media Prima Berhad, TV3 bakal menyajikan program bual bicara istimewa Malam #BaikSemula yang dihoskan oleh Nabila Huda, AG dan Fara Fauzana pada 28 Ogos 2021 dari pukul 10.00 malam hingga 11.30 malam.  Malam #BaikSemula memberi penghargaan tinggi kepada barisan petugas hadapan yang komited dengan amanat yang diberikan dan atlet negara di sukan Olimpik Tokyo 2020. Antara tetamu yang akan ditemu bual ialah Dato' Azizulhasni Awang, Faizal Tahir, Jaclyn Victor, Siti Nordiana, Tuju K-Clique, Alif Satar, Aina Abdul, Khai Bahar, Shuib Sepahtu, Ismail Izzani, Douglas Lim dan ramai lagi. Para penonton juga akan disajikan dengan beberapa muzik video pilihan yang menjadi peneman dan pemangkin semangat rakyat Malaysia tatkala diuji dengan pelbagai rintangan dan menempuhi detik-detik yang paling mencabar ini.  Sejak penularan wabak Covid-19, barisan petugas hadapan komited menggalas tanggungj

MOBILE LEGEND : ANONYMOZ MERDEKA CHALLENGE 2021

Image
 E-Sukan merupakan sesuatu yang bukan asing lagi di Malaysia. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pembangunan E-Sukan semakin pesat dan telah mendapat sokongan daripada kearajaan melalui dana-dana yang telah diperuntukkan. Justeru itu, Anonymoz Gaming, sebuah organisasi E-Sukan yang diterajui oleh seorang anak muda berusia 25 tahun iaitu Muhammad Haikal Mohd Fauzi ataupun dikenali sebagai Ben Haikal, juga tidak mahu terlepas meceburkan diri dalam pembagunan E-Sukan. Dengan membawa visi Menjadi salah satu organisasi E-Sukan terkemuka di peringkat Antarabangsa, Anonymoz Gaming ini mensasarkan anak muda yang ingin mengembangkan bakat mereka di dalam industri E-Sukan. Organisasi ini berharap, dengan adanya program- program sebegini, ia bukan sahaja mampu mengembangkan karier E-Sukan anak muda dan memajukan industri E-Sukan Malaysia, diharap juga mampu mengelakkan anak muda daripada terjatuh ke kancah aktiviti yang tidak sihat  seperti dadah, lumba haram dan sebagainya. Oleh itu, dengan

ASTRO RIA SAJI DUA DRAMA RANTAIAN BAHARU SECARA ‘BACK-TO-BACK’ Jalan cerita bertemakan kisah famili dan seram menjadi taruhan sebagai pelengkap malam hari yang selesa dan menghiburkan

Image
  Istimewa buat peminat drama Melayu tempatan, dua buah naskhah baharu menampilkan karya asal dengan genre yang berbeza bakal dihidangkan secara ‘back-to-back’ untuk menghiburkan malam anda pada setiap hari Isnin hingga Khamis di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124). Untuk pilihan yang lebih fleksibel, kedua-dua drama tersebut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand.   Drama ‘Hawa’ terbitan Infinitus Productions Sdn. Bhd yang mengangkat genre kekeluargaan bakal mengambil alih slot Megadrama pada jam 10.00 malam bagi menggantikan drama ‘Cik Ayu Mee Sanggul’ bermula 24 Ogos 2021. Drama ini menampilkan sutradara dan aktor berbakat Tam Suhaimi selaku pengarah dan penulis skrip. Manakala bekas aktres yang kini lebih selesa bergerak aktif dengan kerja di belakang tabir sebagai pengarah dan penulis skrip, Baizura Kahar turut menyertai Tam sebagai panel skrip.   Raqim Ahmad, Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro “Berdasar

Astro SMK Kembali Untuk Musim Ketiga Dengan Pengisian Kandungan Yang Lebih Menarik & Segar, Diceriakan Lagi Dengan Kehadiran Watak-Watak Baharu!

Image
    Siri popular kegemaran ramai yang turut mengungguli kategori ‘Best Quarantine-Themed Drama/Feature/Programme’ di Anugerah ContentAsia 2020 yang berlangsung tahun lalu, ‘SMK’ kini Kembali di Astro Ceria (saluran 611) ! Menerusi musim ketiganya ini, geng SMK akan membawa penonton menelusuri pengembaraan yang menyeronokkan menerusi pengalaman pembelajaran dari rumah atau PdPR dan cabaran-cabaran yang perlu mereka lalui, dalam satu jalan penceritaan yang ‘dekat dengan hati’ dan sarat dengan elemen komedi. Melihatkan kepada situasi pandemik pada hari ini yang menyebabkan sekolah-sekolah masih belum boleh dibuka kerana mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pelajar SMK perlu mengadaptasi dengan norma baharu untuk sentiasa #kekaldirumah dan menyesuaikan diri untuk berada jauh dari rakan-rakan sekelas.  Untuk musim ini, kehadiran beberapa nama-nama baharu memeriahkan lagi perjalanan siri ini. SMK menampilkan pendatang baharu, Fara Nadiah dan Kiwi Chong , yang masing-masing membawak

IRAMA BUKAN HANYA SEKADAR LAGU

Image
 Nama penyanyi tanah air Shiha Zikir, kini sudah mula dikenali di persada antarabangsa terutamanya di Los Angeles apabila baru-baru ini beliau berjaya memenangi anugerah Intercontinental Music Awards (ICMA) dalam kategori Pop Asia. Anugerah itu sekaligus membuktikan bahawa anak Malaysia juga mampu bersaing setaraf dengan penyanyi antarabangsa lain. Situasi pandemik Covid-19 bukan penghalang buat Shiha Zikir untuk terus aktif dalam industri muzik yang diminatinya. Terkini, Shiha Zikir telah bersedia untuk melancarkan lagu terbaharunya yang bertajuk ‘IRAMA‘ setelah hampir setahun beliau fokus kepada bidang lakonan dan pengacaraan. Lagu ‘IRAMA‘ ini merupakan hasil kolaborasi di antara dua label music iaitu Todak Music & Alternate Records & Talent. Lagu berentak catchy dan up to date ini merupakan sentuhan Iqie Hugh, Firdaus Rahmat dan John Jeeves. Diinspirasikan oleh Pop Korea, rentak ini menjadi trend dan senang untuk didengar. Lagu ini mengisahkan tentang seorang perempuan yang

Remy Ishak Sah Bergelar Suami Kepada Ezza Yusof

Image
 Pelakon tanah air Remy Ishak, 39 tahun selamat bernikah bersama pilihan hatinya Ezza Yusof (38 tahun) sebentar tadi di Masjid Negara Kuala Lumpur. Pasangan ini diijabkabulkan oleh abang pengantin perempuan sendiri iaitu Rozman Yusof. Ezza atau nama sebenar Roszaliza Yusof menerima sebentuk  cincin sebagai mas kahwin. Mengikut Prosedur Operasi Standart (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Agama Islam Kuala Lumpur (JAWI), sesi pernikahan ini hanya dihadiri oleh pasangan mempelai dan wali kepada pengantin perempuan yang juga abang kandungnya  Rozman Yusof. Remy dan isteri mengenakan busana pengantin hasil rekaan Mirul Jonit, turut ditatarias oleh juru make up Chomel dan Adik Wan serta penata gaya oleh Tym Fatimah. Menurut Remy Ishak, dia memanjatkan kesyukuran kerana sesi pernikahan ini dapat berjalan dengan lancar. Pasangan ini turut menitipkan ucapan khas buat semua rakan-rakan dan peminat “Maka bermulalah perjalanan baru bagi kami sebaga

Ahmad Adly Tampil Dengan Nota Hasratku

Image
 Melihatkan keadaan semasa kebanyakan orang yang terkesan akibat pandemik Covid19 sebenarnya memberikan kesan kepada penyanyi yang satu ini. Kesukaran yang mereka lalui sedikit sebanyak memberikan pelajaran kepadanya untuk bersama-sama semua menghadapi apa sahaja dugaan dan rintangan yang mendatang. Bagi AHMAD ADLY, 21 tahun, apa yang dilihat dan dirasainya itu  diterjemah kedalam lirik lagu NOTA HASRATKU yang menjadi pertaruhannya ketika ini. Lagu yang sudah pun dilancarkan secara rasmi pada 6 Ogos di semua platform digital dan Youtube Indigital Music membawa emosinya bersama dengan mereka yang berhadapan dengan apa juga kesukaran dalam kehidupan. “Seperti mana yang kita semua tahu pelbagai dugaan yang dihadapi sampai ada yang terganggu emosi sampai sanggup membunuh diri. Semuanya kerana tekanan dihadapi sehingga ada yang tidak mampu melaluinya lagi. “Tapi di sebalik ujian dan dugaan percayalah ada sinar juga  menanti. Anda tidak keseorangan dalam menghadapinya memandangkan

SEKUEL KEDUA DRAMA ‘SAGA 2.0’ TAMPIL PLOT SERBA BAHARU

Image
  Kesinambungan kisah aksi mantap yang sarat dengan pengajaran menerusi empat buah episod istimewa di Astro Ria mulai 18 Ogos ini Drama mini bersiri ‘SAGA 2.0’ merupakan sekuel kepada bahagian pertama naskhah ‘SAGA’ yang menampilkan penceritaan penuh aksi bertemakan elemen pertarungan seni bela diri campuran atau Mixed Martial Arts (MMA) terbitan syarikat produksi MediaCorp TV Singapore Pte. Ltd. Kesinambungan bahagian kedua bakal mengetengahkan konflik dan plot twist serba baharu yang dikembangkan daripada edisi pertama bagi menyuntik kelainan segar untuk naratif kisah kali ini.   Sekuel ‘SAGA 2.0’ diarahkan oleh sutradara Khairudin Samsudin serta turut menampilkan Azizah A Malik selaku penerbit eksekutif dan Azian Pasiran selaku penulis skrip. Drama ‘SAGA 2.0’ diterajui oleh pelakon handalan seperti Imam Shah, Jeff Catz, Hasnul Rahmat, Hannah Delisha dan Shah Iskandar. Lebih istimewa lagi, drama ini turut diserikan dengan penampilan khas oleh bintang atlet MMA iaitu   Amir