Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2022

Pertunjukan Tutur Batin Live Concert Kuala Lumpur, Yura Yunita Berbagi Intuisi.

  Pelaku seni dengan nama Yura Yunita selalu mengingatkan khalayak tentang betapa antusias dan hebatnya impak setiap karya yang dihasilkan.   Lihat sahaja impak dari single pertama, Intuisi yang telah membuat dia penghargaan Pencipta Lagu Terbaik di penghargaan Anugerah Musik Indonesia pada tahun 2017 dan menjadi Penyanyi Solo Wanita Terbaik di penghargaan yang sama tahun 2018. Yura juga memenangi anugerah Artis Solo Wanita Pop Terbaik di Anugerah AMI 2022.   Setelah itu pemilik nama sebenar Yunita Rachman ini pantas membina reputasi kariernya dalam bidang seni.   Merakit, album yang dilahirkan pada tahun 2018 terus mengukuhkan namanya.   Dua tahun perlu ‘berpuasa’ menyapa peminat lewat persembahan pentas, suasana dunia yang kembali berputar seperti biasa memberi peluang buat Yura kembali berkarya.   Kali ini, penyanyi dan penulis lagu bahasa Sunda ini mahu lebih dekat dengan penggemarnya di Malaysia.   Maka sebuah persembahan dengan nama unik iaitu Pertunjukan

BUSANA LAGI HEBAT, DALANG LAGI SOHOR THE MASKED SINGER MALAYSIA KEMBALI UNTUK MUSIM KETIGA

  Seringkali mencetus tanda tanya—Siapakah di sebalik topeng?, ‘ The Masked Singer Malaysia’ kini kembali untuk musim ketiga! Dengan rekaan busana yang hebat-hebat belaka serta disulami suara-suara yang mantap, ‘TMSMY’ pastinya sekali lagi menggamatkan suasana dengan showmanship yang tiada bandingan.  Musim pertama ‘TMSMY’ sebelum ini telah menyaksikan penyanyi popular tanah air, Aina Abdul dinobatkan sebagai Juara dalam kostum Bunga Raya. Manakala penyanyi versatil, Shila Amzah pula merangkul kejuaraan untuk musim kedua dengan kostum Rambutan. Sememangnya ‘TMSMY’ menjanjikan kemantapan pemilik suara di sebalik kehebatan busana dan topeng pada setiap musim.  Tampil dengan lebih gah, ‘The Masked Singer Malaysia’ musim ketiga bakal membuka tirainya semula dengan kehadiran 15 orang barisan selebriti terkemuka negara yang terdiri daripada nama-nama hebat dari pelbagai cabang seni seperti penyanyi, pelakon, pelawak, personaliti TV, atlet sukan, pempengaruh media sosial dan ramai lagi.

16 BARIS KEMBALI LEBIH HEBAT DI MUSIM KETIGA

 Setelah lama ditunggu-tunggu, rancangan pencarian bakat hip hop yang paling diraikan di Asia, 16 Baris kembali dengan lebih hebat di musim yang ketiga. Memperkenalkan bakat-bakat terbaharu dalam dunia hip hop, rancangan ini menjanjikan lebih banyak aksi luar biasa berbanding musim-musim yang lalu. Masih mengekalkan format yang sama seperti sebelumnya, ia menampilkan sutradara hip hop tersohor, Shahrin Bahar yang pernah menghasilkan video muzik hebat seperti Ciao, Veto dan terbaharu lagu tular, Swipe. Menurut pencetus idea rancangan tersebut, tokoh hip hop Joe Flizzow, musim ini menampilkan lebih banyak rentak dan muzik hip hop hasil sumbangan para penerbit yang turut serta bersaing. “Dengan begitu banyak bakat baharu, setiap peserta mempunyai potensi untuk menjadi bintang hip hop seterusnya. Pastikan anda mengikuti perkembangan bakat-bakat serantau dari negara-negara jiran seperti Thailand, Filipina, Singapura, dan Indonesia. Kami sangat gembira dengan penyertaan yang mere

TINGGALAN CINTA DAN DUA MUKA AISHAHANIM

Tinggalan cinta dan Dua Muka nyanyian yang disampaikan oleh penyanyi duo kembar seiras AISHAHANIM tetap menjadi OST drama tv. Kali ini  kedua lagu ini akan menjadi runut bunyi Drama bertajuk Cerai Nikah dan Rujuk pada 2023 dia ASTRO Ria  Lagu Tinggalan cinta bertemakan genre Balada dan lagu ini mengisahkan cinta yang dikecewakan oleh pasangan kecurangan suami isteri, dan sebagainya untuk lagu Dua Muka lagu ini bergenre pop dan mengisahkan realiti kehidupan masyarakat yang tersembunyi dan hipokrit sepertimana tidak indah dan tidak sama di media sosial apa yang masyarakat tonjolkan dan seseorang yang bermuka muka Lagu Tingalan Cinta dan Dua Muka ini merupakan ciptaan Omar K, Hanis Rafi dan lirik oleh Firdaus Rahmat ini sudah boleh didapati di pelantar digital kegemaran anda seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan Apple Music. Bagi terus membina momentum ke dua lagu ini,  video muzik rasmi Tinggalan Cinta telah dilancarkan pada 16 September 2022 menerusi saluran  Yout

DUAN NAGO BOGHO Bukan Sekadar Filem Aksi

  Angkat Perjuangan Maruah Seni Mak Yong’ Tidak dinafikan filem bercorak aksi sememangnya antara yang genre yang cukup digemari penonton di Malaysia. Melihat kepada potensi filem sebegini membuatkan syarikat produksi Kalamarif Holdings Sdn. Bhd. muncul dengan sebuah naskhah istimewa berjudul Duan Nago Bogho. Menariknya, filem ini mengetengahkan seorang pengarah dan pelakon hebat iaitu Sabri Yunus yang cukup dikenali dengan naskhah Pok Ya Cong Codei. Penerbitnya, Kolonel Bersekutu (PA) Arisz Ab Rahman berkata, pihaknya berminat untuk menerbitkan filem Duan Nago Bogho ini kerana tertarik dengan skrip dan jalan cerita yang turut dihasilkan Sabri. “Saya melihat filem ini berbeza dengan filem-filem aksi sedia ada. Duan Nago Bogho benar- benar filem berwajah kita yang menggabungkan aksi dengan elemen seni budaya Malaysia iaitu Mak Yong dengan nilai komersial. “Mengenai pemilihan tajuk pula, ia adalah gambaran sifat watak utama iaitu Duan seperti ular ‘Nago Bogho’ atau lebih diken

NABILA RAZALI LANCAR SINGLE AKU TERLUKA, KESINAMBUNGAN PELUANG KEDUA

Selepas kejayaan lagu Peluang Kedua dan Putus, Nabila Razali kini sekali lagi muncul dengan single berentak balada pada tahun 2022. AKU TERLUKA ini merupakan hasil kolaborasi pertama komposer Amylea Azizan dan MFMF. “Selepas Putus yang dilancarkan pada hari lahir saya tahun lepas, saya kembali dengan lagu baharu yang merupakan kesinambungan kepada lagu Peluang Kedua. Saya rasa ada yang perlu saya jelaskan dalam lagu Peluang Kedua dan semuanya ada dalam lagu AKU TERLUKA ini. Saya berharap peminat dan pendengar muzik Malaysia dapat menerima lagu ini seperti lagu-lagu saya yang lain sebelum ini” katanya.  Nabila ditemui pada sidang media lagu AKU TERLUKA yang diadakan di pejabat Universal Music, di sini, pada Rabu. SIARAN MEDIA Muzik video AKU TERLUKA akan dilancarkan di saluran YouTube Nabila Razali Entertainment bermula jam 9 malam ini. Lebih menarik, muzik video berkenaan sekali lagi menampilkan, pelakon dan penyanyi rap, MK K-Clique yang sebelum ini juga pernah berkolaborasi dalam muz

‘ALL TOGETHER NOW MALAYSIA’ KEMBALI UNTUK MUSIM KEDUA

 Segalanya lagi gah dan hebat menerusi ‘All Together Now Malaysia’ musim kedua (ATNMY 2) yang bakal menemui para penonton Astro mulai 11 Disember ini. Dengan bahang ‘Gegar Vaganza 9’ yang masih dirasai, Astro bertekad untuk memastikan hiburan premium dan terkini berterusan. Lantas, ‘ANTMY 2’ bakal memberikan kesinambungan yang dinamik dalam memartabatkan industri hiburan negara ke pentas yang tinggi. Berdasarkan format asal ‘All Together Now’ terbitan BBC One dari United Kingdom, Astro mempersembahkan barisan juri yang popular dan glamor dengan mengetengahkan 13 muka juri baharu termasuk Datuk Aznil Hj. Nawawi, Ajai, Rozita Che Wan, Shila Amzah, Nikki Palikat, Marsha Milan, Reshmonu, Vince Chong serta ramai lagi. Datuk Syafinaz Selamat pula menggalas tugasan sebagai Kapten Juri yang baharu. Pemilihan juri-juri baharu ini turut melambangkan landskap kehendak penonton yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan minat. Ia turut merangkumi kemajmukan masyarakat negara kita

PEMINAT BANTU LENGKAPKAN LIRIK LAGU IGAUAN MALAM

  Perjalanan kumpulan yang ditubuhkan pada 2015 ini sudah berjaya mencipta pelbagai kejayaan manis sekali gus meletakkan Insomniacks berada di liga tersendiri dalam persada seni hiburan tanah air.   Single mereka berjudul Sempurna yang dilancarkan pada 14 Februari yang lalu telah menduduki carta RIM selama 39 minggu berturut-turut dan Insomniacks juga berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Muzik Muzik ke 37 menerusi single yang sama.   Terbaharu kumpulan yang dianggotai tiga anak muda iaitu Iqie, Iskandar dan Danial ini tampil dengan single baharu berjudul IGAUAN MALAM yang sudah boleh didengari di kesemua platform digital pada 4 November lalu.   Lebih menarik, video muzik IGAUAN MALAM turut dilancarkan di YouTube rasmi Insomniacks pada 18 November yang lalu.   Bercerita mengenai buah tangan terbaharu ini, IGAUAN MALAM bercerita mengenai seseorang yang sentiasa dihantui oleh pemikiran negatif dan berjuang untuk keluar daripada kesukaran itu.   Iqie se