Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2022

EVOLUSI SOPHIA ZUHRI

                                                                                                   Album pertama Sophia yang dinanti-nantikan akhirnya menemui peminat selepas single pertamanya, ‘Game of Charades’ diterbitkan pada Mac 2021. Pada usia 18 tahun, Sophia mengakui dia sudah matang dan bangga dengan pencapaiannya sehingga saat ini. Sophia yang merupakan seorang komposer dan penulis lirik cenderung menulis tentang kehidupan dari kaca matanya sendiri. Siapa sangka, lagu hasil nukilan Sophia, ‘Game of Charades’ membawa pemilik nama Sophia Zuhri  itu lebih matang dalam penulisan lagu. Lebih manis, ‘Game of Charades’ dapat distrim dalam platform Spotify sejak Mac 2021. Menurut Sophia, menulis lagu menjadi medium ‘observation’ buat dirinya. “Saya mampu meluahkan pemerhatian saya terutamanya tentang kehidupan dalam lagu-lagu nukilan saya. Saya percaya kebanyakan dari kita pernah melalui pelbagai fasa kehidupan terutamanya ketika meningkat dewa

KEBANGKITAN ANGKATAN PELAWAK BAHARU DI ‘AWESOME RAJA LAWAK’

  Program ‘ Awesome Raja Lawak’ terbitan saluran stesen televisyen swasta percuma (free-to-air) Awesome TV ialah sebuah pertandingan pencarian bakat bagi mengenal pasti pelapis pelawak versatil angkatan baharu sekaligus mengangkat martabat genre komedi ke peringkat yang lebih tinggi.   Pertama kali diperkenalkan pada tahun 2007, platform perintis program realiti komedi popular yang dahulu dikenali dengan jenama ‘Raja Lawak’ terbukti berjaya mencetuskan fenomena tersendiri dalam industri seni tanahair dan sudah melahirkan ramai pelawak versatil seperti Nabil Ahmad, Jihan Muse, Johan, Zizan Razak, Sepahtu, Shiro, Zero serta ramai lagi.   Untuk edisi yang terbaharu, seramai 14 peserta yang merangkumi empat peserta solo, enam peserta duo dan empat peserta trio bakal bersaing di pentas utama ‘Awesome Raja Lawak’ selama sepuluh minggu untuk musim yang pertama. Empat peserta solo terdiri daripada Azhar, Kanmani, Hanif dan Zunny . Peserta duo pula terdiri daripada Kumpulan Sod

Konsert Malai Solo Noraniza Idris eksklusif dan bertaraf antarabangsa

Kemunculannya pada pentas Anugerah Juara Lagu ke-12 pada 1997 menerusi lagu Awallah Dondang membawa nama Noraniza Idris terus meluncur jauh hingga mendapat gelaran Ratu Irama Malaysia. Deretan lagu seperti Dikir Puteri, Dondang Dendang, Hati Kama, Tinting, Ngajat Tampi, Hala Timur, Tandang Bermadah, Hatinya Tak Tahan dan banyak lagi adalah bukti perjuangan yang dibawa Noraniza Idris dalam memartabatkan irama muzik tradisional tidak pernah padam hingga sekarang. Siapa boleh lupa setiap kali kemunculan Noraniza Idris sama ada di pentas AJL, acara anugerah atau apa saja, persembahannya cukup meriah dan memukau. Gabungan irama tradisional Melayu dan tarian cukup menyatu di pentas. Tidak dinafikan, Noraniza Idris memang berada di liga dan kelas tersendiri. Selepas 36 tahun, Noraniza Idris membawakan sebuah persembahan berskala konsert, pertama dan terakhir yang pastinya cukup eksklusif serta bertaraf antarabangsa diberi nama Konsert Malai Solo Noraniza Idris yang bakal diadakan

BURN LAGU TERBAHRU DARI SARAH SUHAIRI

Menelusuri langkah kerjaya anak seni bernama Sarah Suhairi yang mula dikenali selepas menjuarai program realiti Big Stage pada musim pertama telah membuka banyak cabang dan peluang buat beliau untuk mengembangkan bakatnya dalam bidang ini. Pernah tampil dengan karya pop melalui single Nyawa Raga pada tahun 2018, kini beliau kembali dengan trek terbaru hasil kerjasama komposer Apipapol dan beliau sendiri melalui single ‘Burn’ pada Ogos 2022 ini. Sarah Suhairi telah yang menganjak usia 22 tahun pada tahun ini menyifatkan karya ‘Burn’ ini antara istimewa buatnya dan telah memasang impian untuk mengeluarkan rentak sebegini sejak beliau mula memasuki bidang ini lagi. Kerjasama beliau bersama komposer Apip bermula dengan cover video yang sering sarah keluarkan melalui siri #SarahSunday dimana Apip bertindak sebagai arranger dan mendapat sambutan yang positif dari peminatnya. Single ‘Burn’ yang berkisahkan tentang isi hati dari wanita dalam perhubungan ini sangat berlainan dengan

LEBIH DARI SEKADAR FILEM - MAT KILAU MELUASKAN LEGASINYA DI DUNIA ALAM MAYA!

  Nama Mat Kilau memang tidak asing lagi kepada rakyat Malaysia dalam kamus sejarah negara ini. Selepas kisahnya diabadikan menerusi filem yang mendapat sambutan hangat baru-baru ini, Mat Kilau telah meninggalkan kesan di kalangan rakyat Malaysia dalam budaya pop tempatan hari ini. Namun, ianya tidak terhenti di situ sahaja. VNG Games dengan bangganya mengumumkan bahawa wira legenda Mat Kilau kini akan memasuki dunia alam maya dan mengembangkan legasinya pada permainan mudah alih - King of Nations !   Dato’ Adi Putra Dan Fattah Amin Bicara Tentang King Of Nations!   King of Nations kini tersedia di Google Play & App Store mulai 22 Ogos 2022, jangkaan peminat tempatan semakin memuncak apabila permainan itu diperkenalkan oleh pelakon asal - Dato’ Adi Putra Dan Fattah Amin . Lakonan yang mantap dan semangat juang dalam filem Mat Kilau membuatkan 2 selebriti popular ini dipilih untuk mencuba permainan mudah alih terkini keluaran VNG Games.   Menurut Dato’ Adi Putra, “Replik

Terpaling Juara: Hattan Guna Kuasa Veto

  Konsert pertama Terpaling Juara yang diacarakan oleh Haziq Hussni dan Shiha Zikir berlangsung dengan meriah malam tadi di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Bersiaran secara langsung di TV3, Terpaling Juara mempertaruhkan tiga kapten, Akim Ahmad, Hael Husaini dan Naim Daniel yang merupakan penyanyi, penggubah lagu dan penulis lirik yang berbakat besar serta pemilik trofi Anugerah Juara Lagu (AJL) di anugerah paling berprestij. Menerusi program yang menampilkan Datuk Hattan dan Fauziah Latiff selaku juri tetap ini, tiga kapten akan membimbing seorang penyanyi senior dan seorang bintang baharu untuk menjayakan persembahan mingguan yang bertemakan #PlaylistAJL. Di minggu pertama ini, tiga penyanyi senior, Hazami, Rahmad Mega dan Ifa Raziah bersama tiga penyanyi junior, Shaz (Shazreen Shaharum), 26, Aqmal (Aqmal Ramdan), 26 dan Aqeesh (Aqeesh Aleeya), 18, menonjolkan bakat mereka sebelum diberikan kepada kapten masing-masing. ebelum konsert berakhir, Hattan menggunakan kuasa ve

Ifa Raziah Memohon Maaf ?

  Terpalit dengan kontroversi bergelek di majlis akikah, Ifa memohon maaf secara langsung di konsert pertama Terpaling Juara yang bersiaran di TV3 sebentar tadi. Ifa atau nama sebenarnya, Saripah Raziah Mustapha, 47, turut memaafkan semua pihak yang mengguris hatinya. "Dengan seikhlasnya, daripada hati saya, dengan rendah diri saya memohon maaf. Kita manusia tak sempurna.  "Tak rugi saya memohon maaf kerana ia perbuatan yang mulia. Kalau kita saling bermaafan, rezeki lebih bertambah. "Kepada yang terguris dengan kenyataan saya, kepada mereka yang tak suka tengok saya dengan ketelanjuran video-video saya, saya ingin memohon maaf. "Saya harap perkara ini tak berpanjangan lagi. Saya terima semua kecaman. Sepatutnya, saya nak buat permohonan maaf di atas pentas selepas selesai persembahan, tapi saya tak berkesempatan, jadi saya minta maaf ketika ditemu bual di belakang," kata Ifa. Menganggap kontroversi yang terjadi sebagai adat resam bergelar selebriti dalam dunia

MASYA MASYITAH KEMBALI DENGAN ‘SIMPANAN’

Juara Yippi Star Quest 2020 Akhirnya Muncul Semula Dengan Single Terbaharu Setelah Hampir Setahun Menyepi   Penyanyi serta usahawan muda berjaya yang berasal dari negeri jelapang padi, Juara Yippi Star Quest 2020, mengalahkan 3,000 peserta di serata Asia Tenggara, Masya Masyitah kembali dengan single terbaharunya berjudul ‘ Simpanan ’ setelah hampir setahun tidak muncul dengan lagu baharu, terbitan oleh label hiburan nombor satu Malaysia, Rocketfuel Entertainment . “Mungkin ramai yang tertanya mengapa saya mengambil masa yang lama untuk muncul dengan lagu terbaharu, ini kerana saya tidak mahu menghasilkan terlalu banyak single dan memilih untuk fokus pada sesebuah lagu itu sehingga betul-betul berjaya,” begitu luahan pemilik nama sebenar Siti Nurmasyitah Mohd. Yusoff, 22 tahun. Masya di antara penyanyi muda negara yang bukan sahaja berbakat bahkan berjaya dalam bidang perniagaan yang diceburinya dan sudah pun memiliki beberapa aset hasil titik peluhnya sendir

Cerita Sedih Keisya Levronka Dalam Single Terbaru Tak Ingin Usai

  Selepas   hampir   dua   tahun   tidak   mengeluarkan   karya   baharu,   penyanyi   berbakat   Indonesia,   Keisya Levronka   kini   tampil   dengan   single   baharu   berjudul TAK   INGIN   USAIyang   telah   dilancarkan   di bawah pengurusan Universal Music Indonesia pada 13 Mei 2022 yang lalu.TAK INGIN USAImerupakan buah tangan keempat Keisya Levronka selepas mengeluarkan Jadi Kekasihku Saja pada Julai 2020, Tergesa (September2020) dan Lagu Untuk Hari Ini (November 2020).Gadis   jelita   berusia   19   tahun   ini   antara   salah   seorang   penyanyi   muda   yang   aktif   mengeluarkan   karya baharu buat peminat setianya.   Menurut Keisya Levronka,single TAK INGIN USAIbercerita mengenai hubungan percintaan yang memang tidak boleh dipaksa danberpisah adalah jalan terbaik walaupun hal itu berat untuk dilakukan. “Pada pandangan saya, TAK   INGIN   USAI ini   menceritakan   hubungan   yang   terlerai   akibat   keputusan sebelah pihak. Perpisahan itu turut   menyebabkan pasan