Skip to main content

MASYA MASYITAH KEMBALI DENGAN ‘SIMPANAN’





Juara Yippi Star Quest 2020 Akhirnya Muncul Semula Dengan Single Terbaharu Setelah Hampir Setahun Menyepi

 

Penyanyi serta usahawan muda berjaya yang berasal dari negeri jelapang padi, Juara Yippi Star Quest 2020, mengalahkan 3,000 peserta di serata Asia Tenggara, Masya Masyitah kembali dengan single terbaharunya berjudul ‘Simpanan’ setelah hampir setahun tidak muncul dengan lagu baharu, terbitan oleh label hiburan nombor satu Malaysia, Rocketfuel Entertainment.

“Mungkin ramai yang tertanya mengapa saya mengambil masa yang lama untuk muncul dengan lagu terbaharu, ini kerana saya tidak mahu menghasilkan terlalu banyak single dan memilih untuk fokus pada sesebuah lagu itu sehingga betul-betul berjaya,” begitu luahan pemilik nama sebenar Siti Nurmasyitah Mohd. Yusoff, 22 tahun.

Masya di antara penyanyi muda negara yang bukan sahaja berbakat bahkan berjaya dalam bidang perniagaan yang diceburinya dan sudah pun memiliki beberapa aset hasil titik peluhnya sendiri.

“Walaupun sibuk dengan perniagaan yang saya jalankan, bidang nyanyian tetap menjadi keutamaan kerana ini merupakan periuk nasi saya.

“Kini, saya rasakan yang saya sudah bersedia untuk kembali menghiburkan peminat dengan buah tangan terbaharu hasil ciptaan barisan komposer popular negara iaitu Iqie Hugh, Firdaus Rahmat dan juga John Jeeves” jelas Masya.

Single Simpanan ini terilham dari kisah hidup Masya sendiri, dan jarang baginya untuk berkongsi kisah peribadi dengan publik, namun Masya ada sebabnya tersendiri, kata pemilik jenama Delici, “Secara kebetulan, kisah lagu Simpanan ini pernah terjadi dalam hidup saya dan setelah menginjak dewasa, saya cuba beranikan diri untuk kongsikannya dengan pendengar di luar sana.

“Bayangkan apabila kita mencintai seseorang, kita akan mempercayai individu tersebut dengan sepenuh jiwa, tetapi di belakang kita, ternyata dia menduakan kita ibarat dijadikan ‘simpanan’. Dan jalan yang terbaik adalah dengan berpisah dan menyuruh lelaki tersebut pergi dari hidup kita buat selama-lamanya.

Single Simpanan ini bernuansa pop rancak dengan elemen muzik K-pop yang rata-rata menjadi trend masa kini, kedengaran segar dengan olahan lebih berani menampilkan sisi dewasa Masya yang sememangnya sinonim dengan lagu-lagu berentak balada.

Durasi proses rakamannya hanya mengambil masa sekitar 30 minit sahaja kerana Masya sememangnya seorang artis yang sering bersiap-siaga sebelum memasuki studio.

“Sebagai seorang penyanyi, wajib bagi saya untuk memahami setiap pengkaryaan itu agar meresap ke dalam jiwa dan bila masa untuk menyanyikannya, saya akan all out.

“Abang Iqie dan Firdaus banyak memberi tunjuk ajar bagaimana hendak membawakan lagu ini dan kami tidak mengambil masa yang lama untuk merakamkannya.

Dalam masa yang sama, video muzik (MV) Simpanan turut dilancarkan dengan menampilkan konsep yang energetik dan bertenaga di mana Masya akan menari buat pertama kalinya.

“Dalam MV kali ini, penonton berpeluang melihat saya menari dengan koreografi yang diaturkan oleh penari profesional. Siapa yang mengenali saya pasti tahu yang saya tidak mahir menari dan pada kali ini saya betul-betul mencabar diri dengan mencuba sesuatu yang baharu.

“Saya sangat teruja dan amat berterima kasih dapat bekerjasama dengan team yang sangat mendukung dan profesional sehingga tidak merasa kekok untuk beraksi di hadapan mereka,” kongsi Masya lagi.

Komen Encik Feros Sayna, Ketua Rocketfuel Entertainment, “Masya adalah artis muda yang berbakat besar, selain fasih berbahasa Mandarin, dia juga sering memenangi pertandingan bertaraf antarabangsa membuktikan kemampuannya untuk bersaing di peringkat internasional.

“Semoga Simpanan menjadi pengubat rindu peminat-peminat Masya di luar sana dan diterima baik oleh penggemar muzik tempatan.

Dalam dunia serba digital ini, seseorang artis perlu tampil dengan sesuatu yang baharu agar dapat bersaing seiring dengan artis lain.

“Saya sedar peri peintingnya untuk membuat pembaharuan setiap kali muncul dengan single terbaharu dan bersaing dengan artis-artis baharu sekarang, kerana semuanya perlu baharu!

“Saya berharap agar lagu Simpanan ini dapat diterima baik oleh pendengar di luar sana kerana secara peribadinya saya sendiri suka mendengarnya, dan mungkin ada yang pernah mengalami situasi yang sama, sebagai wanita kita perlu kuat dan jangan takut untuk move on,” akhiri Masya.

Lagu ‘Simpanan’ boleh dimuat turun mulai 12 Ogos 2022 di iTunes serta dijadikan nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan dan boleh didengar melalui aplikasi penstriman atas talian popular seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music.

Manakala MV single ini boleh ditonton oleh peminat secara eksklusif hanya di saluran YouTube Rocketfuel Network pada tarikh yang sama

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Wings Tawar Harga ‘Rahmah’, Hargai Sokongan Peminat Muzik itu satu rakaman masa, ianya terus berevolusi bergerak merentas zaman malah mendedikasikan sebuah revolusi buat penggemar baru dan lama, begitu juga dengan Wings yang terus terbang menggapai kejayaan yang seakan tiada noktah malah pasti ada kejutan dalam membina empayar dan perluasan pengaruhnya. Justeru itu tidak hairanlah mengapa Wings terus ‘meragut magis’ ratusan malah ribuan peminat yang sentiasa dahagakan aksi bertenaga Wings di atas pentas. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur’ menjadi wadah signifikasi yang seterusnya dengan tema yang dibawa! ‘Kuasa dan kemenangan’ itu telahpun  dicipta di pentas The Star Theatre , Singapura pada 29 Julai lalu,  tidak adil rasanya ‘kuasa’ itu tidak digagaskan di Malaysia apatah lagi ianya tempat di mana Wings ditubuhkan sejak 38 tahun yang lalu. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah manakala Awie Entertainment bertindak seba