Teguran ‘santai’ Faizal Tahir mudah dihadam

Benar kata Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P Ramlee, lagu dan irama tidak dapat dipisahkan. Begitu juga dengan kehidupan yang mana tidak pernah sunyi daripada sebarang masalah. Apa yang pasti, setiap yang berlaku itu ada punca di sebaliknya. Tinggal lagi bagaimana cara untuk menangani. Cuba mengadaptasi daripada apa yang terjadi dari segenap aspek kehidupan hari ini, penyanyi dan komposer terkenal Faizal Tahir sekali lagi ‘bersuara’ menerusi mesej dan nasihat berguna dalam single terbaharu berjudul Santai yang diterbitkan oleh Faithful Music. Mengingatkan kembali kepada lagu Ragaman yang sarat dengan ‘teguran’ dalam kehidupan berumah tangga antara suami isteri, penghasilan lagu Santai sebuah lagi karya Faizal Tahir bersama Ezra Kong yang pastinya mampu menjentik hati setiap pendengar. Menurut Faizal, 44, atau nama sebenarnya Ahmad Faizal Mohammad Tahir, idea menghasilkan lagu itu hadir secara spontan. “Idea ini datang secara spontan bersama Ezra Kong sewaktu dia menyebut ...