Skip to main content

GILIRAN KAKA AZRAFF PULA DIPAPARKAN DI PAPAN BESAR BILLBOARD TIMES SQUARE, NEW YORK MENERUSI INISIATIF SPOTIFY IAITU ‘EQUAL’ YANG BERTINDAK MEMARTABATKAN PENGKARYA WANITA SEDUNIA

 

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu, begitulah terciptanya sejarah buat anak kelahiran Klang, Selangor iaitu Kaka Azraff apabila dipilih menghiasi papan ‘billboard’ gergasi di tengah-tengah kota raya New York yang bertempat di Times Square menjadikan dirinya artis ke-8 dari Malaysia yang dipaparkan. Kaka juga baru sahaja melancarkan lagu terbarunya yang berjudul ‘HILANG’ pada bulan lepas.

Kaka telah dipilih sebagai ‘artis pilihan bulan ini’ menerusi program EQUAL Singapura & Malaysia yang memaparkan wajahnya menghiasi muka ‘playlist’ sekaligus terpampang pada papan ‘billboard’ di Times Square, New York sebagai wakil dari Singapura dan Malaysia.

EQUAL merupakan program yang diwujudkan oleh Spotify dalam memartabatkan kesaksamaan wanita dalam peranan muzik. Industri audio sedunia kini berada pada tahap: hanya 1 dalam 5 artis adalah wanita, dan Spotify percaya muzik mampu

 mencorakkan masa depan. Bersamaan dengan Hari Wanita Sedunia, Spotify telah melancarkan ‘hub’ terbaharunya iaitu EQUAL, sebuah ruangan yang menempatkan ciptaan dari pengakarya wanita yang dapat didengari pada bila-bila masa di 178 pasaran. Spotify mahu para wanita berpengaruh menyahut cabaran ini dengan melahirkan lebih banyak peluang supaya lebih ramai lagi wanita dapat turut serta.
     
“Saya rasa seperti bermimpi dapat menjadi sebahagian daripada program EQUAL oleh Spotify. Telah lama saya idamkan peluang sebegini kerana sering melihat wanita-wanita hebat dari Malaysia dipaparkan dan kini giliran saya pula. Semoga dengan pemilihan saya dapat memberi inspirasi kepada wanita-wanita muda di luar sana untuk terus mengejar mimpi kerana kita (wanita) mampu menggoncangkan dunia,” kata Kaka.
Perjalanan seni Kaka bermula ketika dirinya masih muda lagi dengan mempelajari selok-belok industri muzik sejak kecil. Debut pertamanya bersama pelawak, hos TV dan penyanyi popular, Zizan Razak telah melonjakkan namanya. Single keduanya berjudul ‘Bukan Hal Aku’ telah meraih jumlah tontonan sebanyak 10 juta sejak dilancarkan. Selain itu, Kaka juga turut terjun dalam bidang lakonan kerana bakat semulajadi yang dimilikinya. Manakala pencapain
 tertingginya dalam bidang muzik adalah apabila dinobatkan sebagai juara di pertandingan penuh berprestij Anugerah Juara Lagu ke-35 menerusi lagu ‘Gila’ bersama rapper Noki dan Loca B

Comments

Popular posts from this blog

Salammusik menyeru agar segera menghentikan kitaran keganasan antara Israel dan Palestin ini.

  Kumpulan tempatan Salammusik menggunakan kreativiti mereka untuk memberi kesan positif, mengenai keadaan atau situasi semasa dengan catatan baru mereka "Kuasa".   Punca keganasan yang sama selama beberapa dekad: kesan dari konflik yang tidak dapat diselesaikan antara Israel dan Palestin. Lebih dari satu abad mereka berjuang untuk tanah antara Laut Mediterranean dan Sungai Jordan.   “Selagi konflik ini tidak dapat diselesaikan, ia akan berlaku berulang kali. Kita harus menyatukan para pemimpin dan mengembalikan pihak-pihak ke meja rundingan. Penggunaan kekuatan hanya menimbulkan lebih banyak kebencian ”, tegas Salammusik   Menurut Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm (SIPRI), jumlah perbelanjaan ketenteraan global meningkat kepada $1981 bilion pada tahun lalu. Melihat dengan lebih mendalam, anda akan menjumpai banyak syarikat yang memperoleh keuntungan berbilion dolar setiap tahun kerana perperangan.   “Kami percaya bahawa para pemimpin perl

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.