Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2023

SUE-ON ‘FILEM PERTAMA TERBITAN DATO AWIE KE LAYAR PERAK’

  Tidak dinafikan nashkah bercorak seram komedi masih lagi menjadi pilihan penonton- penonton untuk menonton filem di pawagam. Ternyata ia menjadi pilihan buat Dato Awie selaku pemilik syarikat Rumah Produksi Merah untuk menghasilkan filem Sue-On. Awie berkata, pemilihan genre seram komedi dibuat memandangkan sekarang ini dia sememangnya sudah sinonim dengan genre sedemikian. “Ramai penonton yang kenal saya dengan filem seperD Zombie Kampung Pisang dan Hantu Kak Limah Balik Rumah, malah mereka terima watak yang saya bawakan itu sedangkan sebelum itu saya bukanlah seorang pelakon komedi. “Jadi, saya rasa perlu mengambil peluang ini untuk menghasilkan filem genre sebegini dan akhirnya terhasilnya filem Sue-On,” ujarnya. Mengambil inspirasi kepada sebuah filem seram Jepun, Sue-On dibintangi oleh Awie sendiri, selain Reen Rahim, Ropie, Azlee Senario, Nazia Mustafar, Achey, Shawani dan ramai lagi. Bercerita lebih lanjut mengenai filem terbaharu terbitannya itu, Awie memberitahu Sue-On adala

`SITISM’ BUAH TANGAN TERBAHARU DATO’ SRI SITI NURHALIZA

  Penyanyi Dato’ Sri Siti Nurhaliza memilih tarikh 30 Jun 2023 untuk melancarkan album terbaharu beliau yang berjudul Sitism. Album yang mengandungi 8 buah lagu ini dilancarkan secara digital terlebih dahulu sebelum kemunculan album penuh atau ‘deluxe album’ sebanyak 12 lagu didalam format digital dan fizikal. Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza iaitu Siti dan imbuhan `ism’ pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuju album. Apabila nama Siti dan imbuhan `ism’ ini digabungkan, Sitism membentuk kata nama yang mewakili ciri-ciri tertentu yang ada di dalam album solo ke-20 beliau. Salah seorang penerbit dan komposer di dalam album Sitism iaitu Aubrey Suwito adalah individu yang kerap menggunakan Sitism atau Siti-ism bagi menggambarkan Siti Nurhaliza kerana menurut beliau, apabila Siti menyanyi, ciri khas, gaya, kualiti dan suara yang dimiliki penyanyi itu unik serta senang diken

SIQMA & HAZWANI HELMI BERDUET DENGAN LAGU WAHANA

  Populariti diraih Siqma menerusi lagu-lagu ciptaannya sendiri yang dikongsi di YouTube sejak 2017 sudah cukup membuktikan dia memiliki kelompok peminat tersendiri. Rentetan itu, nama Siqma, 30, atau nama sebenarnya Rahmat Zulhilmi Abdul Razak sudah  meniti di bibir peminat lantaran rap yang disampaikan memiliki rentak dan gaya tulisan berkonsepkan ritma atas puisi. Ia sekali gus menjadikan Siqma berbeza daripada kebanyakan rapper seangkatan dengannya.  Malah, mungkin ramai tidak tahu Siqma juga jurutera bunyi untuk lagu tema filem Polis Evo 3 berjudul Ayuh yang dinyanyikan oleh Malique, Kmy Kmo, Aman RA dan Ernie Zakri. Selepas berkolaborasi dengan beberapa penyanyi, Siqma kini muncul bersama penyanyi Hazwani Helmi menerusi lagu Wahana yang dilancarkan secara rasmi pada 9 Jun 2023. Umum mengetahui, Hazwani yang juga adik kepada penyanyi Heliza Helmi ialah aktivis yang banyak menjalankan misi kemanusiaan di luar negara selain memperjuangkan agama Islam. Disebabkan itu, Hazwan

NAH Sophia Liana!

  Membina jenamanya sendiri, Sophia Liana menjadi satu-satunya rapper wanita yang telah ditandatangani di bawah Def Jam Malaysia yang kini memaparkan bakatnya melalui lagu terbaharunya yang berjudul NAH. Tidak dinafikan lagi, nama Sophia bukan lagi asing di persada seni hiburan tanah air. Sophia mula bertapak di dalam muzik industri tempatan sejak 2015 menerusi penampilannya bersama kumpulan De Fam, dan terus mengorak langkah sebaris dengan penyanyi dan rapper sedia ada. Ternyata percaturannya dengan cubaan bergerak solo pada 2018 selain ingin mencabar diri membuahkan hasil. Semenjak itu, Sophia sudah berkolaborasi dengan beberapa artis tempatan. Antaranya, Dayang Nurfaizah, Hannah Delisha, Budak Ngam, Harith Zazman dan ramai lagi. Lebih membanggakan juga apabila Sophia mula menggilap bakatnya dalam penciptaan lagu. Malah, sejak lagu pertama Supergirls bersama De Fam, Sophia sudah mula menulis lirik sendiri. Terbaharu, Sophia, 33, atau nama sebenarnya Sophiatul Liana Moha