Posts

Showing posts from July, 2023

‘Going Crazy Wild’ Bersama Kat

Image
  Kat Roshan mungkin nama yang agak baharu buat beberapa orang, tapi bagi mereka yang pernah mendengar karyanya di radio dan wadah digital lain, mungkin sudah tahu bahawa Kat merupakan seorang bintang vokal Malaysia yang bakal menyinar.   Dilahirkan dengan nama Katrina Cheng Binti Roshan, penyanyi dan pencipta lagu muda ini merupakan anak kelahiran Kuala Lumpur, berdarah kacukan Melayu-Cina dengan ayah yang berbangsa Melayu dan ibu yang berketurunan Cina. Meminati muzik sejak kecil, bakatnya dikesan oleh guru biolanya yang mendapati Kat mempunyai pic suara yang sempurna. Memulakan pengajian piano seawal usia lima tahun di bawah didikan teman ibunya, Serena Yee, Kat kemudian mempelajari seni gitar berkat didikan guru matematiknya Stephen Kimber serta pengurusnya dalam pembangunan bakat serta kerjaya awalnya. Seawal usia 15 tahun Kat telah diperkenalkan kepada tokoh muzik Ong Peng Chu, yang kemudian membimbingnya sejak 2018. Sejajar dengan kemajuan muziknya, bintang ini baru saha

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

Image
  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam

RIZKY FEBIAN LUAH PERASAAN CINTA DALAM BERONA

Image
  Rizky Febian baru sahaja melancarkan single terbaharunya berjudul Berona di semua platform digital. Lagu ini mengisahkan tentang seorang jejaka yang sangat mencintai kekasihnya sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi kebahagiaannya. Lagu Berona yang ditulis oleh Rizky Febian sendiri ini adalah lagu pertama dari album keduanya yang berjudul BERONA. Ia akan dilancarkan pada Jumaat 21 Julai 2023. Lagu ini mengisahkan tentang ekspresi cinta mendalam yang ditunjukkan pada kekasih demi membahagiakan kekasihnya. Perasaan cinta yang makin mendalam itu membuat dia lebih yakin untuk menjalani hubungan cinta tersebut. Lagu ini berdasarkan pengalaman mereka yang sangat mencintai pasangan mereka sehingga sanggup mengorbankan apa sahaja demia kehidupan bersama. Rizky Febian berharap lagu Berona song dapat mewakili perasaan pendengar dan boleh dinikmati kesemua pencinta muzik Indonesia dan negara jiran berdekatan. Video muzik BERONA juga akan dilancarkan pada Jumaat, 21 Julai 2023 b

Masih Dapat Sentuhan Mark Adam, Penyanyi Cilik Angelica Petra Kini Muncul Dengan Single Kedua Berjudul Detik

Image
  Pada tahun 2021, penyanyi cilik Angelica Petra pernah muncul dengan single pertama berjudul Selamanya Bersama yang juga lagu runut bunyi (OST) untuk filem Daddyku Gangster. Menariknya, Angelica berpeluang berduet dengan guru muziknya sendiri iaitu Mark Adam yang juga pencipta lagu tersebut. Kini, setelah dua tahun Angelica kembali muncul semula dengan single kedua berjudul Detik. Masih lagi mendapat sentuhan Mark, penyanyi itu mengakui Angelica merupakan seorang anak murid yang mempunyai potensi yang sangat besar dalam bidang nyanyian. “Ketika mengajarnya, saya melihat kelebihan Angelica menyanyikan beberapa genre lagu di dalam kelas. “Malah, dia merupakan pelajar yang sangat rajin yang mempunyai sikap atau keinginan yang tinggi untuk faham tentang muzik dan lagu” ujarnya. Bercerita lebih lanjut mengenai lagu Detik, Mark menjelaskan ia dihasilkan ketika  Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2021, di mana ketika itu semua orang terpaksa duduk di rumah dan dilarang untuk keluar. “Ketika P

MAT TUDUNG BEGINS ‘Selepas Sembilan Tahun, Filem Mat Tudung Muncul Dalam Versi Prekuel... Filem Pertama Arahan Dato Fizz Fairuz’

Image
Ke$ka ditayangkan di pawagam pada tahun 2014, filem Mat Tudung yang dibintangi Dato Fizz Fairuz dengan memegang watak Johari@Johanna mendapat sambutan yang sangat baik dan menggalakkan daripada penonton. Kini, setelah sembilan tahun, Fizz mengambil peluang untuk menghasilkan filem yang kedua iaitu Mat Tudung Begins. Menariknya, selain menjadi pelakon utama, Fizz juga ber$ndak selaku penerbit serta pengarah untuk filem berkenaan. Fizz berkata, dia sebenarnya sudah lama merancang untuk menghasilkan filem tersebut sejak lapan tahun lalu. “Saya ada tanya pada pihak penerbit sebelum ini sama ada nak sambung atau $dak, tetapi $ada jawapan daripada mereka. Mungkin sebab kekangan bajet atau ada sebab-sebab lain. “Memang saya berminat nak buat sambungannya, cuma ia di bawah produksi Showbiz dan ambil masa juga nak minta kebenaran untuk pembikinannya,” ujarnya. Jelas Fizz, setelah menunggu agak lama, akhirnya dia telah mendapat kebenaran daripada Dato Norman Abdul Halim selaku penerbit Mat Tudun

Impian Showcase Amir Masdi Jadi Kenyataan

Image
  Bakat besar dimiliki penyanyi ini menarik pujian ramai. Selain memiliki karakter vokal tersendiri, Amir Masdi juga punya pesona tersendiri setiap kali muncul membuat persembahan. Selepas dua kali melangkah ke pentas ‘Anugerah Juara Lagu’ (AJL), Amir Masdi dilihat sudah berada di landasan tepat dengan muzik yang dibawa. Malah, keberadaan Amir dalam pasaran industri hiburan tanahair kian mewangi. Tatkala lagu terbaharunya berjudul “Sengaja” mula melekat di hati peminat dan pencinta muzik, Amir dan pasukannya terus giat mengatur pelbagai strategi agar kemunculannya sentiasa dinanti peminat dengan pengeluaran karya-karya baru berkualiti dan segar. Disebabkan itu, Amir, 27, atau nama sebenarnya Amir Syazwan Masdi muncul dengan album solo sulungnya berjudul AMIR MASDI. Berbekalkan kecekalan diri, buah tangan yang cukup istimewa ini hadir selepas tujuh tahun pembabitan Amir Masdi sebagai anak seni. “Album ini berkonsepkan matahari kerana ia adalah salah satu sumber utama kita dalam kehidupa

FIERSA BESARI RAI 14 TAHUN BERKARYA DENGAN KONSERT BERJALAN MUNDUR DI ZEPP KUALA LUMPUR

Image
  BERAWAL daripada episod patah hati yang dicurahkan lewat pelbagai medium seni, tanpa diduga membawa penulis, pemuzik dan pempengaruh media sosial kelahiran Bandung, Indonesia, Fiersa Besari menembusi pasaran komersial. Tidak hanya menuangkan segala isi hatinya dalam bentuk tulisan dan buku, Fiersa, 39, juga mencurahkan keresahan dan kegalauan itu melalui muzik yang diabadikan daripada pengalaman serta perjalanan hidupnya. Kejayaan yang diraih Fiersa yang akrab disapa Bung ini dalam dunia muzik dan penulisan sering menuai pujian, bahkan turut menjadi inspirasi, terutama kepada anak muda. Tidak hanya mengangkat muzik yang beraroma cinta, karya tulisannya juga menyentuh sisi kemanusiaan dan sosial, lantas meletakkan sentuhan Fiersa pada tempat yang sangat istimewa di hati para penggemarnya. Keampuhan karya Fiersa tidak hanya berlegar di negara kelahiran, sebaliknya turut mengharum di negara tetangga. Buktinya, aksi sulung Fiersa dalam sebuah acara muzik di Kuala Lumpur, tahun lalu membu