RIZKY FEBIAN LUAH PERASAAN CINTA DALAM BERONA
Rizky Febian baru sahaja melancarkan single
terbaharunya berjudul
Berona di semua platform digital. Lagu ini
mengisahkan tentang seorang jejaka yang sangat mencintai
kekasihnya sehingga sanggup melakukan apa sahaja
demi kebahagiaannya.
Lagu Berona yang ditulis oleh Rizky Febian sendiri
ini adalah lagu pertama dari album keduanya yang
berjudul BERONA. Ia akan dilancarkan pada Jumaat 21
Julai 2023. Lagu ini mengisahkan tentang
ekspresi cinta mendalam yang ditunjukkan pada
kekasih demi membahagiakan kekasihnya. Perasaan
cinta yang makin mendalam itu membuat dia lebih
yakin untuk menjalani hubungan cinta tersebut.
Lagu ini berdasarkan pengalaman mereka yang sangat
mencintai pasangan mereka sehingga sanggup
mengorbankan apa sahaja demia kehidupan bersama.
Rizky Febian berharap lagu Berona song dapat
mewakili perasaan pendengar dan boleh dinikmati
kesemua pencinta muzik Indonesia dan negara jiran
berdekatan.
Video muzik BERONA juga akan dilancarkan pada
Jumaat, 21 Julai 2023 bersama dengan tarikh
pelancaran album. Konsep video muziknya
menceritakan seorang jejaka yang dilahir dan dibesarkan
di sebuah kawasan kampung pedalaman dan jatuh cinta
dengan seorang gadis. Namun walaupun
mereka akhirnya bersatu, kekasihnya meninggalkannya
untuk berhijrah ke bandar. Dia menunggu
khabar dari kekasihnya itu namun tidak mendapat
sebarang perkembangan sehingga dia pergi
mencarinya di kota.
Setelah melewati pelbagai halangan dia akhirnya
bertemu kekasihnya. Namun pertemuan itu bukanlah
seperti yang diharapkan, kerana dia melihat
kekasihnya bersama seorang jejaka lain. Ini membuat
keyakinannya pudar dan hilang arah. Sambil
memikirkan nasibnya di pinggir jalan, dia menerima
bantuan dari seorang lelaki yang ingin membantunya.
Video muzik ini adalah kisah permulaan buat
konsep video muzik lagu-lagu dalam album BERONA.
Video muzik kedua bakal dilakonkan oleh
beberapa pelakon dan pelawak dengan pembabitan
Rizky Febian sebagai watak tritagonis.
Rizky Febian adalah seorang penyanyi pop yang sudah
lama berjaya dalam menghiburkan peminat
muzik Indonesia sejak tahun 2015, lewat lagunya
yang berjudul Perfection of Love. Kini, Rizky Febian
berada di bawah syarikat rakamannya sendiri yang
bernama RFAS Music, yang ditubuhkan pada tahun
2020. EP pertama yang mereka hasilkan adalah Garis
Cinta, yang terdiri daripada tiga karya hebat iaitu
Makna Cinta, Cuek, dan Mantra Cinta. Ketiga-tiga
lagu ini mempunyai lebih daripada 50 juta tontonan
di laman YouTube peribadi Rizky Febian.
Sejak penubuhan RFAS Music, Rizky Febian dan
pasukannya telah berjaya mengadakan tiga konsert.
Yang pertama pada tahun 2020 di Bandung, kedua
sewaktu pandemik pada tahun 2021, serta sebuah
konsert antarabangsa di Kuala Lumpur pada 2022.
Kini, Rizky Febian serta pasukannya di RFAS Music
sedang menyiapkan album keduanya dan juga konsert
luar negara.
Single BERONA boleh didengari di semua digital
platform seperti Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer
dan YouTube Music mulai 11 Julai 2023 ini, video
muzik BERONA akan mula ditayangkan pada 21 Julai
ini secara eksklusif di saluran YouTube rasmi Rizky
Febia
Comments
Post a Comment