AZZAM & SHERYL KINI SAH BERGELAR SUAMI & ISTERI
PETALING JAYA, 01 JANUARI 2022 - Muhammad Azzammuddin bin Lop Hisham, 24, atau lebih dikenali sebagai Azzam Sham telah selamat di ijab kabul bersama penyanyi Sheryl Shazwanie Binti Shamsulbahri , 24, di Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan pada awal pagi ini. Azzam menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 bersama dulang cek hantaran, cincin, gelang & mas kahwin buat Sheryl. Pasangan selebriti ini telah mengenali selama lebih 6 tahun sejak keduanya dalam syarikat rakaman yang sama, telah pun mengikat tali pertunangan mereka sejak awal September yang lalu tahun ini dan mengambil keputusan untuk menjadi pasangan suami isteri yang sah selepas persetujuan kedua belah keluarga untuk melangsungkan perkahwinan selepas 4 bulan dari tarikh pertunangan mereka. Istimewanya juga majlis pertunangan sebelum ini dilakukan pada hari kelahiran Sheryl Shazwanie. Majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup dan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat ini, telah berlangsung di Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan ...