Posts

Showing posts from October, 2023

Pengenalan Finalis Hero Dewi Remaja 2023

Image
  Hero Remaja & Dewi Remaja merupakan sebuah jenama yang sudah pun mencecah usia 38 tahun sejak penganjurannya. Dewi Remaja mula dianjurkan pada tahun 1985 manakala Hero Remaja pula bermula sejak tahun 1990.  Kini telah tiba masanya edisi terbaharu dipersembahkan kepada umum. Setelah dua bulan berlalu sejak sesi uji bakat dilangsungkan, 16 orang finalis terkini telah pun diumumkan. Namun menyuntik sedikit kelainan, kedua-dua pertandingan digabungkan serentak dan digelar Hero Dewi Remaja 2023. Menerusi sidang media yang dilangsungkan pada 31 Oktober 2023 bertempat di Astro, Bukit Jalil, kesemua finalis telah diperkenalkan satu-persatu kepada rakan media dan penonton yang mengikuti kemas kini menerusi aplikasi media sosial Majalah Remaja. Selebriti popular yang juga juara Dewi Remaja 2005/06, Scha Alyahya kembali sebagai mentor serta juri tetap untuk edisi kali ini setelah kali terakhir beliau menjadi juri tetap adalah pada edisi Hero Remaja 2021. Pemilihan Scha Alyahya dianggap tepa

Festival Nada Danau satukan penyair, penyanyi popular di Taman Negeri Royal Belum, 3 dan 4 November ini.

Image
  Festival Nada Danau - Alam Sumber Karya yang bakal berlangsung di Hentian Amanjaya Royal Belum Pulau Banding, Taman Negeri Royal Belum, Perak pada 3 dan 4 November depan adalah manifestasi kesungguhan Umar Uzair mengangkat dan membawa karya seni kreatif keluar dari ruang lingkup rijid. Menerusi festival dua hari itu, Uzair yang juga Pengarah Projek dan Pengarah Persembahan Festival Nada Danau optimis kesungguhannya itu akan mendekatkan lagi masyarakat untuk lebih memahami konsep kepuisian, pengisian sastera dan susastera, sekali gus memberi ruang kepada orang ramai menikmati keindahan bahasa serta budaya kebangsaan.  Penerima anugerah Penyair Muda ASEAN 2015 itu berkata, acara tersebut juga menjadi titik penggerak kepada pengkarya untuk berfikir secara kreatif dan berani keluar daripada kepompong keselesaan. Meskipun pernah mengusahakan beberapa siri festival berskala besar, penganjuran Festival Nada Danau bagi Uzair, membawa cabaran dan harapan berbeza, terutama dalam memastikan

KHONG-KHAEK: The Djinn’s Curse

Image
 ‘Filem Seram Islamik Pertama Thailand Dibawakan Yusrych Global Bakal Tayang Di Malaysia, Trailer Rasmi Raih Jumlah Tontonan Sebanyak TIGA JUTA’ Thailand memang Fdak asing lagi dengan penghasilan filem-filem seram yang bermutu dan mendebarkan sehingga turut diminaF oleh para peminat filem seram di Malaysia. Khong-Khaek: The Djinn’s Curse membawa kelainan besar apabila menjadi filem seram Islamik pertama negara itu, malah filem ini mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya meraih kuFpan box office sejak ditayangkan di Thailand mulai 28 September lalu. Apa yang menariknya, filem tersebut turut tular dan menjadi sebutan di Malaysia, malah trailer rasminya sahaja sudah meraih jumlah TIGA JUTA tontonan menerusi akaun TikTok @sukafilem. Bagi Fdak mengecewakan para peminat filem seram di Malaysia, Yusrych Global Sdn Bhd bakal membawakan filem terbitan M Thirty Nine Co. Ltd. dan Monwichit Entertainment ini ke pawagam seluruh Malaysia mulai 2 NOVEMBER 2023. Pengasas Yusrych Global Sdn. Bhd.,