Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2023

Gadis Dalam Mimpi, Bertemu Di Alam Realiti’

Mengangkat sebuah kisah percintaan yang mengetengahkan elemen romantik scifi pastinya merupakan sebuah naskah yang cukup unik. Itulah yang cuba diketengahkan oleh pengarah terkenal, Nik Amir Mustapha menerusi filem terbaharunya berjudul Imaginur. Nik Amir berkata, Imaginur sebuah filem bertemakan cinta, tetapi disulam dengan elemen hipnosis untuk menjadikan jalan ceritanya lebih menarik. “Imaginur sebuah kisah cinta, mengisahkan tentang seorang lelaki yang mimpikan seorang gadis, kemudian setelah melalui proses hipnosis, tiba-tiba dapat berjumpa di alam realiti. “Bolehkah kita dipukau untuk bercinta? Saya terinspirasi dengan soalan itu dan berhasrat membuat satu 'snapshot' kehidupan orang Malaysia yang bertemakan cinta dan keluarga yang dipakej bersama elemen hipnosis,” ujarnya. Merupakan filem ketiga dihasilkan selepas KIL dan Terbaik Dari Langit, Nik Amir memberitahu bahawa idea untuk menghasilkan Imaginur timbul memandangkan dia begitu minat dengan minda manusia yang komplek

Hafiz Hamidun Dengan Lagu Terbahru Inni Tawakkaltu

  Penyanyi, penerbit dan komposer lagu ketuhanan, Hafiz Hamidun muncul dengan sentuhan terbaharu, single berjudul “Inni Tawakkaltu”. Single tersebut bakal keluar secara serentak di semua platform penstriman termasuk video muzik. PENULIS LIRIK TERSOHOR Untuk single Inni Tawakkaltu, Hafiz menggunakan khidmat penulis lirik lagu-lagu nasyid terkenal iaitu ITO Lara. Sebelum ini ITO Lara dikenali dengan lirik-lirik nasyid yang puitis seperti Kasih Kekasih dan Nur Kasih nyanyian Inteam, Tangis Sebatang Tamar nyanyian Dakmie, Ainul Mardhiah nyanyian UNIC dan ratusan lirik malar segar ciptaan beliau.  “Saya mengenali ITO Lara bukan hanya sebagai penulis lirik, malahan kami seperti keluarga rapat kerana saya membesar dengan lirik-lirik nasyid ciptaan beliau. Semasa saya bersama kumpulan UNIC satu masa dulu, ITO Lara banyak menyumbangkan karya untuk UNIC. Lebih 20 tahun kami sudah kenal dan bekerjasama. Kali ini, saya mempelawa ITO Lara untuk menulis satu lagi karya yang sesuai untuk saya,” ujar

KISAH CINTA PAHIT OLEH KEISYA LEVRONKA DALAM SINGLE ‘HIDUP TANPAMU’

  yang semakin meningkat naik, Keisya Levronka, kembali dengan sebuah single baharu yang berjudul ‘Hidup Tanpamu’. Single ini sekali lagi dilancarkan di bawah label rakaman Universal Music Indonesia. Ini menjadi salah satu lagu melankolia dari Keisya Levronka. Melalui lagu ‘Hidup Tanpamu’, Keisya Levronka menceritakan betapa pedihnya menerima kenyataan dan menjalani hidup tanpa adanya orang yang dicintainya selama ini, bahkan berpisah menjadi solusi akhir dari kenyataan pahit itu. “Jadi, ceritanya tentang kenyataan yang sedih kerana tidak dapat mempertahankan kisah cinta bersama, kerana memang terlalu sulit untuk dilanjutkan. Memang susah menerima kenyataan seperti SIARAN MEDIA ini, lantas timbul pertanyaan mampukah hidup tanpa dia, apakah rela hidup tanpa cintanya,” ujar Keisya Levronka menceritakan tentang single ‘Hidup Tanpamu’. Dalam single ini, Keisya yang tidak lama dahulu meraih anugerah dari Anugerah Industri Muzik (AIM) Malaysia, bekerjasama dengan dua pemuzik han

DIMENSI MUZIK - REFLEKSI KEPELBAGAIAN WARNA & EMOSI DALAM ALUNAN MUZIK MALAYSIA

Debaran semakin kencang! Acara tahunan berprestij untuk memartabatkan lagu terbaik, Anugerah Juara Lagu bakal melangsungkan edisi ke 37 pada 12 Februari 2023 (Ahad), bersiaran secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil, pukul 9.00 malam di TV3 dan strim langsung secara HD, hanya eksklusif di platform penstriman Tonton www.tonton.com.my , ‘Dimensi Muzik”, tema Anugerah Juara Lagu  37 (AJL 37) menggambarkan suasana industri muzik tanah air yang sentiasa rancak dengan karya-karya dari pelbagai genre muzik. Masing-masing mempunyai warna dan emosi yang berlainan dalam penceritaan menerusi alunan muzik. Secara tidak langsung, ia juga mewujudkan persaingan secara sihat di medan pertempuran penentuan lagu terbaik seperti Anugerah Juara Lagu yang berprestij anjuran TV3.  AJL 37 menampilkan MYTV sebagai rakan penaja. MYTV menawarkan saluran siaran TV dan Radio secara HD dan percuma di seluruh negara. Tonton sebagai platform penstriman eksklusif AJL 37, Hot FM sebagai Rakan Radio serta Oh Bul