Skip to main content

DIMENSI MUZIK - REFLEKSI KEPELBAGAIAN WARNA & EMOSI DALAM ALUNAN MUZIK MALAYSIA




Debaran semakin kencang! Acara tahunan berprestij untuk memartabatkan lagu terbaik, Anugerah Juara Lagu bakal melangsungkan edisi ke 37 pada 12 Februari 2023 (Ahad), bersiaran secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil, pukul 9.00 malam di TV3 dan strim langsung secara HD, hanya eksklusif di platform penstriman Tonton www.tonton.com.my,


‘Dimensi Muzik”, tema Anugerah Juara Lagu  37 (AJL 37) menggambarkan suasana industri muzik tanah air yang sentiasa rancak dengan karya-karya dari pelbagai genre muzik. Masing-masing mempunyai warna dan emosi yang berlainan dalam penceritaan menerusi alunan muzik. Secara tidak langsung, ia juga mewujudkan persaingan secara sihat di medan pertempuran penentuan lagu terbaik seperti Anugerah Juara Lagu yang berprestij anjuran TV3. 


AJL 37 menampilkan MYTV sebagai rakan penaja. MYTV menawarkan saluran siaran TV dan Radio secara HD dan percuma di seluruh negara. Tonton sebagai platform penstriman eksklusif AJL 37, Hot FM sebagai Rakan Radio serta Oh Bulan, Seismik dan Xtra sebagai Rakan Digital. 


Malam anugerah menggandingkan dua figura yang terkenal dengan kepetahan berbicara dan gaya pengacaraan santai iaitu Sherry Alhadad dan Jihan Muse. Pentas AJL 37 akan menjadi saksi kolaborasi pertama antara dua pengacara popular ini. Ia juga menjadi satu tarikan besar kerana ramai peminat menunggu kemunculan semula Jihan Musa selepas beliau bercuti panjang. 


Kemeriahan acara karpet merah akan strim langsung secara HD di www.tonton.com.my dari pukul 8.00 malam hingga 9.00 malam menerusi Karpet Merah Tonton yang dihoskan oleh Muaz Mohamed dan Fiza Frizzy. Bagi mereka yang strim langsung di www.tonton.com.my, mereka dapat berinteraksi secara langsung dengan para finalis dalam program Backstage AJL 37 yang dihoskan oleh Nadia Hasnan dan Imran Aqil. 


Untuk mendekati finalis AJL 37, Tonton SoundStage x AJL37 kembali dengan 12 episod berdurasi 15 minit yang memaparkan temubual dan persembahan lagu daripada 12 finalis AJL 37 tentang debaran, persiapan dan harapan mereka untuk AJL 37 di www.tonton.com.my bermula 30 Januari hingga 10 Februari 2023. Tonton SoundStage x AJL37 juga akan disiarkan di TV3 dalam versi 30 minit selama 6 episod dari 5 hingga 10 Februari 2023, pukul 5.00 petang. 37


Dimensi AJL 37, sebuah program docutainment membawakan di sebalik tabir yang menyingkap perjalanan AJL 37 dari persiapan awal, ketika siaran langsung dan juga temubual bersama barisan pemenang. Jangan ketinggalan untuk menonton Dimensi AJL 37 yang akan bersiaran di TV3 pada 29 April 2023, pukul 12.00 tengah hari. 


Berita baik buat peminat yang ingin menyaksikan AJL 37 di Axiata Arena Bukit Jalil! Anda boleh membeli tiket AJL 37 di laman web rasmi dan aplikasi Tonton bermula 23 Januari 2023. 


ARAS 4

ARAS 3

ARENA

SUPER VVIP 

(Terhad untuk 100 tiket)

RM50 


RM 60 

RM150 

*Laluan khas 

RM300

*Arena

*fast lane AJL 37

*pengalaman karpet merah AJL 37 

*acara koktel (pra-anugerah)

*pengalaman kamera 360 AJL 37

*beg tote AJL 37

* barangan cenderahati Tonton. 

Juara Lagu akan memenangi RM100,000 bersama trofi, naib juara akan memenangi RM 50, 000 bersama  trofi dan pemenang tempat ketiga akan memenangi RM 30, 000 bersama trofi. Manakala, pemenang Vokal Terbaik akan menerima RM12,000 dan trofi, pemenang kategori Persembahan Terbaik bakal menerima RM12, 000 dan trofi. 


Berikut ialah senarai penuh 12 lagu yang berentap di AJL 37: 


LAGU

PENYANYI

KOMPOSER

PENULIS LIRIK

SENGSARA

KHAI BAHAR

JOHN JEEVES, FIRDAUS RAHMAT & OMAR K 

JOHN JEEVES, FIRDAUS RAHMAT & OMAR K

MAINAN

NAIM DANIEL 

FIRDAUS RAHMAT, OMAR K & MAS DEWANGA 

ARISZ AB RAHMAN 

ANUGERAH TERINDAH 

ALIF SATAR & THE LOCOS 

ALIF SATAR, ROMEO, TAM COBAIN & EFRY ARWIS 

ALIF SATAR, SHAH SHAMSHIRI & ROMEO

NANG

IMAN TROYE 

EZRA KONG & A.RAMLE 

EZRA KONG & A.RAMLE 

PAYUNG PELANGI 

NOKI & MK 

NOKI & MK 

NOKI & MK

SATU MALAM DI TEMASEK 

SONAONE & JOE FLIZZOW 

SONAONE

SONAONE & JOE FLIZZOW

KEMBALI TERANG

MARSHA MILAN 

SENNA & AJIN

SENNA 

BAHAGIAKAN DIA

LIZA HANIM & SHILA AMZAH 

ALIFF ISKANDAR

ALIFF ISKANDAR & QUE AFIQ 

KORBAN 

ERNIE ZAKRI 

ERNIE ZAKRI 

ERNIE ZAKRI 

DEBU

DAYANG NURFAIZAH & AMIR MASDI

MAS DEWANGGA, JOVA DEVITO, FIRDAUS RAHMAT, MIKE CHAN, KARIM KARAM & ACAP SALIM

MAS DEWANGGA, JOVA DEVITO, FIRDAUS RAHMAT, MIKE CHAN, KARIM KARAM & ACAP SALIM

IRAMA

SHIHA ZIKIR 

IQIE HUGH, FIRDAUS RAHMAT & JOHN JEEVES 

IQIE HUGH, FIRDAUS RAHMAT & JOHN JEEVES 

TERUS HIDUP 

AINA ABDUL 

AINA ABDUL 

AINA ABDUL 

Sidang produksi AJL 37 diketuai oleh Russell Mark Rodrigues sebagai pengurus projek, Jamil Hassan sebagai penerbit eksekutif dan Shahrizan Razalii sebagai penerbit. Gunakan hashtag #AJL37 dan #roadtoAJL37 untuk menghangatkan lagi perbualan di laman sosial media. 


Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, jangan lupa ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia serta TikTok @TV3MalaysiaOfficial. 


- TAMAT -


Untuk pertanyaan media, sila hubungi: 




Farina Ashrudin

: HP 019 663 4584

farina@tv3.com.my

Lee Chai Yin

: HP 012 902 7510

lcyin@mediaprima.com.my

Lieu Lui Meng

: HP 018 765 8736

lui.meng@tv3.com.my   

Nurin Amaliya

: HP 012 654 1413

nurinamaliya@tv3.com.my


Mengenai TV3

Stesen No. 1 Negara yang telah beroperasi sejak tahun 1984 telah menerbitkan rancangan pelbagai genre yang sering mendapat tempat tertinggi dan kandungan yang tidak dapat dilupakan. Antaranya adalah drama bersiri – 7 Hari Mencintaiku 2, Kampung People, Takdir Yang Tertulis, Kekasih Hati Mr Bodyguard, Cukup Derita Itu dan Sabarlah Duhai Hati. Rancangan Anugerah – Anugerah Juara Lagu, Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Anugerah Skrin dan Anugerah Drama Sangat. Rancangan Realiti – Vokal Mania (VM), I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY), Lagu Cinta Kita 3 (LCK3) dan Master In The House Malaysia (MITHM).


Program tunggak utama TV3, Buletin Utama secara konsisten mengekalkan kadar penonton harian tertinggi, sementara saluran YouTube TV3 @TV3MALAYSIAOFFICIAL adalah salah satu saluran YouTube yang paling banyak dilanggan di Malaysia, di mana penonton dapat menstrimkan program TV popular TV3.


Untuk keterangan lanjut mengenai rancangan-rancangan menarik TV3, layari Facebook rasmi dan Instagram (@TV3Malaysia), saluran YouTube (@TV3Malaysia Official), atau tonton menerusi myFreeview CH103, Astro CH103, unifi CH103, tonton LIVE TV dan XTRA Live TV


Mengenai Tonton

Tonton adalah perkhidmatan penstriman video tempatan pertama dan terbesar di Malaysiadan telah dilancarkan pada tahun 2011. Nikmati kandungan tempatan terbaik dan acara LIVE eksklusif dalam definisi tinggi (HD) yang dibawakan secara PERCUMA tanpa had. Dengan peningkatan servis, alami pengalaman baru dalam menonton keseluruhan episod secara menerus. 


Visi Tonton adalah untuk menjadi platform hiburan video tempatan #1 untuk drama Malaysia yang terbaik dan terkini, acara LIVE eksklusif dan banyak lagi. Dapatkan maklumat terkini tentang perkhidmatan serta penambahbaikan melalui akaun rasmi media sosial di Facebook, Instagram, Twitter, TikTok @tontonmy.

Mengenai MYTV

MYTV merupakan penyedia perkhidmatan infrastruktur TV Digital Terestrial Percuma percuma di Malaysia dengan liputan 100% di seluruh negara.


MYTV Broadcasting telah dilantik untuk membina dan mengendalikan kemudahan infrastruktur dan rangkaian untuk perkhidmatan TV Digital di Malaysia dan berfungsi sebagai platform untuk perkhidmatan TV Digital yang boleh diakses oleh semua rakyat Malaysia secara PERCUMA. Platform TV Digital ini menyediakan akses kepada kandungan TV Definisi Tinggi (HD) untuk penonton serta peluang baharu untuk penyiar dan penyedia kandungan mengembangkan jangkauan dan perniagaan mereka.

 

MYTV boleh diakses melalui set TV digital yang disambungkan ke antena UHF atau set TV analog yang disambungkan ke dekoder  dan antena UHF. Tiada Yuran yuran langganan Bulanan untuk menikmati saluran TV HD ini. MYTV kini menyediakan kandungan berkualiti daripada penyiar-penyiar termasuk TV1, TV2, TV3, 8TV, TV Awesome, TV Suke, TV Al-Hijrah dan banyak lagi pada masa yang akan datang.

 

Jangan lupa saksikan Anugerah Juara Lagu (AJL) 2022 dalam kualiti HD di TV3 (Saluran 103) melalui MYTV di 1300-80-6988.


Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam