SUARA HATI HAN BYUL MENERUSI ‘BUKAN MILIKMU’
Oppa nombor satu negara, Han Byul , kembali mengubati rindu peminat-peminat kesayangannya yang digelar ‘Twinklers’ dengan buah tangan terbaharu, sebuah single balada dwibahasa Melayu-Korea istimewa berjudul ‘ Bukan Milikmu ’ hasil ciptaan penyanyi-penggubah lagu popular, Hazama, bersama-sama komposer terkenal, Omar K, manakala terbitan oleh Warner Music Malaysia . “Sebenarnya idea di sebalik pembikinan lagu ini tercetus ketika Hazama dan saya sedang melakukan penggambaran sebuah telemovie pada bulan Mei tahun lepas. “Dia ada menyatakan hasratnya untuk berkolaborasi dalam sebuah lagu, dan setelah mendengar beberapa demo, hati saya terus terpaut pada ciptaan bertajuk Bukan Milikmu ,” jelas pemilik nama sebenar Jang Han-Byul. Penyanyi kelahiran Korea Selatan yang baharu sahaja selesai menjalani penggambaran drama bersiri bertajuk ‘Lecturerku Oppa’ yang bakal bersiaran di WeTV iFlix ini turut menjelaskan, “Lagu ini telah pun saya rakamkan pada tahun lepas, namun kerana pandemik COVID-1