Skip to main content

Persembahan Inteam di Abu Dhabi Disambut Hebat

 Di saat umat Islam di Malaysia masih lagi meriah meraikan Aidilfitri di bulan Syawal, kumpulan Nasyid Inteam bersama pasukan pemuzik mereka terbang ke Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu pada hari raya kelima bagi menerima undangan persembahan bertaraf antarabangsa.


Kumpulan nasyid yang pernah menerima Anugerah Kembara di dalam Anugerah Nasyid Malaysia 2020 (ANAM 2020) anjuran Munsyid Malaysia dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia 2 tahun yang lalu, tidak menunggu lama selepas sempadan negara kembali dibuka untuk mengadakan persembahan luar negara.


Hazamin Inteam berkata; "Alhamdulillah,  Ramadan lalu, kami telah dihubungi wakil penganjur yang juga merupakan alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia menjemput kami untuk mengadakan persembahan dalam The World Muslim Communities Council (TWMCC) yang merupakan acara tahunan yang diadakan untuk kali kedua tahun ini" 


"Walaupun ia diadakan pada minggu pertama Syawal, kami sepakat menerima jemputan persembahan tersebut kerana peluang mengadakan persembahan di hadapan delegasi lebih 72 buah negara ini bagi kami sangat berharga. Tambahan pula mereka yang hadir mewakili NGO-NGO Islam di negara masing-masing termasuk negara bukan Islam seperti Jepun, Korea, Amerika Syarikat dan lain-lain" Tambah Syah Inteam.


Menurut Rahim Inteam, slot persembahan mereka diadakan di dalam program makan malam bagi acara konvensyen tersebut dan dihadiri lebih 300 orang delegasi dari pelbagai negara.


"Kami mengenakan Busana Melayu lengkap yang ditaja Empayar Rumbawe bagi memperkenalkan pakaian tradisional dan kebudayaan negara kita. Mereka sangat menyukainya dan mengambil peluang beramai-ramai untuk bergambar dengan kami" Tambah Rahim lagi.



"Walaupun ada di kalangan ahli delegasi sudah selesai makan malam, mereka berdiri di hadapan pentas kami menonton sambil merakam persembahan kami. Bahkan salah seorang wakil delegasi seorang sheikh dari Negara Tunisia naik ke pentas dan mencium dahi salah seorang dari kami dan memeluk setiap anggota kami sebagai tanda penghormatan dan penghargaan" ujar Syah Inteam sambil tersenyum. 


Persembahan Inteam di Abu Dhabi diiringi rakan-rakan pemuzik Fuad Ko sebagai pemain gitar, Hafiedz Udu sebagai pemain perkusi, Firlany sebagai pemain gambus, seruling dan accordion manakala Shahrulhikmi bermain shaker dan tamborin.


Mereka berada di UAE selama 5 hari dan sempat bersiar-siar di Abu Dhabi dan Dubai semasa berada di sana.


Acara The World Muslim Communities Council (TWMCC) ini turut dihadiri delegasi YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Haji Idris Ahmad yang turut menyampaikan ucaptama.

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Wings Tawar Harga ‘Rahmah’, Hargai Sokongan Peminat Muzik itu satu rakaman masa, ianya terus berevolusi bergerak merentas zaman malah mendedikasikan sebuah revolusi buat penggemar baru dan lama, begitu juga dengan Wings yang terus terbang menggapai kejayaan yang seakan tiada noktah malah pasti ada kejutan dalam membina empayar dan perluasan pengaruhnya. Justeru itu tidak hairanlah mengapa Wings terus ‘meragut magis’ ratusan malah ribuan peminat yang sentiasa dahagakan aksi bertenaga Wings di atas pentas. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur’ menjadi wadah signifikasi yang seterusnya dengan tema yang dibawa! ‘Kuasa dan kemenangan’ itu telahpun  dicipta di pentas The Star Theatre , Singapura pada 29 Julai lalu,  tidak adil rasanya ‘kuasa’ itu tidak digagaskan di Malaysia apatah lagi ianya tempat di mana Wings ditubuhkan sejak 38 tahun yang lalu. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah manakala Awie Entertainment bertindak seba