6 Finalis berentap rebut gelaran Juara COF LOCKSTAR

Program realiti pertama secara dalam talian terbitan syarikat rakaman COF Music iaitu COF LOCKSTAR bakal melabuhkan tirai menerusi peringkat akhir pada 2 Oktober, jam 9 malam di saluran YouTube COF Music. Enam finalis berentap bagi merebut gelaran Juara COF LOCKSTAR sekali gus membawa pulang hadiah bernilai RM50,000 yang mana merangkumi wang tunai RM8,888, trofi dan kontrak bersama COF Music. Tempat kedua, membawa pulang RM5,555 beserta trofi dan pemenang tempat ketiga meraih RM3,333 beserta trofi. Sementara itu turut disediakan dua kategori iaitu 'Most Creative' dan 'Most Viewers' yang masing-masing membawa pulang RM1,000 dan trofi. Enam peserta akhir terdiri daripada Azumi, Jiha Akhir, Ryan Razali, Yusuf Kassim, Zee Rahmat dan kumpulan Banyak Bunyik Republik. Pengarah Urusan COF Music, Aman Nassim berkata, COF LOCKSTAR yang bermatlamat melahirkan penyanyi baharu yang bersandarkan pada bakat akhirnya dapat dicapai berdasarkan kualiti e...