Yayasan Nurjiwa akan mengadakan persembahan amal khas yang dijayakan oleh penyanyi Dato’ Sri Siti Nurhaliza pada 5 & 6 November 2022 di Dewan Plenary, KLCC, bermula pukul 8.45 malam. Tiket-tiket berharga RM188, RM288, RM388, RM488, RM588, RM788, RM888 dan RM1188 mula dijual pada hari ini di www.myticket.asia atau menerusi hotline +603-86050196. Persembahan dua malam ini bertujuan mengisi dana Yayasan Nurjiwa bagi meneruskan misi bantuan serta mengubat rindu para peminat Siti Nurhaliza untuk menonton aksi penyanyi kesayangan mereka. Artis jemputan bagi persembahan ini merupakan seorang legenda rock tanahair iaitu Dato’ Awie. Gandingan kedua-dua artis ini juga merupakan elemen istimewa yang akan dipersembahkan di Dewan Plenary, KLCC. Sebagai penerbit, Yayasan Nurjiwa berharap persembahan ini akan mencapai sasaran supaya lebih banyak misi bantuan dapat dilaksanakan terutama pada musim banjir, bantuan berterusan ke Palestin serta bencana alam lainnya.
Comments
Post a Comment