Posts

Showing posts from January, 2022

TRIO TAMPAN TERBAHARU TARUHKAN SINGLE ‘OY’

Image
  Tiga Anak Muda Viral Medsos - Razmansyah, Afiq Adnan & Nidza Afham Tampil Dengan Single Sulung Berentak Balada Pop Moden Tiga anak muda berwajah tampan yang viral di media sosial, Razmansyah , Afiq Adnan dan Nidza Afham bersepakat untuk bergabung secara kolektif melalui muzik dengan penghasilan single sulung mereka berjudul ‘ OY ’ yang dicipta istimewa oleh dua komposer tersohor negara, Sharon Paul dan Ezra Kong, terbitan Werkit Records dengan kerjasama kreatif bersama Rocketfuel Entertainment , sekaligus memperkenalkan ‘trio’ ini buat tatapan umum. “Kami sengaja memilih untuk tidak mempunyai nama kumpulan kerana ingin dikenali secara individu melalui identiti masing-masing, setiap daripada kami pernah menyanyikan lagu-lagu ‘cover’ di media sosial dengan sambutan yang agak luar biasa,” terang Razmansyah yang pernah menyertai program Suara Viral 2.0 baharu-baharu ini. Trio yang ditemukan oleh Sharon Paul ini, digabungkan kerana keunikan vokal masing-masing dalam bidang nyanyia

TIKET DOLLA MINI SHOWCASEHABIS DIJUAL LIMA MINIT SELEPAS PENGUMUMAN

Image
Siapa   yang   menyangka   kumpulan   nyanyian   wanita DOLLAyang   baru   beberapa   tahun   menyertai   industri   muzik   tanah   air   kini   sudah   menjadi sebuah kumpulanyang mempunyai pengaruh yang sangat besar.Dengan penampilan muzik dan gaya persembahan yang tersendiri kumpulan ini telah meraih pelbagai   kejayaan,   termasuk   menjadi   kumpulan   nyanyian   wanita   pertama   yang   tampil   di papan iklan digital di New York Times Square, Amerika Syarikat.Kini, mereka bakal tampil dengan pertunjukan khas mereka sendiri berupa sebuah acara yang dikenali sebagai DOLLA MINI SHOWCASE.Acara ini bakal berlangsung pada Sabtu 19 Februari 2022 jam 8 malam di NeroEvent Space, PJPAC, 1Utama.Malah, tiket-tiket yang dijual pada harga RM35 (tiket terhad) danRM55 (berserta sesi ramah mesra atau ‘meet and greet’) telah pun habis dijual lima minit selepas diumumkan pada jam 12 tengah hari 30 Januari 2022.“Kami   berasa   sangat   gembira   kerana   akhirnya   diberi   peluang   membuat   p

3 perkara yang membuat hati kita bercampur baur menonton drama Bunga Hati slot Megadrama

Image
  Hilangnya kasih ibu - Salimah memukul luqman tanpa belas kasihan kerana Luqman mengingatkan kisah lampaunya bersama bekas suami. Pasti ramai yang terkesan dengan emosi anak beranak ini dan tingkah laku Salimah terhadap Luqman yang sentiasa reda dengan sikap ibu terhadap dirinya. Adegan Luqman dipukul sentiasa menerbitkan rasa simpati penonton kepada karakter lakoan Nafiez Zaidi ini. Salimah (lakonan hebat primadona Fauziah Ahmad Daud) yang akhirnya cuba untuk menerima Luqman tetapi apakan daya Allah lebih menyayangi Luqman.   Konflik cinta tiga segi - Amer yang terlalu mencintai Dilaila, Joshua yang menaruh harapan cinta Dilaila, Jessila pula yang mahukan cinta Amer. Konflik cinta mereka yang rumit membuatkan penonton tertanya-tanya siapa yang akan dapat memiliki cinta Dilaila. Memang hati dan perasaan tidak boleh dipaksa-paksa namun sifat ingin memiliki dan dimiliki membuatkan masing-masing terus mencuba menjuarai cinta yang ingin dimiliki.  Dendam tiada penghujung - Salimah ya

KOLABORASI ‘MAHAL’ MESTICA FEAT DATO’ HATTAN DALAM ISTIKHARAH

Image
  Inisiatif    beberapa    kumpulan    nasyid    sebelum    ini berkolaborasi dengan penyanyi solo ternama diakui berjaya menghidupkan semula irama nasyid tanah air. Biarpun lagu yang dinyanyikan itu adalah versi rakaman semula, sekurang-kurangnya usaha   dilakukan   itu   mampu   memperkenalkan   irama   nasyid   kepada   generasi   muda   hari   ini sekaligus mengumpul peminat baharu.Tidak    ketinggalan    kumpulan    Mestica    yang    kini    muncul    dengan    single    baharu    berjudul ISTIKHARAHyang berkolaborasi dengan penyanyi terkenal juga lagenda Dato’ Hattan. Mestica yang ditubuhkan pada 2003 ini antara kumpulan nasyid yang menjadi kegilaan pelajar universiti dan peminat irama itu dengan deretan lagu popular mereka.Selepas   kali   terakhir   muncul   dengan   album   Projek   Palestin –Satu   Misi   Kemenangan   bersama beberapa penyanyi nasyid lain pada 2013, tahun ini Mestica yang dianggotai Muhamad Razin Che Mud   (Razin),   Mohd   Khairulnizam   Zainol   (Khairul)

Tak Sangka Jadi Viral, Cabaran Menari Di TikTok Dapat Respon Hebat Daripada Belia Muda

Image
 Sekumpulan penari muda bernama Nasty Rock Crew berjaya mencipta fenomena di laman sosial TikTok dengan satu cabaran menari. Dance challenge di atas inisiatif mereka itu sendiri berjaya memeriahkan laman TikTok Malaysia apabila meraih ratusan respon positif. Kebanyakan audiens yang menonton tarian itu mengakui rasa tercabar dan turut mencuba menghafal langkah tarian yang dicipta oleh Nasty Rock Crew. Menurut salah sorang ahli Nasty Rock Crew, Muhammad Firdaus, tarian yang berlatar belakangkan lagu Keluarga Malaysia itu pada mulanya dilakukan atas dasar suka-suka. Bagaimanapun apabila tampil dengan langkah tarian, Firdaus merasakan lagu itu mampu memberi inspirasi kepada anak muda yang lain untuk sama-sama menyemarakkan semangat nasionalis. “Selepas melihat sambutan baik yang diterima, saya dan ahli yang lain merasakan tarian ini patut diketengahkan. Oleh itu timbullah idea ‘dance challenge’ ini. Malah audiens yang menyahut cabaran tarian ini juga berpeluang untuk menang hadiah hebat se

Terjebak dalam Perasaan, Mark Natama Tampilkan Single ‘Terluka Menginginkanmu’

Image
Penyanyi   pendatang   baharu   Mark   Natama   kembali dengankarya     terbaharunya     lewat     sebuah     singleluar     biasayang     diberi     judul TERLUKA MENGINGINKANMU.   Ini   menjadi   single   keduaMark   Natama   di   bawah   label   rakaman   Universal Music Indonesia.Sebelumnya, peserta    akhir    rancangan pencarian    bakat    Indonesian    Idol    special    season    musim kesebelas   ini   telah   mengeluarkan   single   perdana   profesionalnya   berjudul ‘Jago Cemburu’ pada November   2021   yang   lalu.   Di   single TERLUKA   MENGINGINKANMUini,   Mark   Natama   juga   masih bekerja sama dengan trio pencipta lagu hitTanah Air, Laleilmanino. Namun   begitu,   lagu   ini   sangat   berbeza dengan ‘Jago Cemburu’ yang mengusung warna   muzik   pop dengan nuansa R n’B yang rancak.Lagu TERLUKA MENGINGINKANMUdikemas dengan menyajikan warna   muzik   pop   baladayang perlahannan   romantis,   sehingga   kekuatan   dari   kualitivokal   Mark Natama yang merdumenjadi s