Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2023

WARTAWAN HIBURAN KRITIKAL DI LONDON

 Wartawan hiburan Fiza Kamarudin dilaporkan kritikal selepas tidak sedarkan diri ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, London, semalam. Susulan itu Fiza, 40, atau nama sebenar Siti Nor Hafiza Kamarudin kini dirawat di Hospital Charing Cross. Difahamkan, kejadian berlaku beberapa jam sebelum Fiza bersama keluarga berlepas pulang ke tanah air. Sehubungan itu, Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) melancarkan tabung kecemasan bagi membantu memudahkan urusan Fiza. Presidennya Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin berkata, inisiatif melancarkan tabung khas itu selepas mendapat persetujuan daripada suami Fiza iaitu Mohd Roshdi. "WHAM mengambil kesempatan ini dengan mengalu-alukan semua pihak bagi membantu sahabat kita ini yang sedang memerlukan. Biarpun sedikit tetapi ia sungguh bermakna dan dihargai.  "Kami juga mengalu-alukan sumbangan rakan artis dan mana-mana pihak yang pernah bekerjasama dengan Fiza sepanjang kerjaya mereka. Memanda

ARAHAN TERBAHRU AARON AZIZ - SAYU YANG SYUKUR

  Nama pelakon popular Dato Aaron Aziz sudah cukup sinonim dengan penampilannya dalam nashkah filem yang bertemakan cinta. Dengan pengalamannya yang cukup meluas dalam dunia lakonan, ternyata Aaron diberi peluang untuk mengarahkan sebuah filem cinta berjudul Sayu Yang Syukur. Aaron berkata, pembabitannya dalam filem tersebut selaku pengarah bermula setelah ditawarkan sendiri oleh Penerbit Ekseku=f, Allahyarham Datuk Gulzar Mohamad Noor Mohamed atau lebih dikenali sebagai Mohd Atlas pada tahun 2015. “Pada awalnya saya diberikan peluang untuk berlakon sahaja, namun arwah kemudiannya tawarkan pula untuk saya mengarahkan filem ini. “Saya merasakan ia satu peluang yang =dak harus dilepaskan memandangkan saya tak pernah mengarahkan sebuah filem cinta,” ujarnya. Diterbitkan syarikat Nusanbak= Produc=on Sdn. Bhd., Sayu Yang Syukur merupakan filem kedua arahan beliau setelah Romeo Kota. Sayu Yang Syukur merupakan sebuah filem konflik percintaan penuh drama=k yang turut menampilkan Aaron selaku

HAEL HUSAINI LANCAR ALBUM SULUNG ‘ANTONIM

 Sentuhan magisnya bak ‘Midas Touch’ sentiasa meraih perhatian ramai, buat personel pemenang-anugerah penyanyi-penulis lagu yang tidak asing lagi, ‘bintang’ bernama Hael Husaini, kini telah tiba masanya album sulung yang dinanti- nantikan setelah sekian lama bakal menemui peminat setianya, album ‘ANTONIM (PART I)’ yang memuatkan 6 buah lagu kesemuanya merupakan ciptaan barisan komposer ternama tanah air seperti Ezra Kong, Omar K, Iqie Hugh, Hanis Rafi, Firdaus Rahmat serta Hael Husaini sendiri bakal dilancarkan pada tanggal 5 Januari 2024, manakala MV ‘DIAM’ pula pada 22 Disember tahun ini.     Sepanjang 3 tahun kebelakangan ini, saya telah menghasilkan lebih kurang 20 buah lagu (demo) untuk album pertama ini dan setelah berbincang dengan pihak label serta pasukan saya, hanya 10 buah lagu sahaja telah disenarai pendekkan serta beberapa buah lagu lama yang telah diberi susunan semula khas untuk album ini. “Dalam album ANTONIM (Part I) terkandung lagu-lagu seperti

RAIN TOWN‘Angkat Kisah Tentang Konflik Kekeluargaan’

Setelah mencipta nama menerusi filem Redha yang bertemakan tentang autisme pada tahun 2016, pengarah terkenal Tunku Mona Riza Tunku Khalid kini kembali dengan naskah terbaharu berjudul RAIN TOWN. Masih mengangkat kisah kekeluargaan, filem baharu terbitan Current Pictures Sdn. Bhd. ini mempunyai keistimewaan tersendiri apabila dihasilkan dalam bahasa Kantonis dan diarahkan oleh seorang pengarah Melayu. Dengan penghasilan filem tersebut, ia secara tidak langsung menobatkan beliau sebagai Pengarah Wanita Melayu Pertama mengarahkan filem Kantonis dan pastinya memberikan keunikan dan tarikan yang tersendiri. Tunku Mona Riza berkata, idea untuk menghasilkan Rain Town bermula apabila dia dimaklumkan oleh seorang jurugambar pada tahun 2016 mengenai ‘Rain Betting’ atau bertaruh dengan meneka waktu hujan yang pernah berlaku suatu masa dahulu di Taiping, Perak “Ketika itu saya sangat tertarik dengan kisah ‘Rain Betting’ kerana ia satu cerita yang unik, namun tidak bermaksud saya mahu

RAISA AKHIRI 2023 BERSAMA SINGLE TAK BERHARAP LAGI, TAMPILKAN MEERQEEN DALAM VIDEO LIRIK

Tahun 2023 bakal ditinggalkan penyanyi popular Indonesia, Raisa Andriana dengan melakar satu lagi sejarah manis dalam perjalanan karier seninya menerusi kemunculan single terbaru, Tak Berharap Lagi. Dilancarkan hari ini (15 Disember 2023) menerusi JUNI Records, karya ciptaan bersama Raisa dan Andmesh Kamaleng itu menyaksikan kolaborasi pertama wanita berusia 33 tahun tersebut dengan grup S/eek sebagai penerbit. Single itu akui Raisa, memberi makna tersendiri kepadanya kerana ia merupakan projek pertamanya bersama Andmesh. Meskipun tidak menampilkan Andmesh sebagai pasangan duet, mereka sebaliknya berkolaborasi dalam menyempurnakan penulisan lirik Tak Berharap Lagi. “Saya yakin lagu ini akan menjadi sebuah lagi lagu pop klasik galau Indonesia pilihan ramai, apatah lagi jalan ceritanya juga dekat dengan pengalaman yang pernah dilalui banyak orang. "Saya berharap lagu baharu yang digarap bersama Andmesh ini dapat membawa nostalgia, sekali gus bertahan sebagai karya malar

ZIANA ZAIN KONSERT 2024

  Bakal menjadi tanda aras cipta sejarah, CSA ACADEMY ‘Mempersembahkan Ziana Zain Konsert 2024’ yang dijadual berlangsung pada 25 Mei 2024 adalah sari berita terpenting bukan sahaja dalam karier diva seni suara tersebut tapi juga buat industri hiburan tanahair.   Masakan tidak, konsert ini akan menjadi konsert solo Ziana Zain selepas  22 tahun tidak beraksi lincah dan menawan peminatnya di atas sebuah panggung bersifat mega. Konsert yang dipersembahkan oleh CSA Academy selaku penaja utama konsert ini merupakan anjuran Anuar Zain Network Sdn Bhd dan Ziana Zain Network Sdn Bhd dengan kerjasama Altus ProHouse dan dijadualkan berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.   CSA Academy dengan bangganya menjadi penaja utama konsert Ziana Zain kerana nilai-nilai peribadinya dan kecemerlangan seninya sejajar dengan komitmen kami untuk memberdayakan masyarakat. CSA Academy ialah platform pendidikan kewangan yang paling berpengalaman dan terunggul di Malaysia. Coach Kewan

KONSERT WALI “CARI JODOH” & “DAWAI” Di PENANG

Orange International Kembali Hiburkan Orang Pulau Pinang Pula Dengan Konsert Oleh Wali Band & Artis Terkemuka Indonesia-Malaysia Setelah kejayaan luar jangkaan dan memberangsangkan konsert ‘Jujur Takkan Melupakanmu, Live In Concert Radja (Special Appearance Ella)’ pada November lalu yang berjaya menarik lebih dari 5,000 penonton, syarikat penganjur konsert yang kian menempa nama, Orange International kembali dengan hiburan seterusnya khusus buat orang Pulau Pinang, ‘KONSERT WALI “CARI JODOH” & “DAWAI” IN PENANG’ yang turut menampilkan penyanyi Fadhilah Intan, Saixse dan juga Khai Bahar pada 3 Februari 2024 ini, bermula 8:30 malam, bertempat di Spice Arena, Pulau Pinang.       Menurut Dato’ Mohd Fadzli Idrus, selaku CEO & Pengasas Orange International, “Alhamdulillah, selepas beberapa siri konsert yang diadakan, pihak Orange International (OI) terus berkembang dan berhasrat untuk memajukan industri hiburan tanah air, ekonomi serta aktiviti pelancongan dalam negar

KUMPULAN YANG MEMPUNYAI BEBERAPA LAGU POP PLATINUM, DRAX PROJECT, MERILIS ALBUM KEDUA MEREKA ‘UPSIDE’ DAN MEREKA JUGA AKAN MENGADAKAN PERSEMBAHAN UTAMA DI THE JAZZ CAFÉ PADA 19 JULAI 2024

Dengan lebih setengah bilion strim, Drax Project adalah salah satu artis terbesar yang lahir dari New Zealand dan pada hari ini meriliskan album kedua 10 lagu mereka 'Upside'. Di samping itu, kumpulan tersebut telah mengumumkan persembahan utama mereka di London yang sangat istimewa pada 19 Julai tahun hadapan di The Jazz Cafe di Camden. Berikutan album sulung mereka bertajuk nama kumpulan mereka yang mendapat sambutan yang tinggi merangkumi lagu-lagu popular carta seperti Woke Up Late yang menampilkan Hailee Steinfield dan Catching Feelings yang menampilkan Six60, Kumpulan 4 anggota ini kembali dengan projek yang bakal menjadi bukti kejayaan kumpulan itu dan evolusi artistik. Meningkat kekuatan demi kekuatan, Drax Project ialah kumpulan pop terkenal yang terdahulu pernah memenangi beberapa anugerah platinum dan pernah menjelajah dengan nama-nama terbesar dalam dunia muzik termasuk Ed Sheeran, Christina Aguilera, Camilla Cabello dan Lorde. Persembahan mereka sentias

Barisan Artis Tempatan & Artis Rocketfuel Entertainment Bergabung Suara Nyanyikan Lagu ‘ASSALAMUALAIKUM’

 Label hiburan tanah air paling berpengaruh masa kini, Rocketfuel Entertainment bersama-sama Astro sentiasa prihatin dengan perihal terkini yang sedang melanda dunia, terbaharu, lagu popular pemenang-anugerah bersifat kemanusiaan ‘ASSALAMUALAIKUM’ nyanyian dan juga ciptaan Faizal Tahir, Audi Mok, Mike Chan, Omar K dan Ezra Kong diberi nafas baharu sebagai tanda solidariti terhadap kemelut peperangan yang Lebih istimewa, versi ‘remake’ lagu ini menampilkan pelbagai artis ternama seperti Naqiu, Tomok, Aliff Aziz, Azharina, Liza Hanim, Hady Mirza, Noryn Aziz, Jaclyn Victor, Nikki Palikat serta barisan artis Rocketfuel Entertainment sendiri iaitu Hael Husaini, Zizan Razak, Elly Mazlein, Ara Johari, Wani Kayrie, dan penampilan istimewa oleh Dato’ Hattan, Mawi dan juga Zizi Kirana. Menurut Pn. Syakireen Othman, selaku Ketua Muzik & Kandungan Rocketfuel Entertainment, “Sebagai tanda sokongan terhadap bencana kemanusiaan yang sedang berlaku di Palestin, Rocketfuel Entertainment

Kempen ‘Lose to Win’ untuk memerangi obesiti di Malaysia

Persatuan Sukan, Rekreasi dan Kesihatan Kuala Lumpur (“Su.Re Sihat KL”) melancarkan Kempen ‘Lose to Win’ untuk memerangi obesiti di Malaysia. Dengan pendedahan terbaharu mendapati Malaysia telah menduduk tangga pertama obesiti di Asia Tenggara dan tangga kedua secara global, badan bukan kerajaan tersebut berazam untuk menumpukan sumbernya dalam meningkatkan kesedaran terhadap epidemik tersebut.   Menurut Presiden, Su.Re Sihat KL, Shameem Akhtar Mohd Ashraf, obesiti kini bukan lagi dilabel sebagai penyakit negara dan isi rumah berpendapatan tinggi. “Dahulu kita menganggap orang menghidap obesiti akibat makan secara keterlaluan. Hari ini, anda pasti terkejut apabila mengetahui bahawa golongan B40 dan asnaf yang berpendapatan rendah juga boleh menghidap obesiti akibat faktor lain seperti kekurangan makanan berkhasiat, suasana bertekanan tinggi, genetik, kualiti hidup yang rendah dan banyak lagi”.   “Oleh itu, kami akan bekerjasama dengan pelbagai rakan kongsi bagi kempen ini u

Jaclyn Victor JUARA ALL STAR GEGAR VAGANZA

All Stars Gegar Vaganza menyaksikan juara GV9,  Jaclyn Victor dinobatkan sebagai pemenang utama yang memenangi hadiah wang tunai RM200,000 dan trofi emas GV. Pakej Percutian ke Switzerland sumbangan Kaki Jalan, pakej penginapan di Royale Chulan Hotel London sumbangan Royale Chulan Hotels & Resorts dan Baucer Dekorasi Ruangan sumbangan Ritz Reka. Dalam pada itu, terdapat anugerah tambahan iaitu Anugerah Pilihan Boss Susu diberikan kepada Naqiu dan pemenang membawa wang tunai berjumlah RM10,000 tajaan Farm Fresh. Kesemua finalis akan membawa pulang wang tunai RM10,000, pekej percutian tajaan Kaki Jalan dan trofi Gegar Vaganza. Kesemua peserta perlu menyelesaikan tiga tugasan iaitu nyanyian solo, duet bersama artis undangan dan juga pusingan battle antara mereka. Setiap persembahan dinilai oleh juri tetap, Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat manakala juri jemputan pula adalah ratu rock negara, Ella. Konsert akhir GV8 dihoskan oleh Nabil Ahmad bersa

SHARIF DAN SYAIFUL JUARA FAMILI DUO 2023

Pentas Famili Duo 2023 yang menjadi saingan sengit bagi duo keluarga selebriti untuk menonjolkan bakat dan kreativiti kini telah melabuhkan tirai! Setelah lapan minggu bersiaran, program realiti hiburan TV3 ini menobatkan duo adik-beradik Sharif dan Syaiful ZERO sebagai juara keseluruhan. Siapa sangka duo misteri yang dirahsiakan pada awal pertandingan bakal memberi saingan ketat kepada semua peserta sekaligus membolot kemenangan di pentas akhir Famili Duo 2023. Pernah memenangi juara mingguan sebanyak tiga kali, Sharif dan Syaiful bagaimanapun tidak menjangkakan kemenangan mereka pada malam final itu. Menurut adik-beradik ini, “Alhamdulillah. Sebenarnya kami tak jangka malam ni akan menang. Masa rehearsal kami tengok duo yang lain memang all out, jadi malam ini kami memang berharap untuk buat   yang terbaik dan have fun. Alhamdulillah juga, malam ini penonton dapat terima apa yang dipersembahkan dan persembahan ini juga menjadi satu sejarah buat hidup kami. Sebelum ni peno