Skip to main content

RAISA AKHIRI 2023 BERSAMA SINGLE TAK BERHARAP LAGI, TAMPILKAN MEERQEEN DALAM VIDEO LIRIK


Tahun 2023 bakal ditinggalkan penyanyi popular Indonesia, Raisa Andriana dengan melakar satu lagi sejarah manis dalam perjalanan karier seninya menerusi kemunculan single terbaru, Tak Berharap Lagi.
Dilancarkan hari ini (15 Disember 2023) menerusi JUNI Records, karya ciptaan bersama Raisa dan Andmesh Kamaleng itu menyaksikan kolaborasi pertama wanita berusia 33 tahun tersebut dengan grup S/eek sebagai penerbit.
Single itu akui Raisa, memberi makna tersendiri kepadanya kerana ia merupakan projek pertamanya bersama Andmesh. Meskipun tidak menampilkan Andmesh sebagai pasangan duet, mereka sebaliknya berkolaborasi dalam menyempurnakan penulisan lirik Tak Berharap Lagi.
“Saya yakin lagu ini akan menjadi sebuah lagi lagu pop klasik galau Indonesia pilihan ramai, apatah lagi jalan ceritanya juga dekat dengan pengalaman yang pernah dilalui banyak orang.
"Saya berharap lagu baharu yang digarap bersama Andmesh ini dapat membawa nostalgia, sekali gus bertahan sebagai karya malar segar," kata Raisa.
Sementara itu, Andmesh pula berkata, ketika lagu itu ditulis, fikirannya langsung membayangkan Raisa sebagai penyanyi yang serasi untuk membawakan karya tersebut.
“Karakter suara Raisa sangat cocok untuk lagu ini. Tanpa ragu, saya terus mengirimkan lagu ini kepada Raisa,” kata penyanyi kelahiran 15 April 1997 itu.
     
 Tak Berharap Lagi, seperti mengajak pendengar untuk kembali ke era lagu galau Raisa. Sejak Raisa berkongsi potongan lagu itu di media sosialnya beberapa minggu lalu, ia membangkitkan keterujaan peminat untuk turut bersama dalam projek berkenaan.
Malah, petikan lagu Tak Berharap Lagi turut digunakan oleh ramai peminat untuk membuat pelbagai video di media sosial yang secara tidak langsung menghangatkan lagi bahang kemunculan single tersebut.
"Tak Berharap Lagi mewakili perasaan mereka yang pernah mengagung dan memuja cinta, tetapi berjalan waktu, perlahan ia hilang meskipun menyangka sudah bertemu dengan orang yang menurut mereka tepat.
"Seiring perjalanan waktu, tambatan hatinya itu menjadi sumber rasa sakit dan membuatkan dia tidak berani berharap lagi,” ungkap Andmesh sebagai penulis.
Lagu ini turut diwarnai dengan kemunculan pelakon dan model asal Kuala Lumpur, Meerqeen.
Berawal daripada pertemuan secara tidak sengaja di Jepun, Raisa memulakan komunikasi santai dengan Meerqeen hingga akhirnya mencetuskan idea untuk mengundang jejaka itu beraksi dalam video lirik Tak Berharap Lagi.
Penggambaran video lirik Tak Berharap Lagi yang disutradarai West Waisnawa dari MIURA Film dijalankan pada pertengahan September lalu di sekitar Kebun Raya Bali.
Konsep video lirik itu menceritakan tentang kerisauan hati, namun tidak dipaparkan secara jelas dalam bentuk adegan.
Ia sebaliknya diterjemahkan menerusi pemilihan syot, selain mengabadikan teknik pengambilan gambar dan penggunaan gelang kunci sebagai simbol seseorang yang telah mengunci rapat pintu hatinya. Ia tidak akan dapat dibuka oleh sesiapa pun, kecuali dirinya sendiri.
Tak Berharap Lagi boleh dinikmati di platform penstriman digital seperti Apple Music, Deezer, Langitmusik, Spotify, Tiktok Music, YouTube Music dan lain-lain bermula 15 Disember 2023.
Manakala, video lirik Tak Berharap Lagi pula boleh ditonton ramai di saluran YouTube: raisa6690 juga bermula 15 Disember 2023.


1. Kerjasama dengan Andmesh Kamaleng:
Ini kali pertama kami berkolaborasi dalam penghasilan lagu. Sebelum ini ada beberapa kali Andmesh mahu memberikan lagu, cuma keadaan belum mengizinkan untuk bekerjasama. Ketika mahu menghasilkan lagu baharu, kami kerap bertemu sama ada di belakang pentas atau ketika di lapangan terbang. Ia bagaikan petanda untuk kami bekerjasama dan apabila saya suarakan kepada Andmesh yang saya sedang mencari lagu, dia terus WhatsApp lagu ini.
Kali pertama mendengar lagu Tak Berharap Lagi, saya sudah tahu apa yang saya boleh lakukan untuk karya ini. Lagu ini seakan membawa peminat mengimbau lagu-lagu lama Raisa, tetapi dinyanyikan dengan cara sekarang.
2. Kerjasama dengan Meerqeen untuk video lirik
Kami bertemu di acara untuk sebuah jenama di Jepun. Sempat berbual-bual santai sepanjang acara dan selepas pulang dari Jepun, saya fikir siapa yang bakal menjayakan video muzik lagu terbaru ini.

 Saya pernah bekerjasama dengan ramai artis di Indonesia dan banyak yang nama yang saya sudah penuhi. Justeru, untuk kali ini mengapa tidak saya undang Meerqeen.
Saya mesej dia secara peribadi dan dari situ, disusuli perbincangan lanjut antara pengurusan saya dan Meerqeen. Boleh dikatakan semuanya berlaku dengan pantas dan Meerqeen perlu terbang ke Bali untuk penggambaran. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan penggambaran juga cepat. Dalam separuh hari semuanya selesai.
3. Sinonim lagu galau:
Banyak juga merakamkan lagu yang pelbagai, tetapi peminat lebih cenderung meminati lagu galau. Saya melihat Tak Berharap Lagi sebagai nostalgia baru. Ia membawa muzik Raisa yang membuat saya jatuh cinta lebih sedekad lalu tetapi dinyanyikan dengan cara sekarang. Penghasilan single ini juga memberikan saya inspirasi untuk terus berkarya dan menghasilkan lagu. Saya sangat suka menulis dan merakamkan lagu, justeru pasti akan ada karya-karya lain selepas ini.
4. Harapan untuk 2024:
Moga manusia akan terus berbuat baik antara satu sama lain kerana dunia hari ini kita lihat sudah tidak seperti dulu lagi. Lihat saja pemberitaan dalam talian, berita negatif lebih diberi perhatian dan mendapat banyak views.
Saya berharap 2024 akan menjadikan kita lebih positif dan menggunakan platform yang ada untuk menyebarkan hal-hal yang baik.
Saya juga mahu terus berkarya dan sedang merancang sesuatu untuk peminat di Malaysia, tahun depan. Nantikan pengumumannya, insya-Allah. 


Lirik Lagu 
Tak Berharap Lagi

Lama ku putuskan tak membuka diri
Lama ku biarkan hati tak berpenghuni
Meski banyak yang singgah
Tiada yang mampu hilangkan bayang-bayang kecewa
Dalam luka ini
Tak terbendung lagi
Dalam hati ini
Duka jadi penghuni
Tak bisa ku pungkiri
Kini sinis ku memandang teman hati berjanji
Kau lah alasan
Ku tak lagi percaya cinta
Kau yang selalu
Membuatku nyaman dengan kecewa Telah terkunci, takkan mudah Membuka hati ini
Dan tak berani ku berharap lagi
Cinta yang kau suguhkan
Tak layak ku terima
Terlalu lama tuk menyadari semua
Yang ku cari kini
Sebuah cara tuk bisa lepas dari segala kecewa tuk bahagia
Kau lah alasan
 
 Ku tak lagi percaya cinta
Kau yang selalu
Membuatku nyaman dengan kecewa Oh telah terkunci, takkan mudah Membuka hati ini
Dan tak berani ku berharap lagi
Oooo..
Kau yang selalu
Membuatku nyaman dengan kecewa Oh telah terkunci, takkan mudah Membuka hati ini
Dan tak berani ku berharap lagi
Dan tak berani ku berharap lagi Hmmm...
Kredit Muzik Tak Berharap Lagi:
Vokal: Raisa
Komposer/Lirik: Andmesh Kamaleng, Raisa Andriana Penerbit: S/EEK
Pengarah Vokal: Barsena
Diadun oleh Stevano @ Sembunyi Studio, Jakarta Mastering oleh Dimas Pradipta @ SumIt! Studio, Jakarta © JUNI RECORDS 2023

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam