Posts

Showing posts from October, 2021

Jom BerEnglish Bersama Joe Flizzow

Image
SOLS 24/7 sentiasa berada di barisan hadapan dalam memperjuangkan pendidikan dalam masyarakat, mengubah kehidupan dan merevolusikan cara orang belajar. Sejak dua dekad yang lalu, mereka telah melakukan penyelidikan yang meluas untuk mencipta program yang akan memberi manfaat kepada masyarakat yang sangat memerlukan sokongan pendidikan. Bermula sebagai pakar dalam mengajar bahasa Inggeris kepada mereka yang tidak mempunyai kemahiran atau mempunyai kemahiran yang sangat asas, sejak daripada itu SOLS 24/7 mula berkembang dan menawarkan program pembelajaran yang merangkumi kemahiran Work Essential English (Asas Bahasa Inggeris Untuk Pekerjaan) untuk lepasan sekolah menengah, universiti, tujuan perniagaan serta menjadi penyedia perkhidmatan bagi persiapan untuk pekerjaan dan pendidikan digital. Kini, pasukan SOLS 24/7 telah membangunkan aplikasi pembelajaran, SOLS Edu, yang memberi lebih banyak pilihan kepada pelajar untuk belajar bahasa Inggeris. Dalam usaha menjadikan kandungan pelajaran...

Red Rahimad ‘gunakan’ Ezad Lazim dalam Celup

Image
  Nama penyanyi Red Rahimad mungkin masih asing dalam kalangan peminat dan pencinta muzik tanah air. Namun, itu bukan penghalang buat anak muda berusia 21 tahun ini untuk terus mengorak langkah dalam bidang diceburi.   Bagi Red Rahimad atau nama sebenarnya Muhammad Redha Rahimad, apa yang penting bagi dirinya adalah usaha dan kerja kerasa. Malah, dia juga yakin jika bakat yang dimiliki tidak boleh dipendam begitu saja.   Siapa sangka, selain boleh menyanyi dengan baik, Red Rahimad juga sudah bergelar ‘singer song writer’ yang mana turut menghasilkan sendiri lagu nyanyiannya serta turut mencipta lagu buat beberapa penyanyi lain.   Selepas melancarkan single Cahaya pada sambutan Ramadan lalu, terbaharu Red Rahimad muncul dengan single kedua di bawah syarikat rakaman COF Music iaitu Celup dan sekali lagi berkolaborasi bersama penyanyi Ezad Lazim.   Red Rahimad yang juga pencipta sepenuhnya lagu Celup berkata, dia bertuah kerana Ezad menerima tawaran...

Dr Hafiz Zainal tunjuk bakat tulis lirik dalam lagu Tak Kira

Image
  Pembabitannya pada program realiti Big Stage musim ketiga tahun lalu membuka ruang buat penyanyi Dr Hafiz Zainal untuk lebih dikenali. Malah, menerusi program itu dia berjaya mengumpul peminat tersendiri.   Biarpun tidak bergelar finalis, Dr Hafiz, 29, atau nama sebenarnya Muhammad Hafiz Zainal tetap mampu berbangga dengan apa dicapai. Apatah lagi selepas program itu dia muncul dengan beberapa single di bawah syarikat Rhythm & Rhyme Entertainment, milik pasangan suami isteri juga penyanyi, Akim Ahmad dan Stacy.   Terbaharu, Dr Hafiz muncul dengan single keenam berjudul Tak Kira yang sudah dilancarkan serentak dengan video muzik sejak 15 Oktober lalu di saluran YouTube Rhythm and Rhyme Entertainment.   Menariknya, menerusi lagu ciptaan Bunga Cantik itu, Dr Hafiz diberi peluang untuk menjadi penulis lirik bersama Bunga Cantik dan Hang Nadim.   Bagi Dr Hafiz, itu adalah percubaan dan pengalaman pertama terbabit dalam bidang penulisan lirik sek...

108 Media & Revolution Media Bariskan Bintang Serantau Tersohor Buat Siri Aksi Jenayah Antarabangsa 'I AM VASH' Yang Bakal Jalani Penggambaran di Malaysia Pada Suku Kedua 2022

Image
 108 Media, sebuah syarikat penjana kewangan kandungan dan pengurusan hak media yang tertumpu kepada pasaran baru, telah menyenaraikan syarikat penerbitan premium naungan Zainir Aminullah, Revolution Media sebagai penerbit bersama untuk siri aksi-jenayah asli mereka berjudul I AM VASH (8 x 60min). Ia bakal membariskan beberapa bintang tersohor yang akan memulakan penggambaran pada Mei 2022 dan siap untuk tontonan pada tahun 2023. Berkisar bandar Pelabuhan Kelang di Malaysia yang dipenuhi jenayah sekitar tahun 1970-an, ia dinaungi watak Vash seorang pegawai polis wanita yang sentiasa menghadapi tekanan masyarakat dan politik sambil cuba menyelesaikan kes terbesar sepanjang kerjayanya. Kes itu membabitkan ketua geng penjenayah yang membuat onar di seluruh  negara untuk memenuhi impiannya menguasai dunia kongsi gelap Asia Tenggara. Sebagai projek yang diterajui Adrian Teh, salah seorang pengarah paling berjaya dan prolifik di Malaysia, ia menampilkan gaya pengarahan khas...

HAFIZ HAMIDUN MENGUMUMKAN KEMUNCULAN ALBUM STUDIO

Image
  Hafiz Hamidun mengumumkan kemunculan album    penuh    studio    ke    Sembilan    beliau,    Zikir    Terapi    Acapella, menerusi Arteffects.Universal Music Malaysia, syarikat muzik utama tanah air.Album terbaru ini merupakan kesinambungan dari kejayaan album beliau Zikir Terapi Diri pada tahun 2011. AlbumfizikalZikir Terapi Diri telah terjual melebihi 1.5 juta unit di   seluruh   duniadan   mencatatkan   lebih   100   juta   tontonan   di   YouTube.Tanpa   SIARAN MEDIAkeraguan,   inimerupakan   antara   album   yang   paling   berjaya   pernah   diterbitkan   di Malaysia.   Setelah   sepuluh   tahun   album   tersebut   diterbitkan,   Hafiz   telah   mengambil keputusan untuk Kembali ke studio dan merakamkan versi acapella album tersebut.Penerbitan   a...

LAGU PELUANG KEDUA, NABILA RAZALI RAIH 2X ANUGERAH PLATINUM, RAIH HASILLEBIH RM400,000 DI PLATFORM STREAMING, YOUTUBE

Image
LEBIH   setahun   dilancarkan   lagu   Peluang   Kedua nyanyian Nabila Razali berjaya meraih 2x Platinum Award iaitu hasilmelebihi RM400,000 di semua platform streaming dan YouTube. Nabila meluahkan rasa syukur dan menganggap ia satu pencapaian terbaik buat dirinya dan segala penat lelah dalam mempromosikan lagu tersebut berbaloi. “Alhamdulillah ini merupakanpencapaian terbaik Bella buat masa ini. Penat lelah kami satu team berbaloi dengan penjualan lagu ini.   Saya juga tak sangka lagu Peluang Kedua ini dapat sambutan yang sangat menggalakkan sejak ia dilancarkan. “Saya berharap peminat akan terus menyokonglagu baru saya yang akan keluar tidak lama lagi,” katanya.Lagu ciptaan oleh Hael Husaini dan MFMF itu meraih 2x Platinum Award kerana memenuhi kriteria   berjaya   mendapat hasilsehingga   RM400,000.   Syarat   untuk   mendapat   Platinum Award, lagu tersebut haruslah meraih hasilsebanyak RM200,000.Dalam pada itu, Nabil...

KISAH PERSAHABATAN URBAN METHOD DALAM DOMO ARIGATO Kumpulan Hip-Hop Popular Kembali Mengubati Kerinduan Peminat

Image
  Kumpulan Hip-Hop Urban Method mengejutkan peminat dengan membuat kemunculan semula bersama sebuah lagu baharu yang berjudul Domo Arigato. Lagu yang diberi judul dalam bahasa Jepun itu bukan sahaja sebagai buah tangan Urban Method selepas sekian menyepi malah intipatinya juga menceritakan kenangan manis 5 sahabat   bersama.   Buat generasi kini yang mungkin tidak mengenali mereka, Urban Method yang dianggotai Mahadhir Bin Mohd Ismail,39,Mohd Munawir Bin Anuar,40,Hazairi Basha Bin Jamel Basha,39, Muneer Khan Bin Nazir,37 dan Ahmad Sayuti bin Ibrahim, 39 sebelum ini pernah mekar dengan lagu duet yang diberi nafas baharu, Wajah Rahsia Hati bersama primadona negara, Ogy Datuk Ahmad Daud yang juga merupakan penyanyi asal lagu tersebut.   Domo Arigato yang bermaksud terima kasih didedikasikan sebagai sebuah penghargaan khas buat sahabat handai dan peminat-peminat Urban Method yang sentiasa menyokong mereka sejak awal penubuhannya sehingga ke hari ini. Menurut me...

Uji Bakat The Audition 2021

Image
  The Auditon 2021 adalah pertandingan pencarian bakat baru Malaysia terbitan   Armani Entertainment Group (AEG).   Pertandingan ini diadakan untuk mencungkil bakat   peserta dalam pelbagai bidang seni seperti nyanyian, tarian, lakonan dan berlawak.   Untuk memastikan program ini memenuhi kehendak pasaran hiburan tanah air yang terus berkembang maju dengan kemunculan pelbagai idea kreatif daripada penggiat seni lama dan baru, kami di AEG melantik pengarah dan penerbit drama terkenal iaitu Michael Ang sebagai Rakan Strategik.     Ketua Pegawai Eksekutif AEG, Datuk KK Chua ,   berkata pihaknya yakin dengan   kemampuan yang pada Michael Ang, sinergi mereka akan menjadi hebat   dalam mencapai objektif melahirkan bintang baru dalam industri hiburan tanah air.   “Dunia hiburan tanah air perlukan bakat-bakat baru yang mampu menyerlahkan kemampuan, kehebatan dan   lebih berdaya saing.   “Ledakan teknologi ju...

CERITA ‘KELENTANG-KELENTONG’ HAEL HUSAINI BUKAN SEKADAR TIN KOSONG

Image
  Penyanyi Terkemuka Negara Hasilkan Single Pop Dengan Elemen Lagu Rakyat Alaf Baru Buat Sajian Masyarakat Malaysia Penyanyi terkemuka negara, juara dua kali berturut-turut Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-32 dan 33, Hael Husaini kembali menyajikan single terbaharunya yang berjudul ‘ Kelentang-Kelentong ’ hasil kerjasama serasi dengan komposer popular, Ezra Kong dan diterbitkan oleh Rocketfuel Entertainment Sdn Bhd. Hael yang kini sedang sibuk dalam rangka penyiapan 10 buah lagu buat album sulungnya masih berkesempatan menghasilkan single istimewa ini bersempena peralihan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dari Fasa 1 ke 2 dan terkini, peralihan ke Fasa 3. “Alhamdulillah, syukur dan syabas buat kita rakyat Malaysia kerana berjaya menangani masalah pandemik COVID-19 sebaik mungkin. Walaupun perjalanan kita masih jauh, namun saya positif dengan situasi norma baharu tatkala fasa endemik bakal menyusul kelak. “Sejajar dengan itu, saya mengambil kesempatan untuk menghasilkan sebuah single b...

FORCEPARKBOIS MUNCUL DENGAN ‘SHEESSH FLOW

Image
Setelah menggegarkan industri seni pada tahun ini dengan kehadiran single yang berjudul ‘Lotus’, kumpulan hiphop yang dikenali sebagai FORCEPARKBOIS (FPB) yang dianggotai oleh 11 anggota iaitu Chik (chikpap), Nakalness (nakalness), Noel (actualnoel), Blxckid (yungfriyay), Aset.bo (asset.bo), Han Panas (han.panas), Pab (shaf_pablo), Laws (laws.prayboi), Aali.3gp (aali.3gp) and N$H ( fpbnishy) dan Fuegone ( Fuegone ) kini hadir pula dengan single terbaru mereka yang berjudul ‘SHEESSH FLOW’. ‘SHEESSH FLOW’ adalah sebuah single mengenai satu perkataan yang viral di media sosial iaitu "Sheessh" dan juga trending di Tiktok dan Instagram. Mengilhamkan perkataan  “Sheessh” itu sendiri untuk single terbaru mereka ini, FPB terinspirasi dengan hasil perkataan itu dan akhirnya terjadilah ‘SHEESSH FLOW’. “’SHEESSH FLOW’ tu bermaksud sama seperti flexing tapi bukan flexing duit atau yang sewaktu dengannya, tetapi hanya untuk fesyen dan jenama pakaian yang semua orang Malaysia pakai...