Uji Bakat The Audition 2021
The Auditon
2021 adalah pertandingan pencarian bakat baru Malaysia terbitan Armani Entertainment Group (AEG).
Pertandingan ini
diadakan untuk mencungkil bakat peserta
dalam pelbagai bidang seni seperti nyanyian, tarian, lakonan dan berlawak.
Untuk
memastikan program ini memenuhi kehendak pasaran hiburan tanah air yang terus
berkembang maju dengan kemunculan pelbagai idea kreatif daripada penggiat seni
lama dan baru, kami di AEG melantik pengarah dan penerbit drama terkenal iaitu Michael Ang sebagai Rakan Strategik.
Ketua Pegawai Eksekutif AEG, Datuk KK Chua, berkata pihaknya yakin dengan kemampuan yang pada Michael Ang, sinergi mereka
akan menjadi hebat dalam mencapai
objektif melahirkan bintang baru dalam industri hiburan tanah air.
“Dunia hiburan
tanah air perlukan bakat-bakat baru yang mampu menyerlahkan kemampuan,
kehebatan dan lebih berdaya saing.
“Ledakan
teknologi juga menyediakan ruang yang lebih luas untuk mereka mengetengahkan
kreativiti dan meneroka pelbagai bidang seni lain termasuk kerja-kerja di
sebalik tabir.
“Mereka
perlukan menjadi seni sebagai satu bidang pekerjaan yang serius dan menjamin
masa depan,” katanya.
The Auditon 2021
bermula dengan uji bakat dalam talian di Instagram dan peserta yang video mereka
disenarai pendek sahaja akan dipanggil menjalani uji bakat secara langsung di hadapan
hakim profesional, yang terdiri daripada selebriti terkenal tanah air termasuk Datuk Rosyam Nor, Michael Ang, Nabila
Razali, Rozita Che Wan, Wany Hasrita, Sufian Suhaimi, Amira Othman, Izzue Islam dan
Dynas Mokhtar.
Uji bakat itu akan
diadakan di enam lokasi terpilih iaitu Kuala Lumpur, Kuantan (Pahang) Johor
Bahru, Pulau Pinang, Kuala Terengganu dan Kota
Kinabalu
(Sabah).
Pemenang The
Auditon 2021 akan menerima kontrak dari AEG bernilai RM50,000 dan kelas
nyanyian serta lakonan bernilai RM10,000.
Juara juga akan
dapat merakamkan single ciptaan komposer muzik terkenal dan pembikinan muzik
video.
Kepada mereka
yang memiliki bakat lakonan pula akan diberi peluang mengasah bakat berlakon
dalam drama terbitan dan arahan Michael Ang.
Armani Entertainment Group (AEG)
AEG adalah syarikat
pengurusan artis yang berfungsi menguruskan artis secara profesional.
Syarikat ini
akan memastikan pengurusan yang teratur
dan kosisten dalam memastikan karier mereka berjalan lancar dan kebajikan artis
terjaga.
Di samping itu,
AEG turut mengembangkan peranannya dalam
penghasilan kandungan video untuk televisyen, media sosial, korporat, promosi,
komersial, dan pengurusan media.
AEG menyediakan
kepakaran yang diperlukan pelanggan untuk setiap perkhidmatan yang disediakan.
Comments
Post a Comment