Eriza harap magis Delusi
Minatnya terhadap muzik membawa gadis jelita ini menceburkan diri dalam bidang seni suara. Tidak hanya bergelar penyanyi semata-mata, Eriza mahu bakat dimiliki dikongsi bersama. Membuat kemunculan menerusi single Demi Kasih pada Oktober lalu, Eriza, 21, atau nama sebenar Ismar Eriza Allya tidak menunggu lama untuk melancarkan single kedua berjudul Delusi. Sama seperti single terdahulu, lagu Delusi terbitan D’Ayu Music ini turut menampilkan komposer dan penulis lirik sama iaitu Datuk Ayu Omel. Menurut Eriza, lagu Delusi ini mewakili perasaan wanita yang terperangkap dalam hubungan penuh duri. “Lagu ini menggambarkan perasaan kekecewaan dan kesedihan seorang wanita dalam perhubungan bersama pasangannya. Perbuatan pasangannya itu mengakibatkan kehancuran dari sudut emosi wanita itu kerana perlakuan pasangannya yang berulang kali. “Melalui lirik lagu ini, kita dapat rasa betapa perlakuan yang berulang kali daripada pasangan membuat hati hancur. Saat mendengarkan lagu ini, aluna