TRINIL: KEMBALIKAN TUBUHKU‘Angkat Kisah Mis.k & Seram Tentang Hantu Penanggal’
Boleh dikatakan, terdapat beberapa jenis hantu yang cukup sinonim dan dikenali dalam kalangan masyarakat di Nusantara.
Ia termasuklah Hantu Penanggal yang sememangnya antara jenis hantu yang sangat menyeramkan dengan pelbagai kisah yang diceritakan.
Ternyata kisah seram mengenai Hantu Penanggal ini memberi ilham kepada syarikat produksi Seven Skies MoAon Sdn. Bhd. untuk menghasilkan sebuah filem seram berjudul Trinil: Kembalikan Tubuhku.
Menariknya, filem berkenaan diterbitkan di negara jiran, Indonesia dan lebih isAmewa lagi Hanung Bramantyo yang dikenali dengan filem-filem cinta telah dipilih sebagai pengarah.
Penerbitnya, Azlin Hilda Abdul LaAf berkata, ia merupakan filem sulung terbitan syarikatnya dan Indonesia dipilih kerana melihat pasaran di sana yang begitu luas.
“Saya melihat kalau terbit filem di Malaysia dan meskipun mendapat sambutan hangat, agak sukar untuk memasuki pasaran Indonesia, namun filem-filem Indonesia pula selalu mendapat tempat dalam kalangan penonton di Malaysia.
“Menerusi perancangan yang dilakukan, meskipun diterbitkan di Indonesia, saya akan tetap memasarkan filem tersebut di negara sendiri,” ujarnya.
Mengenai pemilihan naskhah Trinil untuk dijadikan filem, Azlin memberitahu ia adalah inspirasi daripada sebuah drama radio yang cukup popular dan viral sekitar 80-an di Indonesia.
Ujar Azlin, apabila pihaknya mahu menerbitkan sebuah filem seram, dia melihat drama radio Trinil memang menjadi kegemaran pendengar.
Dalam pada itu, mengenai pemilihan Hanung selaku pengarah, Azlin menyatakan ia semua berlaku di luar jangkaan.
“Sebenarnya, projek syarikat saya bersama Hanung adalah naskah cinta, namun ia terpaksa ditangguhkan atas beberapa faktor membabitkan watak hero filem tersebut, manakala keAka itu pula semua persiapan penggambaran dah dibuat.
“Jadi, untuk Adak mahu membuang masa, Hanung memberikan idea untuk buat sebuah filem seram setelah dia ditawarkan pemilik hak cipta Trinil untuk menghasilkan naskhah berkenaan. Kali terakhir dia buat filem seram adalah 17 tahun lalu dan dia mahu mencabar diri dia menerusi filem ini,” ujarnya.
Azlin berkata, apa yang dipaparkan bukan sekadar seram semata-mata, tetapi Hanung turut menerapkan elemen drama yang juga kekuatannya apabila menghasilkan filem-filem cinta.
Filem Trinil: Kembalikan Tubuhku dibintangi gadingan pelakon muda dan popular Indonesia seperA Carmela van der Kruk, Rangga NaWra, Shalom Razade, serta Wulan Guritno serta pelakon terkenal Malaysia iaitu FaWah Amin.
Bercerita lebih lanjut tentang FaWah Amin yang dipilih sebagai satu-satunya arAs Malaysia membintangi filem berkenaan, Azlin melihat kredibiliA pelakon itu sebagai faktor utama.
“KeAka filem ini hendak dihasilkan, keAka itu filem Mat Kilau tengah hangat di pawagam. Jadi, Hanung berasa tertarik dengan karetor FaWah dalam filem itu.
“Namun, pemilihannya bukanlah sekadar kemampuan lakonan semata-mata, tetapi populariAnya juga memainkan peranan penAng dan FaWah sudah ada peminatnya sendiri di Indonesia dan menerusi filem Trinil telah membuatkan dia semakin dikenali,” jelasnya.
Mengenai penerimaan penonton filem itu sejak ditayangkan di Indonesia pada 4 Januari lalu, Azlin bersyukur kerana ia mendapat sambutan yang cukup menggalakkan.
“Kalau di Indonesia mereka mengira dari suduh jumlah penonton, berbanding di Malaysia yang menggunakan jumlah kuApan jualan Aket.
“Berdasarkan perkiraan saya dan pihak produksi, Trinil: Kembalikan Tubuhku berjaya meraih jumlah jualan Aket sebanyak RM11 juta dan sudah ada tawaran pihak dari negara Vietnam untuk ditayangkan di sana,” ujarnya.
Sementara itu, Hanung memberitahu populariA drama radio berkenaan juga antara faktor yang menjadikan Trinil: Kembalikan Tubuhku perlu diangkat menjadi sebuah filem.
Ujarnya, dia bersama penulis skrip Haqi Ahmad telah mengolah idea serta menghasilkan jalan cerita untuk filem terbaharu arahannya.
“Pertama kali mendengar drama radio berkenaan, ia sudah menimbulkan perasaan seram terhadap diri saya. Misalnya dialog ‘Trinil, Balekno Gembungku’ yang diungkapkan salah satu watak dalam drama radio itu cukup menyeramkan buat diri saya,” ujarnya.
“Apa yang boleh dikatakan, saya mem
ang cukup opAmis yang filem ini menampilkan sebuah genre seram yang berbeza,” jelasnya.
Selain membariskan pelakon-pelakon muda serta berpengalaman, Hanung turut memberi pujian kepada lakonan FaWah Amin yang juga satu-satunya pelakon dari Malaysia untuk naskhah terbaharunya itu.
“SeAap barisan pelakon yang dipilih telah menjayakan watak yang diberikan dengan begitu baik sekali.
“Malah, kali pertama bekerjasama dengan FaWah Amin, saya cukup kagum dengan dirinya dan lakonannya juga memang diluar jangkaan saya,” ujarnya.
Filem Trinil: Kembalikan Tubuhku akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 22 Februari 2024.
Lebih istimewa lagi, penyanyi popular iaitu Aina Abdul telah diberi peranan untuk menyanyikan lagu OST filem berkenaan berjudul Kasih Merintih.
SINOPSIS
Trinil: Kembalikan Tubuhku bermula dengan kisah pasangan suami isteri, Rara (Carmela Van De Kruk) dan Sutan (Rangga NaWra) memulakan hidup baharu setelah berkahwin. Rara mewarisi sebuah ladang teh yang terletak di Jawa Tengah, manakala Sutan pula menjadi jururawat di hospital. Pada suatu malam, Rara mengalami gangguan misAk. Risau akan terjadi sesuatu perkara yang lebih buruk, Sutan meminta bantuan Yusof (FaWah Amin) untuk menangani gangguan berkenaan. Pada mulanya, Rara menolak cadangan suaminya itu. Namun, berlaku lebih banyak kejadian aneh dan menyeramkan. Lebih menakutkan hantu kepala tanpa tubuh muncul dengan permintaan, “Trinil, kembalikan tubuhku.”
BARISAN PELAKON Carmela van der Kruk Rangga Na6ra
Fa6ah Amin
Wulan Guritno Shalom Razade Alexzander Wlan
- Rara
- Sutan
- Yusuf
- Rahayu
- Rahayu (muda) - Bagus Sujiwo
Willem Bevers - William
Elly D. Luthan - Nyai Rondoalas
Comments
Post a Comment