Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2024

Jelmakan Auramu’ Bersama Ernie Zakri dan Zeleb+ NM

Rentetan daripada penerbitan album debut Ernie Zakri AURA, di bawah Universal Music Malaysia hujung tahun lalu, bintang bersuara emas ini teruja untuk berkongsi video muzik Aura yang telah mula dipertontonkan di Youtube beliau sejak Jumaat lalu. Lagu Aura menceritakan tentang kekuatan serta keyakinan diri seorang wanita. Ia adalah sebuah karya yang mengangkat nilai pemerkasaan dan perjuangan wanita masa kini. Dan, mesej ini diterjemahkan dengan begitu indah dan sempurna dalam video muzik Aura. “Lagu ini sebenarnya sudah lama dirancang dan telah siap dirakam sekitar dua ke tiga tahun yang lalu. Namun, kami terpaksa menangguhkan pelancarannya seketika kerana menanti saat yang tepat untuk memperkenalkannya kepada peminat. Kebetulan, perancangan untuk melahirkan album penuh tahun lalu berjaya dilaksanakan tepat pada masanya. Jadi, kami putuskan untuk menerbitkannya di dalam album pertama saya di bawah naungan Universal Music Malaysia dan menamakan album tersebut seb

Siti Nordiana Bakal Lakar Sejarah & Memori Baharu Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun Jadi Jawapan Percintaan Dua Dekad

Siti Nordiana bakal berkahwin? Siti Nordiana bakal naik pelamin? Siti Nordiana cantik berbusana pengantin dan Siti Nordiana mahu mengumumkan hari paling bersejarah dalam hidupnya....? Semua itu menjadi spekulasi yang bertebar kencang beberapa hari kebelakangan ini. Semuanya gara-gara foto diri penyanyi berusia 39 tahun itu yang manis menyarung gaun pengantin warna putih tersebar di internet. Hari ini adalah hari Siti Nordiana Alias memberi jawapan kepada setiap persoalan dan spekulasi yang bertebaran. Tanpa berselindung, bintang yang sudah lebih dua dekad bertapak kukuh dalam industri seni tempatan khususnya muzik mengaku ada yang istimewa di sebalik tersebarnya foto beliau menyarung gaun putih bak pengantin tersebut. Menyarung busana tersebut barangkali sinonim dengan acara pernikahan tetapi ‘perkahwinan’ yang membabitkan Siti Nordiana ini bukan melihatkan seorang lelaki sebaliknya jutaan hati lelaki dan wanita yang menjadi tulang belakang kariernya selama ini iaitu pemina

ELLY MAZLEIN TERBANG TINGGI DENGAN SINGLE TERBAHARU BERJUDUL ‘SAYAP’

Selepas hampir 17 tahun, Elly Mazlein, artis versatil Malaysia, tampil dan terbang tinggi dengan single terbaharunya yang berjudul ‘SAYAP’, terbitan muzik label berpengaruh tempatan, Rocketfuel Entertainment. Para peminat dan pendengar muzik tempatan boleh mula mendengarkan lagu dan menyaksikan video muzik ‘SAYAP’ bermula 12 tengah malam, 25 Januari 2024, menerusi Elly Mazlein (Saluran 111), merupakan saluran sementara (pop-up) yang disajikan secara eksklusif kepada para pelanggan Astro.   Dicipta oleh komposer dan penulis lirik popular tempatan Naim Daniel, Omar K, dan Iqie Hugh, lagu ‘SAYAP’ nyanyian Elly Mazlein ini mempunyai maksud yang tersendiri, dengan mengetengahkan  elemen kasih sayang serta cinta kepada Maha Pencipta dan sesama manusia. Lirik yang ditonjolkan pula berunsurkan ketuhanan dan mempunyai mesej mendalam tentang keperibadian manusia yang sentiasa diberi ruang dan peluang untuk menuju ke arah kebaikan.  Kemunculan semula Elly Mazlein bukan sek

WARUGA‘ Kisah Seram Inspirasi Tentang Adat & Kepercayaan Kuno Kaum Minahasa

Perkataan ‘Waruga’ mungkin agak asing dalam kalangan orang Malaysia, namun ia bermaksud tempat persemadian mayat atau makam (kubur) orang yang meninggal dunia bagi kaum Minahasa yang wujud di Indonesia. Mengikut kepercayaan Minahasa, jasad manusia yang meninggal dunia akan disemadikan di dalam Waruga dengan kedua-dua lutut dirapatkan ke dada seperti kedudukan bayi semasa dalam kandungan kerana dipercayai jasad berkenaan akan dilahirkan semula pada masa akan datang. Melihat kepada keunikan kepercayaan tersebut, ia telah memberi ilham kepada D’ Ayu Pictures untuk menerbitkan sebuah filem berjudul Waruga - Kutukan Ilmu Hitam. Pengarahnya, Azaromi Ghozali atau Romi berkata, idea untuk menghasilkan filem berkenaan bermula dengan penceritaan seorang penulis bernama Gawar Sawba’yah mengenai kepercayaan kuno berkenaan. “Pada masa sama, saya turut mempunyai sebuah idea cerita seram yang berkait dengan ilmu hitam dan pemujaan mayat, secara tak langsung ia berkait dengan tentang keper