ACARA ‘MUSIC IS UNIVERSAL’ TAMPILKAN BAKAT DARI MALAYSIA SERTA INDONESIA
Universal Music Malaysia akan menganjurkan acara "Music is Universal" yang akan diadakan pada Rabu, 17 Mei 2023 di the Tap Room KL, yang terletak di Bamboo Hills. Acara akan bermula tepat jam 7:30 malam, dan semua hadirin digalakkan untuk tiba mengikut waktu jika tidak mahu terlepas sebarang persembahan menarik oleh artis-artis berbakat dari Malaysia serta Indonesia. Objektif utama acara ini adalah untuk menghubungkan syarikat-syarikat Universal Music serantau, mengetengahkan bakat-bakat Universal Music Malaysia, dan memberikan peluang kepada warga kerja serta para artis Universal Music Malaysia untuk bertemu dan meluaskan jaringan hubungan dengan individu dari cabang-cabang Universal Music serantau. Para jemputan termasuk wakil dari Filipina, Malaysia, Indonesia, Singapura, Vietnam dan juga Thailand. "Music is Universal" juga akan menampilkan persembahan dari artis-artis Malaysia dan Indonesia, sambil menampilkan kepelbagaian muzik yang kaya di Asia T...