ACARA ‘MUSIC IS UNIVERSAL’ TAMPILKAN BAKAT DARI MALAYSIA SERTA INDONESIA
Universal Music Malaysia akan menganjurkan acara
"Music is
Universal" yang akan diadakan pada Rabu, 17
Mei 2023 di the Tap Room KL, yang terletak di
Bamboo Hills. Acara akan bermula tepat jam 7:30
malam, dan semua hadirin digalakkan untuk
tiba mengikut waktu jika tidak mahu terlepas
sebarang persembahan menarik oleh artis-artis
berbakat dari Malaysia serta Indonesia.
Objektif utama acara ini adalah untuk menghubungkan
syarikat-syarikat Universal Music
serantau, mengetengahkan bakat-bakat Universal
Music Malaysia, dan memberikan peluang
kepada warga kerja serta para artis Universal Music
Malaysia untuk bertemu dan meluaskan
jaringan hubungan dengan individu dari
cabang-cabang Universal Music serantau.
Para jemputan termasuk wakil dari Filipina,
Malaysia, Indonesia, Singapura, Vietnam dan juga
Thailand.
"Music is Universal" juga akan
menampilkan persembahan dari artis-artis Malaysia dan
Indonesia, sambil menampilkan kepelbagaian muzik
yang kaya di Asia Tenggara. Selain itu,
beberapa pertandingan bakal diadakan buat peminat,
dan ini akan memberi mereka peluang
untuk bertemu selain menikmati persembahan daripada
para artis.
SIARAN MEDIA
Artis yang bakal membuat persembahan
Music is Universal adalah sebuah konsert yang
menggabungkan para pemuzik berbakat dari
aneka genre dan latarbelakang sambal menampilkan
bunyi serta gaya mereka yang unik. Tahun
ini menampilkan barisan artis luar biasa, termasuk
DOLLA, Airliftz, dan Mikha Angelo.
Fakta Artis
DOLLA, Airliftz, dan Mikha Angelo merupakan antara
artis yang akan menunjukkan bakat mereka
di acara "Music is Universal" anjuran
Universal Music Malaysia. Berikut beberapa maklumat
menarik mengenai mereka:
DOLLA merupakan sebuah kumpulan nyanyian wanita
yang semakin meningkat naik berasal dari
Kuala Lumpur, Malaysia. Terdiri daripada Sabronzo,
Tabby, Syasya, dan Angel, DOLLA ditubuhkan
pada tahun 2019. DOLLA melancarkan lagu pertama
mereka, ‘DOLLA Make You Wanna’, terbitan
Bryan B pada 20 Mac 2020 – video muzik lagu itu dah
mencapai 3 juta tontonan di YouTube.
DOLLA kemudian melancarkan lagu kedua bertajuk,
‘Impikan’, serta versi Bahasa Inggeris, ‘Watch
Me Glow’, pada Oktober 2020. ‘Impikan’ meraih
sejuta tontonan di YouTube kurang dari dua
minggu, dan mendapat perhatian media secara meluas
di arena tempatan selain antarabangsa,
termasuk di rantau ASEAN dan juga Korea.
Gadis-gadis ini juga telah bekerjasama dengan banyka
jenama besar seperti Hyundai, Allianz, Cosmoderm,
dan juga Xiaomi. Pada tahun 2021, DOLLA
tercalon untuk kategori ‘Artis Baharu Terbaik’
serta ‘Kelab Peminat Terbaik’ di Era Digital Music
Awards.
Airliftz adalah seorang penyanyi rap, penerbit,
penulis dan pencipta lagu Malaysia. Bermula dari
Soundcloud hingga ke pentas utama, dirinya telah
membina nama dari bawah sehingga menjadi
bakat muda yang diberi peluang menjadi artis
pembuka untuk bintang antarabangsa seperti
Anderson Paak dan Joji. Dia telah membuat
persembahan di aneka festival muzik serantau dan
menjadi artis rakaman di bawah RedRecords.
Mikha Angelo adalah seorang penyanyi dan pencipta
lagu yang menempa nama selepas muncul
di rancangan reality tersohor "X Factor."
Dia sudah mengeluarkan beberapa album yang berjaya
dan membuat persembahan di pelbagai konsert dan
acara seluruh Indonesia dan Asia Tenggara.
Mikha dan kumpulan kugirannya telah berjaya
melancarkan lebih 300 juta penstriman. Kini
Mikha bakal mewujudkan kerjaya solonya bersama
Universal Music Group.
Selain artis-artis berbakat ini, "Music is
Universal" juga bakal menampilkan beberapa orang DJ
berbakat iaitu DJ Reeve, Alicia Fireheart dan MC
Millo yang akan menyediakan muzik sepanjang
acara.
Secara keseluruhan "Music is Universal"
menjanjikan satu acara yang luar biasa dengan
penampilan artis serta DJ berbakat dari Malaysia
dan Indonesia. Jangan lepaskan peluang untuk
bergabung dengan komuniti Universal Music serta
alami kuasa muzik yang mampu menyatukan
semua
Comments
Post a Comment