Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2023

DA UNKOWN TAMPIL SINGLE KEEMPAT BERJUDUL CINTA HATI

  Selepas kejayaan single pertama berjudul Jangan Marah (Baby Sayang) yang meraih lebih 2.1 juta tontonan di YouTube serta single kedua, Tersakiti yang mendapat lebih 110,000 tontonan, kini kumpulan 'boyband' Da Unknown tampil dengan single ketiga bertajuk CINTA HATI. Kumpulan yang dianggotai empat anak muda kacak iaitu Muhammad Shazrul Affandy (Momo), 21; Izmeer Ibrahim (Izmeer), 20; Ameer Nor Azam (Ameer), 20; dan Awangku Zaq Amirul (Zaq), 19, tidak mengambil masa yang lama untuk melancarkan single baharu selepas kali terakhir pada awal tahun ini. CINTA HATI hasil ciptaan sepenuhnya oleh Momo sudah dilancarkan di kesemua platform digital manakala muzik video sudah boleh ditonton sejak 25 November lalu. Bercerita mengenai single CINTA HATI, Momo berkata, sebagai pencipta lagu dia mendefinasikan lagu itu sebagai karya yang ‘sweet’ dan ‘sexy’. “Lagu ini mengisahkan perjalanan seorang lelaki yang jatuh hati kepada seorang wanita yang diminati dalam diam. Lelaki itu ber

BUDI, KOLABORASI UNIK KMY KMO DAN LUCA SICKTA BERSAMA SUFIAN SUHAIMI

  Siapa yang tidak boleh lupa beberapa karya hebat ciptaan duo penyanyi dan rapper, Kmy Kmo dan Luca Sickta. Malah, mereka juga berjaya berkolaborasi bersama beberapa penyanyi terkenal tanah air. Antaranya bersama Dato’ M. Nasir menerusi lagu Zuhud; Dato’ Sri Siti Nurhaliza (7 Nasihat); Dato’ Jamal Abdillah (Neraca); dan Hazama (Makuta). Lebih membanggakan Kmy Kmo dan Luca Sickta adalah, kesemua karya itu diterima baik pendengar sekali gus mencipta fenomena tersendiri. Terbaharu, Kmy Kmo dan Luca Sickta menghadiahkan peminat dengan buah tangan iaitu lagu bergenre tradisional berjudul Budi kolaborasi bersama penyanyi, Sufian Suhaimi. Kmy Kmo berkata, penulisan lagu Budi banyak diambil daripada celoteh seloka. "Lagu ini berentak tradisional dan ada unsur lawak. Jadi, kami kena pakai cara penulisan seloka. Saya ambil sedikit sebanyak contoh daripada lagu-lagu Allahyarham Tan Sri S M Salim, Dato’ M Nasir, Allahyarham Pak Ngah. Daripada situlah saya dapat idea penulisan lag

JARAK ‘MENYATUKAN’ AISHA RETNO & AZIZ HARUN

  Siapa sangka perkenalan yang bermula sekitar tahun 2019 di antara penyanyi Aziz Harun dan Aisha Retno akhirnya 'menjentik' hati mereka untuk bersatu dalam single duet berjudul JARAK yang dilancarkan pada 24 Februari 2023 ini.  Paduan suara oleh dua penyanyi muda berbakat besar ini adalah hasil kerjasama dua syarikat rakaman terkenal tanah air, Sony Music Malaysia dan Faithful Music.  Lebih menarik, JARAK bakal dimuatkan dalam album pertama Aziz bertajuk “Yang Benar” yang dijangka dilancarkan pada Mac 2023.  Aziz berkata, dia berasa teruja apabila berpeluang berduet dengan Aisha dan tidak menyangka apabila kolaborasi yang pada mulanya hanya sekadar suka-suka berubah menjadi sebuah karya yang serius.  "Saya memang peminat Aisha daripada dulu lagi. Saya selalu memberikan komen setiap kali dia memuat naik lagu nyanyiannya di media sosial, tapi kami tidak berkesempatan untuk bertentang mata sebelum ini.  "Namun pada awal tahun lalu, ketika Aisha menyertai program realiti