Skip to main content

DA UNKOWN TAMPIL SINGLE KEEMPAT BERJUDUL CINTA HATI

 


Selepas kejayaan single pertama berjudul Jangan Marah (Baby Sayang) yang meraih
lebih 2.1 juta tontonan di YouTube serta single kedua, Tersakiti yang mendapat lebih 110,000 tontonan,
kini kumpulan 'boyband' Da Unknown tampil dengan single ketiga bertajuk CINTA HATI.
Kumpulan yang dianggotai empat anak muda kacak iaitu Muhammad Shazrul Affandy (Momo), 21; Izmeer
Ibrahim (Izmeer), 20; Ameer Nor Azam (Ameer), 20; dan Awangku Zaq Amirul (Zaq), 19, tidak mengambil
masa yang lama untuk melancarkan single baharu selepas kali terakhir pada awal tahun ini.
CINTA HATI hasil ciptaan sepenuhnya oleh Momo sudah dilancarkan di kesemua platform digital
manakala muzik video sudah boleh ditonton sejak 25 November lalu.
Bercerita mengenai single CINTA HATI, Momo berkata, sebagai pencipta lagu dia mendefinasikan lagu itu
sebagai karya yang ‘sweet’ dan ‘sexy’.
“Lagu ini mengisahkan perjalanan seorang lelaki yang jatuh hati kepada seorang wanita yang diminati
dalam diam. Lelaki itu berjanji tidak akan sesekali berputus asa untuk memenangi hati wanita ini.
“Malah menerusi lagu ini juga saya sudah membahagikan bahagian yang perlu dinyanyikan oleh setiap
anggota kumpulan Da Unkown supaya proses rakaman berjalan dengan lebih mudah dan cepat.
“Pada awalnya, saya tiada idea untuk buat lagu ini. Namun apabila mendengar dua buah lagu dari
Indonesia dan Korea Selatan, saya terdetik nak cabar diri menghasilkan lagu yang ada elemen baharu dan

SIARAN MEDIA
tidak pernah saya terokai. Alhamdulillah selepas dua jam mengerah idea saya berjaya menyiapkan lagu
CINTA HATI. Boleh dikatakan lagu ini antara karya yang paling cepat saya siapkan sepanjang seumur hidup
saya,” katanya.
Ditanya mengenai keunikan lagu CINTA HATI, Ameer berkata, lagu ini berbeza dengan single kedua
berjudul Tersakiti dan yakin lagu terbabit akan mudah diterima oleh peminat.
“Ketika mendengar melodi lagu ini, saya dapat rasakan peminat akan menyukainya. Malah peminat yang
mendengar akan berasa diri mereka sedang jatuh cinta walaupun mereka mungkin tidak mempunyai
pengalaman itu lagi,’katanya.
Melihat keakraban lima sahabat ini di akaun media sosial, maka tidak hairanlah Da Unkown mudah
mencipta keserasian dan faham selok-belok dunia nyanyian.
Kata Izmeer, proses rakaman tidak memakan masa yang lama memandangkan ini adalah single ketiga
mereka.
“Malah ketika melakukan proses penggambaran untuk muzik video pun kami sudah tahu apa yang kami
ingin laksanakan. Walaupun masing-masing memiliki visi dan idea yang berbeza untuk muzik video ini,
tapi kami berjaya mencapai jalan penyelesaian untuk setiap idea yang dicurahkan.
“Secara peribadi, saya menikmati proses penggambaran untuk muzik video ini dan boleh dikatakan kali
pertama kami berjaya menemui jalan cerita yang menarik dan tersusun. Saya seronok apabila semuanya
berjalan dengan lancar,” kata Izmeer.
Dalam pada itu, Zaq berharap lagu CINTA HATI dapat diterima ramai dan mencipta fenomena baharu
selepas kejayaan Jangan Marah (Baby Sayang).

SIARAN MEDIA
“Saya harap lagu ini akan digemari ramai kerana melodinya cukup romantis dan akan menggembirakan
hari-hari anda. Saya juga berharap lagu ini akan meletup seperti lagu Jangan Marah (Baby Sayang) atau
mencetuskan fenomena baharu.
“Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada peminat yang sehingga kini menyokong perjalanan
karier muzik kami. Saya berharap lagu ini akan menjadi hadiah terindah kepada anda,” katanya.
Single CINTA HATI sudah boleh didengari di semua platform penstriman digital seperti Spotify, Apple
Music, Joox, KKBOX, Deezer dan YouTube Music sejak 25 November yang lalu manakala muzik videonya
pula boleh ditonton di saluran YouTube Ace Talents.

 

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam