ERRA FAZIRA DUTA CAPTAIN DOLPHIN
Pesona dan populariti pimadona Malaysia, Erra Fazira sekali lagi terbukti apabila pelakon, penyanyi dan pengacara terkenal itu menjadi pilihan dan buruan pelbagai jenama produk dan perkhidmatan. Terbaru, pada hari ini bintang berusia 49 tahun itu disunting pula oleh pengeluar makanan ringan berasaskan jeli, Happy Alliance Sdn Bhd menerusi jenama Captain Dolphin sebagai duta dan wajah produk mereka berkuatkuasa 9 Januari 2023. Erra yang teruja dengan pelantikan selama dua tahun itu berkata, pemilihannya bagi jenama snek yang menjadi kegilaan kanak-kanak dan remaja itu adalah satu penghormatan bagi dirinya. “Saya tidak sangka selepas tiga dekad menceburi bidang seni, nama dan diri saya masih mendapat kepercayaan dan perhatian daripada pelbagai pihak termasuklah pengeluar produk dan pengiklan. “Saya harus berterima kasih kepada Happy Alliance atas kepercayaan mereka dan semestinya pengurusan saya, MindOrder Management atas perancangan dan rundingan terbaik bagi pelantikan ini,” k