Skip to main content

DOLLA ‘LOOK AT THIS’

 


Kumpulan nyanyian DOLLA nampaknya kekal sebagai
kumpulan nyanyian wanita paling unggul untuk era ini. Sejak awal kemunculan mereka,
pelbagai kejayaan telah dikecapi sehingga nama kumpulan mereka terus memuncak di
persada seni tempatan.
Baru sahaja muncul berduet bersama Naim Daniel melalui lagu ‘Mungkin Ini Adalah Lagu Yang
Paling Sedih Pernah Aku Buat’ kini empat gadis jelita itu muncul dengan sebuah lagi karya
yang bakal mencuri perhatian.
Pada 28 Januari yang lalu, DOLLA telah memeriahkan Seen Festival in Kuala Lumpur 2023
bersama bintang sensasi K-Pop antarabangsa iaitu NCT Dream, WayV, KARD dan ALICE.


“Kami merasa sangat bangga apabila dibariskan dengan penghibur hebat dari Korea Selatan.
Dapat berkongsi satu pentas dengan nama-nama handalan itu adalah impian yang sangat
kami idam-idamkan sejak ceburi bidang muzik.
“Peluang ini amat bermakna secara peribadi buat kami sebagai artis yang masih merangkak
kukuhkan nama. Ia satu pengiktirafan terbesar untuk karier kami apalagi memang cita-cita
Dolla ingin tembusi pasaran antarabangsa lagi,” kata mereka.
Single terbaru DOLLA diberi nama LOOK AT THIS, single ini sebenarnya dicipta dan ditulis
dalam Bahasa Inggeris oleh penciptanya yang berasal dari Sweden. Namun lagu ini kemudian
telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia khas buat peminat-peminat DOLLA di sini.
Menurut Tabby, salah seorang ahli kumpulan DOLLA, lagu ini menceritakan tentang keyakinan
diri.



“Ia berkisar keyakinan diri dan tidak mempedulikan kata orang lain. Lagunya yang rancak juga
memberi gambaran tentang keperibadian seseorang yang yakin dengan penampilan dirinya
yang menarik. Malah ada bait lirik yang berbunyi “kau pandang di sini mata memerhati, but I
ain't even worried bout that,” kata Tabby.
Proses penulisan lagu juga memakan sedikit waktu kerana lagu asal ditulis di dalam Bahasa
Inggeris.
“Ia memakan masa kerana kami perlu mencari lirik Bahasa Malaysia yang sesuai untuk irama
sebegini. Ini kerana lirik asalnya sangat hebat sewaktu dihasilkan dalam Bahasa Inggeris.
Kami bekerja berbulan-bulan dengan pasukan kami serta Cikgu Shafi, dan juga SYA yang
membantu menyempurnakan lirik tersebut. Untuk bahagian rapnya kami juga dibantu
Yonnyboii dan ASYRAF NASIR untuk menyedapkan lagi lagunya pada bahagian rap. Berkat
bantuan semua pihak hasilnya menjadi satu kejayaan buat kami. Kami sangat berpuas hati
dengan karya ini akhirnya dan rasa segala penat lelah kami berbaloi,” tambahnya lagi.
Menurut Syasya pula lagu ini menampilkan sisi DOLLA yang berbeza.



“Nuansanya berbeza sedikit dengan lagu-lagu kami yang lepas. Malah rentak tarinya juga
lebih berat pada unsur hiphop. Namun kami masih menggunakan khidmat Ezra Tham dan
pasukan tari daripada UNC Dance Studio untuk membimbing kami dalam mereka tari.
Untuk video muziknya pula kami bekerjasama dengan Ghazi yang sudi mendengar pendapat
kami demi secebis kelainan. Kami bersyukur kerana sangat mudah bekerja dengan semua
orang,” kata Syasya.
Namun bagi Sabronzo pula ada beberapa cabaran dalam menghasilkan video muzik lagu ini.
“Cabaran pertama adalah kami terpaksa siapkan video muzik dalam satu hari lebih gara-gara
cuaca yang buruk. Yang kedua adalah kami terpaksa mengumpul tenaga dan bersengkang
mata selama 28 jam untuk menyiapkannya. Pada asalnya kami ada dua hari tapi gara-gara
cuaca begitulah halangan yang datang,” ujar Sabronzo.
DOLLA berharap lagu ini dapat diterima oleh semua termasuk pasaran antarabangsa. Ia
sesuatu yang berbeza dari apa yang kerap mereka tampilkan sebelum ini.
Single LOOK AT THIS boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music,
KKBOX, Deezer dan YouTube Music mulai 17 Februari jam 12 tengah malam, manakala music
videonya pula boleh ditonton di laman YouTube DOLLA pada tarikh 17 Februari jam 9 malam

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam