Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2024

Konsert Fenomena Siti Nurhaliza Ukir Kenangan Di Singapore

Singapore, Sekali lagi Penyanyi tersohor Negara Dato Seri Siti Nurhaliza melakar sejarah apabila megadakan konsert Fenomena yang berlansung di The Star Theatre pada Jumaat lalu.  Konsert yang di anjurkan oleh SAH Entertainment ini telah  berjaya memgumpulkan  seramai Sepuluh ribu orang penonton di Dewan The Star Theatre Singapore. Menurut Pihak penganjur Sufi Rashid, Ini adalah satu kejayaan yang cukup bagus dimana buat pertama kalinya SAH Entertainment membawa dan berkerjasama bersama Dato Seri Siti Nurhaliza.  Malam konsert Fenomena Siti Nurhaliza ini juga menampilkan Penyanyi Khai Bahar sebagai penyanyi undangan pada konsert itu. Tidak ketingglan jugak buat pertama kalinya peganjur konsert Sufi Rashid turut mempersembahkan lagu duet bersama Dato Seri Siti Norhaliza dengan membawakan lagu ‘Muara Hati’.  Rata - rata para peminat yang hadir pada malam konsert itu, Amat berpuas hati dengan persembahan yang di berikan oleh Dato Seri Siti Nurhaliza. Dan

PAKU TANAH JAWA‘Urban Legend Popular Dalam Kalangan Masyarakat Di Gunung Tidar’

Gunung Tidar yang terletak di bahagian selatan Kota Magelang, Jawa Tengah secara umumnya cukup terkenal dengan ‘paku’ Tanah Jawa. Biarpun ketinggiannya sekadar 503 meter dan tidak setinggi gunung-gunung lain di kepulauan Jawa, namun ia mempunyai keunikan tersendiri serta beberapa kisah misteri. Oleh yang demikian, ia telah memberi ilham kepada syarikat Armani Entertainment Sdn Bhd untuk menghasilkan sebuah filem yang diberi nama Paku Tanah Jawa. Penerbit Eksekutif, Dato KK Chua berkata, idea untuk menerbitkan filem tersebut timbul setelah mengetahui kisah-kisah misteri dalam kalangan masyarakat yang menghuni di kawasan Gunung Tidar “Saya tertarik dengan kisah urban legend yang diceritakan sehingga ia memberi inspirasi buat saya untuk menerbitkan sebuah naskhah seram. “Apa yang menariknya, ia bukan sekadar filem mistik semata-mata, malah turut mengangkat budaya Sinden dan Sugihan,” ujarnya. Paku Tanah Jawa diangkat daripada salah satu kisah mengenai seorang gadis yang dipand

KONSERT “JOURNEY” AWIE : KOMBINASI MONOLOG DAN PERSEMBAHAN TEATRIKAL RAI 30 TAHUN PERJALANAN KARIER SENI

 Konsert Solo Dato’ Awie yang diberi nama "Journey" akan menawarkan pengalaman unik dengan gabungan monolog dan persembahan teatrikal, menjadi tanda dagang Dato’ Awie. Konsert yang bakal berlangsung di Dewan Merdeka, WTC Kuala Lumpur pada 3 Ogos 2024 ini meraikan perjalanan 30 tahun Dato’ Awie di dalam dunia seni sejak 1985 sebagai artis solo. Penonton bakal disajikan dengan lagu-lagu popular yang mengimbau kenangan dari album-album kompilasi beliau; yang memegang rekod Album Solo Artis Lelaki Paling Laris di Malaysia. Konsert ini juga merupakan konsert solo terakhir Dato’ Awie. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TruePixel Sdn. Bhd., Samsul Kamal, “Ramai yang menantikan konsert solo Dato’ Awie sehinggakan tiket bagi beberapa kategori telah pun habis dijual dalam beberapa jam sahaja selepas dilancarkan. Malah, laman web kami juga mencipta rekod menerima jumlah kunjungan yang paling tinggi pada jam pertama tersebut. Kami telah mula menjual tiket seminggu lebih awal bag

Pertandingan 'Bey Sobar Bey' Freestyle Dance di p

Minyak Masak Kijang Gold dengan kerjasama Kijang Music dengan bangga mengumumkan penganjuran pertandingan yang begitu mengujakan! Dengan tawaran hadiah wang tunai berjumlah RM5,000, ini adalah peluang yang sangat istimewa dan menarik untuk diraih peminat lagu viral “Cinta Setandan Pisang” (Bey Sobar Bey) nyanyian Eda Ezrin dan Den Manjo. Lagu ini sudah pun meraih lebih daripada 10 juta tontonan di YouTube dan baru- baru ini bertakhta sebagai lagu paling popular di TikTok! Bukan itu sahaja, lagu ini juga telah mendapat kedudukan tangga ke-4 dalam carta RIM. Bayangkan, anda berpeluang memenangi wang tunai dengan jumlah yang begitu besar hanya dengan menyertai cabaran 'Bey Sobar Bey' Freestyle Dance di platform TikTok yang popular ini! Pasti ramai yang akan berasa gembira dan bersemangat untuk menyertai pertandingan yang amat menyeronokkan ini. Ini benar-benar peluang yang tidak harus disia-siakan! Mari kita cuba nasib dan rebut peluang memenangi hadiah wang tunai yang

Filem Abnormal Buas ‘mengganas’ di pawagam bermula 20 Jun 2024!

Filem Abnormal Buas yang bakal ditayangkan di seluruh negara pada 20 Jun ini mengisahkan manusia yang bersifat ‘kebinatangan’ seolah-olah mereka terlepas dari belenggu kemanusiaan. Filem bergenre ‘thriller’ ini turut menyelitkan elemen fiksyen yang menambah lagi rasa kagum dan takjub penonton, membawa mereka ke alam realiC yang luar biasa. Tontonan yang dijangka akan mengujakan dan menarik perhaCan ramai ini pasC akan menghantar gegaran getaran yang luar biasa kepada semua yang menontonnya. Pelakon yang juga penerbit Aeril Zafrel berkata, filem ini memaparkan jalan cerita yang berbeza daripada kebanyakan filem tempatan sedia ada. “Bukan sahaja plot ceritanya yang luar biasa, malah cara penyampaian dan perspekCf yang diketengahkan dalam filem ini juga adalah sesuatu yang sangat berbeza dan segar, jauh daripada formula-formula umum yang sering ditemui dalam industri perfileman tempatan. "Filem ini Cdak berlatarbelakangkan Malaysia, sebaliknya ia berkisarkan di negara yan

Masing Masing versi tradisional, Ernie Zakri di kelas tersendi

Lagu Masing Masing nyanyian penyanyi terkenal Ernie Zakri terus mendapat sambutan hangat bukan saja dalam negara, tapi juga di luar negara. Lagu ciptaan komposer dari Indonesia Ade Govinda itu turut melakar sejarah tersendiri apabila menduduki carta teratas di stesen radio tempatan dan Indonesia selain 'trending' di laman sosial. Terbaharu, Ernie Zakri telah merakamkan lagu Masing Masing dalam versi tradisional. Ernie berkata, versi baharu itu memberikan pengalaman yang berbeza buat dirinya apatah lagi ini pertama kali beliau merakamkan lagu versi tradisional. "Pengalaman sudah tentu sangat berbeza sebab ini pertama kali saya merakamkan genre tradisional. Apa boleh dikatakan, ia adalah proses yang tidak susah sebenarnya kerana sejak pertama kali saya dengar muzik Masing Masing versi instrumental yang dibuat khas sempena malis pelancaran album sura dan pelantikan aula tuaune Aruwan sadd Novemoer lalu, Saya terus jatuh cinta dan bersetuju jika ia dijadikan juga s

Bukan Mimpi Ini Realiti, Jaclyn Rayakan Pembabitan Dua Dekad Jadi Anak Seni JACLYN VICTOR FIRST SOLO CONCERT JUMPA PEMINAT 12 OKTOBER INI

Layak digelar Ratu Pertandingan Program Realiti, berita yang ingin diumumkan ini bukan mimpi. Jaclyn Victor, penyanyi wanita dengan vokal yang cukup hebat dan mempunyai signature tersendiri sewaktu membuat persembahan, julung kalinya akan mengadakan konsert berskala besar. Konsert yang dinamakan Jaclyn Victor First Solo Concert ini juga menandakan perjalanan karier pemilik nama sebenar Jaclyn Joshua Thanaraj Victor dalam dunia hiburan yang penuh pancaroba. Pertama kali dikenali lewat kejuaraan di Malaysian Idol dan lagu Gemilang membuat namanya harum di Nusantara, Jaclyn selepas itu terus mencetak kejayaan demi kejayaan baik dalam penyertaan program realiti termasuk Gegar Vaganza serta untaian lagu dendangannya yang menjadi hit. Kini, cukup buat peminat hanya menonton di kaca televisyen atau mendengar lagu miliknya di corong radio. Dipersembahkan oleh RAG DOLL RECORDS, dengan hasil kerjasama Banyak Bagus Entertainment dan Awake Productions dengan bangganya memba

ASTRO TAMPILKAN ‘CINTA UNTUK SEKALI LAGI’ & ‘BUNGA SALJU’, DUADRAMA BAHARU KHAS UNTUK ANDA

Astro mempersembahkan dua drama baharu, ‘Cinta Untuk Sekali Lagi’ dan ‘Bunga Salju’, menampilkan gandingan hebat dari dua naskhah yang pastinya mampu membuatkan penonton drama tegar di seluruh Malaysia terpesona. Drama-drama ini bergenre romantik, menyusuri kisah cinta yang mencabar dengan plot berbeza, disiarkan pada bulan Mei ini, menerusi Astro Ria (Saluran 104), On Demand, Astro GO dan sooka. Sebagai salah satu genre popular masa kini, Astro ingin menampilkan penceritaan yang lebih dekat dengan permintaan serta minat para penonton dengan memperluas karya-karya drama rantaiannya kepada golongan muda menerusi ‘Cinta Untuk Sekali Lagi’ di slot MegaDrama, nostalgia cinta antara pasangan muda yang bertemu kembali lima tahun selepas perpisahan mereka, serta memperkukuhkan proposisi drama di slot Tiara menerusi ‘Bunga Salju’ yang memaparkan naratif percintaan dari perspektif yang lebih matang, penuh dengan cabaran dan kesulitan. Menurut Idlan Zahari, Pengurus Saluran Astro Ria