Skip to main content

Bukan Mimpi Ini Realiti, Jaclyn Rayakan Pembabitan Dua Dekad Jadi Anak Seni JACLYN VICTOR FIRST SOLO CONCERT JUMPA PEMINAT 12 OKTOBER INI

Layak digelar Ratu Pertandingan Program Realiti, berita yang ingin diumumkan ini bukan mimpi.
Jaclyn Victor, penyanyi wanita dengan vokal yang cukup hebat dan mempunyai signature tersendiri sewaktu membuat persembahan, julung kalinya akan mengadakan konsert berskala besar.

Konsert yang dinamakan Jaclyn Victor First Solo Concert ini juga menandakan perjalanan karier pemilik nama sebenar Jaclyn Joshua Thanaraj Victor dalam dunia hiburan yang penuh pancaroba.
Pertama kali dikenali lewat kejuaraan di Malaysian Idol dan lagu Gemilang membuat namanya harum di Nusantara, Jaclyn selepas itu terus mencetak kejayaan demi kejayaan baik dalam penyertaan program realiti termasuk Gegar Vaganza serta untaian lagu dendangannya yang menjadi hit.
Kini, cukup buat peminat hanya menonton di kaca televisyen atau mendengar lagu miliknya di corong radio.
Dipersembahkan oleh RAG DOLL RECORDS, dengan hasil kerjasama Banyak Bagus Entertainment dan Awake Productions dengan bangganya membawakan JACLYN VICTOR FIRST SOLO CONCERT yang akan berlangsung pada 12 Oktober 2024 di Zepp Kuala Lumpur.

 Palm Garden Hotel, Putrajaya berbangga menganjurkan Sidang Media bagi Jaclyn Victor First Solo Concert yang berlangsung di Madam Lee pada 14 Jun 2024.

“Pihak Palm Garden Hotel, Putrajaya merasa terhormat apabila Banyak Bagus Entertainment sudi menjadi rakan kolaborasi kami untuk menjayakan sidang media bagi konsert julung bersama Jaclyn Victor.
“Kami percaya dengan pelbagai pencapaian yang telah diperoleh dan Jac sebagai salah seorang penyanyi wanita disegani di Malaysia, Jaclyn Victor First Solo Concert akan menjadi sebuah konsert yang memberi kepuasan kepada semua peminat beliau.

“Bersama Banyak Bagus Entertainment juga kami berencana untuk menganjurkan lebih banyak lagi konsert atau acara hiburan selepas Jaclyn Victor First Solo Concert,”ujar Pengarah Kluster Jualan & Pemasaran IOI Properties Group, Tan Lee Fong.
Bagi Jaclyn sendiri, penganjuran Jaclyn Victor First Solo Concert adalah sebuah penghormatan buatnya selain sebagai signifikan kewujudan beliau sebagai seorang penghibur yang masih relevan.
“Pertama kali membincangkan tentang Jaclyn Victor First Solo Concert bersama Banyak Bagus Entertainment selaku rakan penganjur, jujur saya gemuruh tapi sangat teruja.

“Jaclyn Victor First Solo Concert akan menjadi konsert sulung dan besar untuk saya. Saya percaya tempoh 20 tahun menjadi anak seni dan mengutip ilmu serta pengalaman, sudah masanya saya menghiburkan peminat dalam sebuah konsert sebagai penghargaan terhadap sokongan mereka sehingga nama Jaclyn Victor masih kekal relevan sehingga dua dekad,” kata Jaclyn tentang konsert yang dipersembahkan oleh Rag Doll Records ini.
Jaclyn Victor First Solo Concert akan menyaksikan penyanyi berusia 45 tahun tersebut mendendangkan sekitar 25 buah lagu dengan kebanyakannya lagu berbahasa Melayu dan lagu saduran yang dibawakan dalam versi beliau.
Karyawan seni ber prolifik, Genervie Kam diberi tangungjawab sebagai Pengarah Muzik Jaclyn Victor First Solo Concert.

Jadi tunggu apa lagi? Jangan sampai anda melepaskan atau terlepas peluang menonton Jaclyn Victor First Solo Concert yang julung kali diadakan selepas dua dekad pembabitan Jaclyn Victor dalam industri muzik tempatan.
‘Kunci’ tarikh 12 Oktober 2024 dan hadir beramai-ramai ke Zepp Kuala Lumpur untuk menyaksikan lagu-lagu seperti Ikut Rentakku, Cinta atau di Bawah Pohon Asmara disampaikan dengan susunan muzik yang lebih segar dalam Jaclyn Victor First Solo Concert ini.

 Tiket berharga RM 258 (JAGALAH DIRI),RM 328 (CINTA TIADA AKHIRNYA), RM 388 (BERTAMU DI KALBU), RM 438 (IKUT RENTAKKU), RM 488 (GEMILANG), RM 688 (VIP) DAN RM 8888 (VVIP- BOX untuk 10 orang) sudah mula dijual mulai 6 Jun 2024 pada pukul 12 tengah hari di www.livepass.asia.

INFORMASI
ACARA: JACLYN VICTOR FIRST SOLO CONCERT TARIKH: 12 OKTOBER 2024
LOKASI: ZEPP KUALA LUMPUR
DIPERSEMBAHKAN OLEH: RAG DOLL RECORDS
PENGANJUR BERSAMA: BANYAK BAGUS ENTERTAINMENT DAN AWAKE PRODUCTIONS
RADIO RASMI: ERA FM, SINAR FM & GEGAR FM
DIGITAL RASMI: ASTRO GEMPAK

TIKET:
RM 258 (JAGALAH DIRI)
RM 328 (CINTA TIADA AKHIRNYA) RM 388 (BERTAMU DI KALBU)
RM 438 (IKUT RENTAKKU)
RM 488 (GEMILANG)
RM 688 (VIP)
RM 8888 (VVIP- BOX untuk 10 pax)
PEMBELIAN: www.livepass.asia
TARIKH JUALAN: 6 JUN MULAI 12 TENGAH HARI

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Wings Tawar Harga ‘Rahmah’, Hargai Sokongan Peminat Muzik itu satu rakaman masa, ianya terus berevolusi bergerak merentas zaman malah mendedikasikan sebuah revolusi buat penggemar baru dan lama, begitu juga dengan Wings yang terus terbang menggapai kejayaan yang seakan tiada noktah malah pasti ada kejutan dalam membina empayar dan perluasan pengaruhnya. Justeru itu tidak hairanlah mengapa Wings terus ‘meragut magis’ ratusan malah ribuan peminat yang sentiasa dahagakan aksi bertenaga Wings di atas pentas. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur’ menjadi wadah signifikasi yang seterusnya dengan tema yang dibawa! ‘Kuasa dan kemenangan’ itu telahpun  dicipta di pentas The Star Theatre , Singapura pada 29 Julai lalu,  tidak adil rasanya ‘kuasa’ itu tidak digagaskan di Malaysia apatah lagi ianya tempat di mana Wings ditubuhkan sejak 38 tahun yang lalu. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah manakala Awie Entertainment bertindak seba