UNKNOWN ' JELMAAN' ERA KEGEMILANGAN BOY BAND MALAYSIA
Menghidupkan kembali era kegemilangan boy band tempatan yang kini semakin pudar daripada memori generasi masa sekarang, Ace Talents dengan besar hatinya memperkenalkan Unknown, sebuah kumpulan yang terdiri daripada lima remaja berbakat yang lengkap dengan warna dan personaliti tersendiri. Kelima-lima remaja yang bakal menyertai barisan ini termasuklah Muhammad Shazrul Affandy (Momo), 19, Adam Hafidh (MaryHaf), 19, Izmeer Ibrahim (Izmeer), 18, dan Ameer Nor Azam (Ameer), 18, dan Awangku Zaq Amirul (Zaq), 17. Setelah sekian lama dinanti-nantikan ramai, Unknown akhirnya muncul dengan ‘buah tangan ’ pertama mereka yang berjudul “Jangan Marah (Baby Sayang)”. Biarpun kewujudan Unknown dilihat masih ‘ mentah’ dalam arena muzik tempatan, namun ia tidak bermaksud mereka tidak serba boleh. Malahan, bakat besar mereka jelas terserlah menerusi kemahiran nyanyian dan tarian yang dilihat ramai dalam single pertama mereka, “Jangan Marah (Baby Sayang)”. Turut mengujakan, lagu single terbabit juga mene...