Skip to main content

UNKNOWN ' JELMAAN' ERA KEGEMILANGAN BOY BAND MALAYSIA





Menghidupkan kembali era kegemilangan boy band tempatan yang kini semakin pudar daripada memori generasi masa sekarang, Ace Talents dengan besar hatinya memperkenalkan Unknown, sebuah kumpulan yang terdiri daripada lima remaja berbakat yang lengkap dengan warna dan personaliti tersendiri. Kelima-lima remaja yang bakal menyertai barisan ini termasuklah Muhammad Shazrul Affandy (Momo), 19, Adam Hafidh (MaryHaf), 19, Izmeer Ibrahim (Izmeer), 18, dan Ameer Nor Azam (Ameer), 18, dan Awangku Zaq Amirul (Zaq), 17. Setelah sekian lama dinanti-nantikan ramai, Unknown akhirnya muncul dengan ‘buah tangan ’ pertama mereka yang berjudul “Jangan Marah (Baby Sayang)”. Biarpun kewujudan Unknown dilihat masih ‘ mentah’ dalam arena muzik tempatan, namun ia tidak bermaksud mereka tidak serba boleh. Malahan, bakat besar mereka jelas terserlah menerusi kemahiran nyanyian dan tarian yang dilihat ramai dalam single pertama mereka, “Jangan Marah (Baby Sayang)”. Turut mengujakan, lagu single terbabit juga menerima sentuhan daripada salah seorang anggota Unknown, iaitu Momo, yang terlibat dalam proses penulisannya, bawah bimbingan ‘ sifu ’ Azan Addin yang merupakan sebahagian daripada tulang belakang Ruffedge. Lantaran itu, memadai sahajalah mereka mengambil inspirasi daripada kumpulan legenda hip hop dan R&B yang terkenal itu (Ruffedge), sambil dalam proses mencari identiti dan gaya mereka tersendiri, dalam usaha mengukuhkan lagi ‘tapak’ mereka sebagai penghibur dalam dunia muzik. Azuien Alonto, selaku Pengarah Urusan Ace Talents yang teruja dengan ‘ anak buahnya ’ itu turut berkata, “Saya yakin bahawa Unknown mampu mencetuskan fenomena selain bersaing dengan bakat-bakat lain dalam industri muzik tempatan. Secara peribadinya, saya memilih setiap ahli Unknown kerana potensi dan bakat besar yang dimiliki mereka tidak dapat disangkal lagi, selain berusaha untuk menjadikan mereka pelapis baru dalam arena muzik Malaysia. Dengan adanya kolaborasi Ace Talents bersama Universal Music Malaysia sebagai distributor,



 saya juga berharap agar Unknown dapat pergi lebih jauh ke peringkat lebih tinggi” Perjalanan Unknown sebagai sebuah kumpulan menemui titik permulaannya apabila kelima-lima anggota kumpulan terbabit hadir ke sesi uji bakat yang dianjurkan oleh Ace Talents secara individu. Melihat potensi besar yang dimiliki dalam diri masing-masing, Ace kemudiannya berkeputusan menggabungkan kesemua ahli tersebut yang pada awalnya berjaya disenarai pendek menjadi sebuah kumpulan, bertujuan untuk menguatkan lagi kekuatan masing-masing. Sejak dari itu, Unknown mula menjalani pelbagai latihan vokal dan tarian bawah bimbingan tenaga pengajar Ace. Single pertama Unknown, “Jangan Marah (Baby Sayang)” kini boleh didengarkan di Youtube Ace Talents pada 28 Mei dan di semua pelantar digital muzik seperti Spotify, JOOX, Apple Music dan lainlain bermula Jun ini. Ikuti aman sosial Ace Talents (Instagram,TikTok,Facebook) untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkembangan artis-artis di bawah pengurusan Ace Talents



Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT 5 RUKUN GABUNG LIMA ARTIS NASYID TERKEMUKA, KESINAMBUNGAN DARIPADA ALBUM SAHABAT SELAMANYA

  Hiburan dakwah adalah suatu pendekatan yang cukup relevan pada masa kini khususnya untuk golongan muda pada zaman ini yang banyak sekali terdedah dengan hiburan dan muzik dari barat. Ia juga satu medium untuk mendidik akhlak, menerapkan pemahaman tentang ilmu Islam, meningkatkan keimanan dan meningkatkan keinsafan manusia terhadap Allah SWT sebagai Tuhan Yang Menciptakan Alam Semesta ini. Bagi membantu melonjakkan semula kegemilangan irama nasyid agar ia kembali bernafas semula serta mampu mencetuskan fenomena seperti mana yang pernah berlaku pada awal 90-an dahulu, MAC Training Centre Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan KONSERT 5 RUKUN yang bakal diadakan di ZEPP, KUALA LUMPUR pada 15 September , bermula 8.30 malam. Bakal berlangsung selama dua jam, konsert ini juga turut mengangkat lima karektor utama yang diraikan di dalam sejarah industri nasyid Malaysia iaitu Rabbani, Hijjaz, Inteam, Mestica dan Daqmie @ Azmi Manap.  Ia juga sebagai satu kesinam