HIDUPKU, TAKDIRKU TANDA INGATAN DEJA MOSS BUAT PEMINAT
Deja Moss - sebuah nama yang tidak asing lagi dalam industri hiburan tempatan. Meskipun tidak lagi aktif menghasilkan lagu baharu, keampuhan bakat anak kelahiran Sarawak ini masih terpahat dalam ingatan ramai. Melewati dua dekad kemunculannya dalam industri hiburan, Deja yang pernah merangkul anugerah Penyanyi Terbaik Asia, Festival Muzik Asia 2005, menghadirkan sebuah catatan mengenai perjalanan jatuh bangun kehidupannya menerusi autobiografi, Hidupku Takdirku. Di sebalik kemilauan populariti yang diraih, Deja turut merasai kepahitan dan kekecewaan yang menjadi titik tolak yang mengubah perjalanan hidupnya. Anak seni berusia 47 tahun itu berkata, autobiografi setebal 200 halaman itu mempunyai pengertian tersendiri buat dirinya kerana ia menjadi tanda ingatan istimewa untuk peminat sebelum dia meninggalkan tanah air untuk memulakan kehidupan di Chicago, Amerika Syarikat. Penyanyi yang terkenal dengan lagu Asmara Ini itu berkata, idea penghasilan buku itu tercetus sekitar perteng