Skip to main content

Syafiq Farhain Tampil Dengan Kau Bidadari








Seorang penyanyi yang bermula menerusi sebuah program realiti pada 2018, yang juga merupakan seorang pegawai bomba sehingga kini. Kerjayanya sebagai penjawat awam tidak menghalang Syafiq Farhain untuk terus melakar nama dalam industri hiburan tanah air, selain memikul tanggungjawab untuk menyambung legasi bapanya, Allahyarham Saleem. Suara Syafiq Farhain sering dikatakan saling tidak tumpah dengan suara emas bapanya. Syafiq Farhain yang terkenal dengan single Sayang Maafkan Aku itu kini tampil dengan single Kau Bidadari, lagu ciptaan Asfan Shah dan lirik oleh Asfan Shah serta Fedtri Yahya.



Kau Bidadari merupakan single ke-8 dari Syafiq Farhain. Kau Bidadari mengisahkan tentang cinta agung terhadap seorang wanita, yang tidak hanya terhenti di dunia. Muzik video rasmi Kau Bidadari mengisahkan kisah cinta suci antara suami dan isteri, yang merupakan bayangan kisah cinta ibu bapa Syafiq Farhain di dalam muzik video ini. Menurut Syafiq Farhain, Kau Bidadari ini ditujukan khas buat para wanita yang merupakan bidadari dalam hidup para lelaki. Secara peribadi, bidadari buat Syafiq Farhain ialah ibu yang tersayang.




Muzik video rasmi Kau Bidadari dilancarkan di platform YouTube MVM Music pada 14 Jun 2021. Para peminat Syafiq Farhain boleh strim lagu Kau Bidadari yang dimuat naik di platform muzik digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, dan sebagainya. Ikuti perkembangan Syafiq Farhain melalui pautan media sosial Instagram @syafiqfarhain, @mvm_production dan di laman web www.rusamvm.com. Terima kasih atas sokongan terhadap Syafiq Farhain, serta semua artis-artis di bawah naungan MVM Production.








Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Wings Tawar Harga ‘Rahmah’, Hargai Sokongan Peminat Muzik itu satu rakaman masa, ianya terus berevolusi bergerak merentas zaman malah mendedikasikan sebuah revolusi buat penggemar baru dan lama, begitu juga dengan Wings yang terus terbang menggapai kejayaan yang seakan tiada noktah malah pasti ada kejutan dalam membina empayar dan perluasan pengaruhnya. Justeru itu tidak hairanlah mengapa Wings terus ‘meragut magis’ ratusan malah ribuan peminat yang sentiasa dahagakan aksi bertenaga Wings di atas pentas. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur’ menjadi wadah signifikasi yang seterusnya dengan tema yang dibawa! ‘Kuasa dan kemenangan’ itu telahpun  dicipta di pentas The Star Theatre , Singapura pada 29 Julai lalu,  tidak adil rasanya ‘kuasa’ itu tidak digagaskan di Malaysia apatah lagi ianya tempat di mana Wings ditubuhkan sejak 38 tahun yang lalu. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah manakala Awie Entertainment bertindak seba