Voice of Men Kembali dengan Single Baru – "Biarku Pergi"
Voice of Men, vocal group yang pernah menempa nama di industri hiburan di Malaysia, telah mengumumkan untuk melancarkan single ke-7 mereka, "Biarku Pergi". Album ini akan tersedia untuk muat turun digital, penstriman, di YouTube, Spotify, iTunes dan di seluruh platform penstriman, bermula 7 November 2023. Voice of Men telah banyak melakarkan hasil karya mereka di peringkat Antarabangsa dengan menerbitkan suara latar mereka dalam lagu Akapela untuk siri kartun popular "Zaky and Friends" di Sydney, malah telah meraih lebih dari 50 juta jumlah tontonan. Semasa negara dilanda pandemik Covid-19, Voice of Men pernah muncul dengan lagu spontan mereka, "Masak Apa Tak Jadi Hari Ini" yang telah mendapat sambutan ramai terutamanya di dalam group Facebook "Masak Apa Tak Jadi Hari Ni (MATJHN)". Masing-masing berkongsi keterujaan mereka melihat telatah ahli Voice of Men berkongsi suka duka dalam memasak yang diterjemahkan ke dalam lagu. Tidak ...