Skip to main content

Voice of Men Kembali dengan Single Baru – "Biarku Pergi"

 Voice of Men, vocal group yang pernah menempa nama di industri hiburan di Malaysia, telah
mengumumkan untuk melancarkan single ke-7 mereka, "Biarku Pergi". Album ini akan tersedia untuk muat turun digital, penstriman, di YouTube, Spotify, iTunes dan di seluruh platform penstriman, bermula 7 November 2023.
 
Voice of Men telah banyak melakarkan hasil karya mereka di peringkat Antarabangsa dengan menerbitkan suara latar mereka dalam lagu Akapela untuk siri kartun popular "Zaky and Friends" di Sydney, malah telah meraih lebih dari 50 juta jumlah tontonan.
 
Semasa negara dilanda pandemik Covid-19, Voice of Men pernah muncul dengan lagu spontan mereka, "Masak Apa Tak Jadi Hari Ini" yang telah mendapat sambutan ramai terutamanya di dalam group Facebook "Masak Apa Tak Jadi Hari Ni (MATJHN)". Masing-masing berkongsi keterujaan mereka melihat telatah ahli Voice of Men berkongsi suka duka dalam memasak yang diterjemahkan ke dalam lagu. Tidak cukup dengan itu, Voice of Men juga sering menampilkan diri mereka di ruangan komen Facebook dengan komen mereka yang mencuit hati. 
Single mereka sebelum ini, "Saranghaeyo", telah mendapat tempat dalam drama hit TV3 dan TV1, "Nasi Kerabu Untuk Che Abe" dan "Nurlaila".
 
"Biarku Pergi kali ini, sedikit berbeza dengan lagu-lagu kami sebelum ini. Lagu ini dicipta dan dihasilkan oleh komposer terkenal tanah air, Azlan Abu Hassan, yang terkenal dengan kerjasama beliau dengan artis tempatan terkenal seperti Anuar Zain, Siti Nurhaliza, Hafiz
Hamidun, Innuendo, dan Adibah Noor. Sepanjang waktu kami bekerjasama dengan abang Azlan, beliau merupakan seorang komposer yang sangat teliti dan hasil kerja beliau sangat baik. Kebetulan, kami merupakan penyanyi berkumpulan pertama yang beliau pernah bantu untuk hasilkan lagu."
 
"Lirik lagu Biarku Pergi ini sepenuhnya oleh saya dan dibantu oleh isteri. Isteri saya telah banyak membantu sepanjang saya bersama dengan group. Selalunya dia yang akan jadi pendengar pertama hasil karya saya."
 
Menurut Fath lagi, genre Pop-Ballad merupakan sesuatu yang baru buat Voice of Men dan sudah sampai masanya untuk mereka mencuba menghasilkan lagu-lagu yang lebih segar dan dalam masa yang sama masih mengekalkan identiti mereka sebagai sebuah vocal group.

Secara ringkasnya bait-bait lagu ini menceritakan kisah perpisahan antara dua jiwa yang pada awal perkenalan mereka memberikan indikasi bahawa mereka bagaikan dicipta untuk satu sama lain. Namun, takdir Pencipta telah menentukan sesuatu yang bertentangan
dengan apa yg mereka gambarkan. Telah tertulis Qada dan Qadar bahawa mereka perlu meneruskan kehidupan dengan dengan melalui haluan yang berbeza."
 
"Lagu ini amat relevan dengan pelbagai kisah perpisahan yang seringkali kita dengari sama ada dari laman gosip mahupun dari media sosial netizen. Walaupun perpisahan itu biasanya sesuatu yang menyedihkan, namun Voice of Men juga inginkan agar pendengar dapat melihat
perpisahan itu dari sudut positif, dimana kadangkala perpisahan itu boleh menjadi satu lembaran baharu yang membawa kepada bab
baharu yang lebih membahagiakan". Demikian kata-kata Lutfi, yang merupakan antara penyanyi utama dalam kumpulan Voice of Men.
 
"Ramai yang mengenali Voice of Men sewaktu PKP dulu sebagai kumpulan yang kelakar. Jadi, untuk Muzik Video Biarku Pergi kali ini, kita bawakan sedikit kelainan berbanding muzik video kami yang terdahulu. Dalam muzik video kali ini, kita tampilkan pelakon hebat tanah air, Zara Zya yang melakonkan watak sebagai seorang pelayan sebuah restoran. Alhamdulillah, proses rakaman muzik video bersama Zara Zya berjalan dengan baik. Tak sangka beliau pun kelakar juga orangnya", seloroh Nasrul.
 
"Kita telah pun release muzik video Biarku Pergi di Youtube channel Voice of Men baru-baru ini. Kami berharap semua yang menonton video tersebut akan terhibur dengan telatah kami", ujar Nasrul lagi.
 
"Walaupun kami dah jarang muncul dalam komen-komen di Facebook, kami berharap agar semua yang mengikuti kami atau pernah mengikuti perkembangan kami di Facebook, masih setia bersama kami dan akan terus memberikan sokongan kepada kami terutamanya menerusi hasil-hasil karya kami. InsyaAllah akan datang, ada beberapa lagu baru yang kami akan release yang akan menampilkan artis- artis lain seperti Cat Farish (Ruffedge), Ahmad Maembong, Damian Mikhail (VE), dan lain-lain. Semoga lagu-lagu ini akan mendapat tempat di hati semua InsyaAllah", jelas Akem yang juga merupakan penyanyi utama kumpulan Voice of Men.
 
Muzik video Biarku Pergi: https://www.youtube.com/watch?v=FiuhsTx4Dc0

 
Voice of Men merupakan sebuah vocal group yang pernah viral dengan lagu "Masak Apa Tak Jadi Hari Ini" dan sering aktif di ruangan komen Facebook dengan komen-komen lucu sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2021. Single terbaru mereka, "Biarku Pergi," akan berada di pasaran bermula November 2023.

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Wings Tawar Harga ‘Rahmah’, Hargai Sokongan Peminat Muzik itu satu rakaman masa, ianya terus berevolusi bergerak merentas zaman malah mendedikasikan sebuah revolusi buat penggemar baru dan lama, begitu juga dengan Wings yang terus terbang menggapai kejayaan yang seakan tiada noktah malah pasti ada kejutan dalam membina empayar dan perluasan pengaruhnya. Justeru itu tidak hairanlah mengapa Wings terus ‘meragut magis’ ratusan malah ribuan peminat yang sentiasa dahagakan aksi bertenaga Wings di atas pentas. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur’ menjadi wadah signifikasi yang seterusnya dengan tema yang dibawa! ‘Kuasa dan kemenangan’ itu telahpun  dicipta di pentas The Star Theatre , Singapura pada 29 Julai lalu,  tidak adil rasanya ‘kuasa’ itu tidak digagaskan di Malaysia apatah lagi ianya tempat di mana Wings ditubuhkan sejak 38 tahun yang lalu. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah manakala Awie Entertainment bertindak seba