Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2023

JOM TONTON SYIF MALAM

‘Kisah Tiga Rakan Sepejabat Berhadapan Gangguan Menyeramkan’ Apabila bekerja syif, selalunya yang paling tidak digemari apabila tiba giliran syif malam. Lagi- lagi pada yang sudah berkeluarga. Banyak dugaan yang dilalui tatkala terpaksa bekerja mencari rezeki pada waktu orang lain sedang lena diulit mimpi. Apatah lagi apabila berhadapan dengan gangguan yang menyeramkan dan menakutkan di tempat kerja. Ia memberi inspirasi kepada syarikat Empire Film Solution Sdn. Bhd dan Thinkerbell Studios Sdn. Bhd untuk menghasilkan sebuah filem seram berjudul Syif Malam. Penerbitnya, Mohamad Zubir Badar Shair berkata, idea menerbitkan Syif Malam timbul setelah menonton satu drama pendek yang tular di saluran YouTube Awanimbus beberapa tahun lalu. “Menerusi drama pendek berdurasi 14 minit itu, saya lihat konsep dan jalan ceritanya cukup menarik dan menyeramkan, malah ia sudah ditonton sebanyak 1.6 juta penonton pada waktu itu. “Kemudian, timbul idea untuk dikembangkan pula menjadi sebuah f

Natasha Sass Masih Teguh Dengan ‘Still Standing’

  Natasha Sass bukanlah satu nama asing dalam industri muzik Malaysia. Tujuh tahun yang lalu pada usia muda 16 tahun, bakatnya dikesan dan dia berjaya menjadi artis rakaman di bawah naungan Universal Music Malaysia. Lewat kesempatan itu, dia berpeluang menjadi artis pembuka konsert bintang-bintang tersohor seperti Bruno Mars, Usher dan juga penyanyi kesayangan Malaysia, Siti Nurhaliza.   Berdarah kacukan Jerman dan Malaysia, gadis 23 tahun yang jelita dan berbakat itu kini sudah bersedia untuk mengukuhkan lagi kedudukannya dalam dunia seni hiburan dengan pengenalan album terbaharunya berjudul ‘ Still Standing’ .   Projek yang mengambil masa sekitar setahun lebih itu merupakan karya yang amat dekat dengan hatinya. Natasha Sass jelaskan bahawa, perjalanan album ‘ Still Standing’ adalah satu kembara yang indah. Dia mula bekerja untuk album ini pada awal 2022, ketika itu Natasha Sass menulis dan mencipta lagu untuk berhari-hari hingga begitu banyak yang ingin dia kongsikan dengan

Syakir Daulay mahu jadi seperti P.Ramlee

 Pengarah muda Indonesia, Syakir Daulay mahu mengikut jejak langkah idolanya, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dengan menjadi seorang anak seni serba boleh. Justeru, Syakir yang baru berusia 21 tahun itu mengambil risiko memegang posisi penerbit, pengarah dan pelakon serentak dalam karya sulungnya, Imam Tanpa Makmum. Meskipun sedar cabaran besar yang menantinya, malah sempat dihalang oleh banyak pihak yang meragui kebolehannya pelakon kelahiran Aceh itu tetap berani mengambil risiko. "Ya, memang bukan mudah pegang tiga posisi serentak dalam satu karya. Sebagai penerbit saya harus memastikan kru dan pelakon semua berada dalam keadaan baik dan di kerusi pengarah saya perlu pastikan  penggambaran berjalan seperti mana yang dijadualkan. "Sementara di posisi pelakon saya perlu lontarkan nilai seni dan lakonan dengan baik. Selepas merasainya cabarannya, cukuplah dalam karya ini sahaja saya pegang begitu banyak tanggungjawab. "Memang karya ini dibikin untuk saya belajar. Pada masa

SERRA KAMA BERKUMANDANG DALAM DRAMA ‘ALICE KAMPUNG BARU’

Penyanyi dan pelakon berbakat, Serra Kamal kini dengan lagu terbaharu iaitu Bila Kau Ada. Lagu berentak modern ini akan menjadi lagu runut bagi drama ‘Alice Kampung Baru’ yang bakal ditayangkan di TV3 tidak lama lagi.  Minat Serra Kamal dalam bidang seni amat mendalam dan telah mula menceburkan diri sejak berusia 5 tahun dengan menyertai pertandingan nyanyian sempena Hari Malaysia. Kebolehan Serra Kamal dalam bidang nyanyian telah digilap oleh Hazama selaku mentor menerusi program realiti “Mentor Milenia 2017”. Serra Kamal juga turut menjadi peserta dalam program realiti Lagu Cinta Kita 2 (LCK2) pada tahun 2021 berpasangan dengan Syafiq. Serra Kamal bukan sahaja berkebolehan dalam bidang nyanyian, malah dia juga aktif berlakon drama, filem dan juga teater.  Lagu terbaharunya ‘Bila Kau Ada’ mengisahkan tentang nilai persahabatan, kasih sayang, kesetiaan dan kepercayaan dalam persahabatan. Menurut Serra Kamal, “Saya berbesar hati dapat menyanyikan lagu “Bila Kau Ada” dan melo

NEW CLASSIC’, ALBUMKUMPULAN DOLLA YANG AMATDINANTIKAN MULA DILANCARKANHARI INI SECARA DIGITAL OLEHUNIVERSAL MUSIC MALAYSIA

Universal Music Malaysia hari ini berbangga mengumumkan bahawa album pertama kumpulan DOLLA di bawah label tersebut yang dinamakan 'New Classic telah dilancarkan secara digital. Dihasilkan oleh produser tempatan dan antarabangsa yang amat disegani di rantau ini seperti Hyuk Shin dari Korea Selatan, album tersebut mengandungi tujuh (7) lagu [lima (5) lagu baru dan dua (2) lagu yang telahpun dilancarkan terlebih dahulu] yang menggabungkan pelbagai genre dari Dance-Pop ke R&B. Dari lagu-lagu berentak rancak sehinggalah irama mid-tempo dan soul, ia benar benar mengetengahkan bakat muzikal serta versatiliti setiap anggota DOLLA. Dianggotai oleh Angel, Sabronzo, Syasya dan Tabby, DOLLA mula menggegarkan industri muzik Malaysia pada tahun 2020 dengan single mereka yang pertama, 'DOLLA Make You Wanna', dan terus mewarnai persada muzik negara sehingga kini. Dikenali dengan gaya yang dinamik, amat bercita-cita tinggi serta berani menampilkan ekspresi yang berlainan, b

MALAYSIA HOBBY EXPO 2023 BERIKAN HADIAH CABUTAN BERTUAH CUKUP LUMAYAN

MALAYSIA HOBBY EXPO 2023 KEMBALI DENGAN LEBIH 50 AKTIVITI HOBI  DAN LEBIH 250 PEMPAMER HOBI Malaysia Hobby Expo 2023 kini kembali lagi untuk tahun ke-5 menjanjikan lebih dari 50  jenis hobby dalam satu acara antaranya kereta kawalan radio, koleksi vintaj, sukan lasak,  haiwan peliharaan, buku dan majalah, seni kraftangan dan pelbagai lagi. Malaysia Hobby Expo akan berlansung selama 2 hari iaitu pada 2 hingga 3 haribulan  Disember 2023 yang juga melibatkan Konsert “Passion of Sound” pada 2hb Disember 2023.  Acara ini disempurnakan bersama penganjur utama Specta Group Venture di MAEPS  Serdang sebagai Lokasi Rasmi & Shopee sebagai penaja utama Malaysia Hobby Expo 2023. Pengasas Malaysia Hobby Expo, En Muhammed Fidzri Syafeeq menyatakan kewujudan  Expo ini adalah inspirasi dari Expo Antarabangsa dari Jepun, Beijing, Shizouka dan Moscow.  Acara pertama di Malaysia bermula dari tahun 2016 sehingga 2019. “Sasaran tahun ini adalah seramai 25,000 orang setiap hari,

Hafiz Suip, Terus Bersinar

Nama penyanyi terkenal Hafiz Suip tidak perlu diperkenalkan lagi. Bakat besar yang dimiliki membawa kerjaya seninya di puncak tertinggi. Pelbagai pengiktirafan sudah diterima, sekali gus meletakkan namanya di liga tersendiri. Bercakap soal lagu, mana mungkin boleh melupakan lagu “Awan Nano”, “Noktah Cinta”, “Ku Akui”, “Bahagiamu Deritaku”, “Kisah Cinta Kita” dan banyak lagi. Malah, deretan lagu yang sudah dihasilkan masih menjadi siulan hingga kini. Daripada hubungan bersama bapa, adik beradik, suami isteri hingga kekasih, mesej yang diketengahkan menerusi lagu yang dihasilkan cukup menyentuh hati. Bukan bersifat peribadi, tapi Hafiz cuba menyelami perasaan semua terhadap insan yang dicintai. Terbaharu, Hafiz, 33, atau nama sebenar Mohamad Hafiz Mohamad Suip muncul dengan single berjudul “Terus Bersinar” terbitan syarikat rakaman Nova Music. Menariknya, lagu ciptaan komposer Mas Dewangga dan Jova Devito serta lirik oleh Datuk Arisz Ab Rahman JP, Mas Dewangga dan Jova Devito

, Lah Ahmad muncul dengan lagu terbaharu – “Alhumaira”

Penyanyi terkemuka tanah air, Lah Ahmad bakal  muncul dengan lagu terbaharu, Alhumaira. Bersempena itu, sebuah sesi pra-dengar dan pra- tonton video lirik rasmi bersama para media telah berlangsung di Damansara.  Lagu yang berkonsepkan Balada R&B ini telah mendapat sentuhan sepenuhnya oleh Hafiz  Hamidun. Kali ini Hafiz Hamidun mencuba sebuah komposisi yang berbeza di dalam lagu  Alhumaira, seiring dengan vokal yang menyerlah dan penghayatan yang sempurna dari Lah  Ahmad. Kolaborasi pertama bersama Hafiz Hamidun “Ini merupakan kali pertama saya berkolaborasi dengan Hafiz sebagai penerbit dan komposer untuk lagu saya. Walaupun kami merupakan rakan industri muzik dan beberapa kali membuat  persembahan bersama, namun kerjasama kali ini sangat istimewa. “Apabila Hafiz mengirimkan ‘demo’ Alhumaira, saya dapat merasakan kekuatan melodi lagu  ini dan lagu ini sangat dekat dengan perasaan saya. Setelah berbincang melalui pihak  pengurusan saya dan Hafiz, kami bersetuju untuk me

Nabila Razali Selamat Bergelar isteri kepada Ahli Perniagaan Nik Iruwan

  Penyanyi Nabila Razali, 31 selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Nik Iruwan, 38, dengan sekali lafaz pada pukul 1011 pagi tadi. Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali telah selamat dinikahkan oleh Jurunikah, Ustaz Fawwaz di majlis pernikahan yang berlangsung di The Chateau Spa & Wellness Resort, Pahang. Dalam majlis yang bertemakan English Garden ini, Nabila menerima mas kahwin bernilai RM22.50. Sementara itu, wang hantaran dirahsiakan.  “Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi majlis pernikahan berjalan dengan lancar. “Terima kasih kepada tetamu dan ahli keluarga yang turut menjayakan majlis ini, dan tidak lupa kepada peminat di atas doa dan sokongan yang diberikan kepada Bella dan suami,” katanya. Majlis yang dikelolakan oleh Terusik Event ini telah berlangsung secara sederhana itu dihadiri kira-kira 250 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, rakan terdekat, dan juga selebriti. Turut hadir tetamu VIP dan rakan-rakan niaga pengantin. An

‘LIVE IN CONCERT: RADJA (SPECIAL APPEARANCE ELLA)’

  Malam tadi telah menyaksikan paduan rock hebat extravaganza di antara dua benua segaris muzik iaitu Indonesia-Malaysia lantas berjaya menarik lebih dari 5,000 penonton dalam sebuah konsert yang paling ditunggu-tunggu tahun ini iaitu ‘ LIVE IN CONCERT RADJA (SPECIAL APPEARANCE ELLA)’ bermula sekitar jam 8:00 malam bertempat di Mega Star Arena KL @ Sg. Wang Plaza anjuran syarikat penganjur festival dan konsert terkemuka negara, Orange International Entertainment . “Sejarah telah tercipta apabila dua legenda rock dari dua buah negara, Radja dan juga Ella disatukan dalam pentas yang sama, kami di Orange International menjanjikan sajian persembahan menarik untuk semua peminat muzik terutamanya penggemar muzik rock” kata Dato’ Mohd Fadzli Idrus , selaku CEO & Pengasas Orange Entertainment International . Radja, yang dianggotai Ian Kasela (vokalis), Moldy Kusnadi (gitar) dan Seno Aji (dram) memulakan persembahan dengan lagu Bulan, diikuti hits-hits mereka seterusnya seperti Selalu Jauh

‘NOAH MENEMANIKU KUALA LUMPUR’

  Baharu sahaja melabuhkan tirainya dan masih lagi terngiang-ngiang di ingatan, konsert yang paling ditunggu-tunggu peminat rock tahun ini ‘ NOAH MENEMANIKU KUALA LUMPUR ’ yang berlangsung di Mega Star Arena KL @ Sg. Wang Plaza bermula jam 8:00 malam telah berjaya memukau hampir 5,500 orang penonton, dianjurkan oleh syarikat penganjur acara yang kian menempa nama, YOLO Malaysia . NOAH yang dianggotai Ariel (vokalis), Lukman (gitaris) dan juga David (pemain keyboard) memulakan persembahan dengan lagu Topeng, di mana Ariel muncul di tengah-tengah pentas mini berkuasa hidrolik dari bawah dengan sorakan penuh gegak-gempita memecah keheningan setiap penjuru konsert. Kemudian, lagu-lagu hits mereka seperti Separuh Aku, Menemaniku, Menunggumu, Tak Bisakah, Bintang Di Syurga dan lain-lain turut dipersembahkan dengan hampir 24 buah lagu kesemuanya. Lebih istimewa, penyanyi rap tanah air, Joe Flizzow turut membuat kemunculan istimewa menyanyikan lagu baharu NOAH berjudul Suara Dalam Kepala ber

Emosi The Gadys dalam Gagal Cinta

  Kemunculan ‘girl band’ The Gadys pada 2021 memberi warna baharu dalam industri muzik sekaligus kembali merancakkan dunia hiburan tempatan. Kumpulan yang bermula dengan empat wanita berbakat memulakan kerjaya nyanyian menerusi single raya berjudul Gadys Raya yang dilancarkan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu kini kembali aktif bersama dengan ahli baharu. Menurut Airrol Azman, Pengarah Urusan Valient Music, The Gadys yang dibarisi dua anggota asal Aznie Azmi dan Ayunie Rizal kini dimantapkan lagi dengan muka baharu Thamiera Chan, merupakan hasil ‘perkahwinan’ Universal Music Malaysia dan Valient Music. Beliau optimis kumpulan ini mampu pergi lebih jauh dengan karya yang dihasilkan. Buktinya, mereka yang mempunyai lebih 200,000 pengikut dan mendapat lebih 3.3 juta tanda suka dalam TikTok cukup untuk memperkenalkan lagi nama The Gadys. Selepas muncul dengan single Gelek Jambu yang menggabungkan elemen reggaeton, rock dan tradisional, The Gadys kembali den

FAITH4PALESTINE: ACARA AMAL OLEH FAIZAL TAHIR SEBAGAI TANDA SOKONGAN KEPADA PALESTIN

  Faizal Tahir melalui gerakan kemanusiaan beliau, iamFaithmen dan syarikat rakamannya, Faithful Music bakal menganjurkan Faith4Palestine , sebuah acara amal yang bertujuan untuk mengumpul dana bagi bantuan kemanusiaan Palestin dan sebagai tanda menzahirkan solidariti rakyat Malaysia bersama dalam isu ini. Acara amal ini akan menampilkan persembahan akustik oleh Faizal Tahir dan artis jemputan, sesi rakaman podcast dan lelongan amal barangan peribadi beliau. Faith4Palestine dijadualkan berlangsung pada 12 November 2023 di Royale Chulan, Damansara dari jam 2 petang hingga 4 petang.  Tiket dijual pada harga RM99, dengan semua keuntungan dari kutipan akan disalurkan terus kepada tabung bantuan Palestin melalui rakan pertubuhan bukan kerajaan – Cinta Gaza Malaysia.  Objektif utama Faith4Palestine adalah untuk mendidik masyarakat tentang sejarah panjang bumi Palestin serta memberi bimbingan tentang bagaimana kita boleh membantu dalam tindakan secara kolektif. Acara ini bertujuan untuk men