Natasha Sass Masih Teguh Dengan ‘Still Standing’
Natasha Sass
bukanlah satu nama asing dalam industri muzik Malaysia. Tujuh tahun yang lalu
pada usia muda 16 tahun, bakatnya dikesan dan dia berjaya menjadi artis rakaman
di bawah naungan Universal Music Malaysia. Lewat kesempatan itu, dia berpeluang
menjadi artis pembuka konsert bintang-bintang tersohor seperti Bruno Mars,
Usher dan juga penyanyi kesayangan Malaysia, Siti Nurhaliza.
Berdarah kacukan
Jerman dan Malaysia, gadis 23 tahun yang jelita dan berbakat itu kini sudah
bersedia untuk mengukuhkan lagi kedudukannya dalam dunia seni hiburan dengan
pengenalan album terbaharunya berjudul ‘Still Standing’.
Projek yang
mengambil masa sekitar setahun lebih itu merupakan karya yang amat dekat dengan
hatinya. Natasha Sass jelaskan bahawa, perjalanan album ‘Still Standing’
adalah satu kembara yang indah. Dia mula bekerja untuk album ini pada awal
2022, ketika itu Natasha Sass menulis dan mencipta lagu untuk berhari-hari
hingga begitu banyak yang ingin dia kongsikan dengan dunia sejagat. Album ini
dekat dengan hatinya kerana ia mengisahkan kematangan, kehidupan, cinta serta
permulaan baharu kerjaya muziknya.
Sempat memberi
fokus kepada pendidikannya beberapa tahun sebelum ini, Natasha Sass merasakan
bahawa sekarang adalah waktu terbaik untuk mengeluarkan album. Natasha Sass
menyatakan bahawa, selepas bertahun mendiamkan diri, dia ingin kembali dengan
sesuatu yang lebih teguh dan punya cerita. 'Still Standing' yang
bermaksud 'Tetap Berdiri' dalam Bahasa Malaysia menceritakan bahawa biarpun
kita diberi pelbagai dugaan, kita harus tetap teguh berdiri. Natasha Sass mahu
pendengar menikmati lima lagu yang ada iaitu ‘Memory’, ‘Lost Love’, ‘Manusia’,
‘Love Myself Instead’, serta ‘Round and Around’ dan cuba mengenalinya melalui
karya-karya ini.
Natasha
jelaskan, Ini kali pertama dalam kerjaya muziknya di mana dia diberi peluang
100% untuk terbabit dalam penciptaan serta penulisan lagu. Ini membolehkan dia menjadi
dirinya yang sebenar. Setelah selesai menulis, dia masuk ke studio dan serahkan
semuanya kepada kehebatan Johan John untuk menyusun muzik. Kami biasanya
berbincang tentang bunyi dan unsur yang boleh menghidupkan lagi lagu-lagu
tersebut. Dia juga mempunyai harapan tersendiri untuk album ini.
Bintang muda ini
menjelaskan bahawa, impiannya buat album ini adalah ia dapat didengari oleh
seramai orang yang mungkin dan harap ramai mampu merasakan selain mengenali
diri mereka melaluinya. Itu baginya adalah pencapaian terbesar buat seorang
penyanyi, pencipta dan penulis lagu. Sesudah itu barulah dia simpan hasrat
untuk memenangi anugerah seperti AIM, AJL dan sebagainya. Kita cipta muzik
untuk seni dan insan. Yang lain pasti akan datang juga!
Biarpun mengakui
yang dia belum mencapai puncak kerjaya seni muziknya, Natasha Sass percaya
bahawa banyak yang laluan harus dijalani dalam hidup sebelum tiba ke titik yang
ingin ditujui. Natasha Sass menjelaskan bahawa, kerjaya muziknya tidaklah
selalu memuncak namun dia bersyukur untuk semua yang dah dia jalani, termasuk
yang baik serta buruk. Ini kerana ia telah membentuknya menjadi lebih bijak dan
kuat sebagai seorang manusia. Kesenangan sebenarnya satu ancaman buat kemajuan
berbanding kesusahan! Natasha Sass mengakhiri perbualan dengan positif dengan
mengatakan, ini Natasha Sass lebih bersedia tetapi masih dalam proses
pembelajaran.
Still
Standing akan berada di semua platform digital bermula Jumaat, 24 November
2023.
Comments
Post a Comment