SIAPA ‘KAMU KAMU’ DI HATI WANI KAYRIE?
Walau di usia muda, 22 tahun, siapa sangka, penyanyi, pelakon serta pengacara cantik dan pintar ini sudah pun berkecimpung dalam bidang seni tempatan lebih sedekad lamanya. Buat anak kelahiran Sandakan, Sabah ini, Syazwani Maisarah Abdullah atau lebih popular dengan nama Wani Kayrie , dia bukanlah artis genit yang biasa-biasa. “Perjalan seni saya masih lagi jauh dan banyak lagi yang ingin saya lakukan sebagai seorang pejuang seni. Namun saya percaya, berkat kesabaran dan kerja keras yang berterusan pasti membuahkan hasil pada satu hari nanti,” kata Wani memulai bicara. Terbaharu, Wani tampil dengan single pop dansa kemelayuan berjudul ‘ Kamu Kamu ’ hasil gubahan komposer Ziin dan lirik oleh Jerry, manakala diterbitkan oleh label hiburan terkenal, Rocketfuel Entertainment . “Hampir 4 bulan single ‘Jangan Terlepas Pandang’ dilancarkan, saya kini bersedia untuk ke fasa seterusnya. Lagu ‘ Kamu Kamu ’ adalah interpretasi saya yang mahu mencuba pelbagai genre muzik. Dalam berkarya, saya