Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2022

Mudah Betul Cair Sampai Tersingkir – Iman Troye Rupanya Aiskrim Roti!

Tiada lagi kemanisan si   Aiskrim Roti   apabila identitinya didedahkan pada minggu kelima   The Masked Singer Malaysia (TMSM) musim kedua ! Akhirnya, setelah empat minggu membuat tekaan yang salah, juri tetap berjaya ‘ hit the bullseye’   dengan mendedahkan identiti di sebalik topeng Aiskrim Roti adalah penyanyi dan personaliti media yang popular,   Iman Troye !   “Iman rasa berdebar bila duduk atas stage yang sangat besar untuk menunjukkan side lain dan bakat Iman kepada orang ramai,”  katanya selepas dia tidak dapat menyorokkan nada suaranya untuk mengelirukan orang ramai.   Lebih mengejutkan, tujuh orang daripada juri-juri TMSM termasuk  Datuk Aznil Hj. Nawawi ,  Ramona Zamzam ,  Remy Ishak ,  Amy Mastura ,  Zizan Razak ,  Raja Azura  dan  Michael Ang  berjaya mengumpul satu markah apabila mereka berjaya meneka nama Iman Troye sebagai wajah disebalik topeng Aiskrim Roti. Fuh, makin terer lah juri-juri kita pada episod kali ini! Zizan Razak, yang telah meraih tiga markah setakat ini

Harry Khalifah terkesima jumpa Atai, terus tawarkan lagu untuk anak buah Allahyarham Sudirman itu

  PENYANYI  dan komposer Harry Khalifah menarik perhatian ramai apabila memuat naik beberapa video pertemuannya bersama anak saudara Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad iaitu Atai di laman sosial miliknya pagi tadi. Harry yang juga lebih mesra di sapa Apak turut memberi bayangan bakal menghasilkan karya baharu untuk dinyanyikan Atai. “Assalamualaikum, Alhamdulillah hari ini saya tak sangka sangat berjumpa anak saudara Allahyarham Sudirman iaitu Atai. “Tak sangka pula saya dapat berjumpa anak buah kesayangan penghibur legenda tanah air semasa saya sedang makan di sebelah studio ini, kata Apak. Apak kongsi pertemuan bersama Atai. Harry, 42, juga dilihat sempat menawarkan lagu baharu untuk dinyanyikan Atai. “Sebenarnya Apak ada lagu baharu untuk diberi kepada Atai. “Agak-agak awak nak tak? Kejap lagi kita dengar,” Atai atau nama sebenarnya Razman Azrai Zainudin, turut dilihat menunjukkan minat dengan tawaran penyanyi lagu Suaramu Syairku itu. “Pasti boleh, tapi saya y

Duet mega Dayang Nurfaizah, Amir Masdi dalam Debu

Dayang Nurfaizah antara penyanyi terbaik dalam negara. Bakat besar dan kualiti vokal dimiliki Dayang meletakkan dirinya di kelas tersendiri. Kejayaan demi kejayaan diraih bukti kerja keras beliau sepanjang pembabitan dalam dunia seni. Tidak hairan jika nama Dayang, 41, atau nama sebenarnya Dayang Nurfaizah Awang Dowty sering disebut dan menjadi pilihan kebanyakan penyanyi baru untuk berkolaborasi dengannya. Malah, ia terbukti berjaya bukan sahaja dari sudut persembahan nyanyian tapi juga kualiti lagu yang dihasilkan. Terbaharu, Dayang muncul dengan single duet berjudul “Debu”, satu  kolaborasi dengan juara program Akademi Fantasia 2016 dan finalis AJL-35, Amir Masdi. Lagu bergenre ‘balada moden’ itu adalah karya ciptaan sepenuhnya oleh Mas Dewangga, Jova Devito, Firdaus Rahmat, Mike Chan, Karim Karam dan Acap Salim. Menariknya, ini juga adalah kerjasama sulung antara dua syarikat rakaman tempatan ternama di Malaysia iaitu Nova Music dan Faithful Music yang mana lagu dan video muzik ras

Mungkin Tiada Rezeki Di Pentas Big Stage Lia Aziz

  konsert minggu ketiga Big Stage musim keempat  Menyaksikan Lia Aziz Tersingkir Malam Tadi.  Lia yang menyampaikan lagu Kisah Hati dendangan asal Datin Alyah memperoleh markah keseluruhan terendah iaitu sebanyak 5.28 peratus. Semasa pertandingan, juri jemputan minggu ini, Han Byul menyifatkan penyanyi yang popular menerusi lagu Kucu Kuca itu tidak berhasil menonjolkan keunikan. Konsert minggu ketiga turut menyaksikan dua peserta lain iaitu Megat Rahim dan Sofia Marieylla berada di kedudukan tiga terbawah bersama Lia. Sementara itu, Aisha Retno berjaya meraih markah tertinggi daripada juri iaitu berjumlah 82.0 peratus selepas menyampaikan lagu Kesetiaan dendangan asal Allahyarham Siti Sarah. Konsert minggu ketiga sekali lagi menyaksikan penyanyi dangdut Mas Idayu kekal sebagai Juri Pedas dan usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida mengekalkan kerusi Presiden Netizen.

‘KORBAN’ HADIAH ISTIMEWA ERNIE ZAKRI BUAT SYAMEL

  Dwi debaran yang dirasakan oleh penyanyi bersuara emas,  Ernie Zakri , yang kini sedang sarat mengandung 8 bulan dalam menantikan kelahiran anak pertamanya bersama suami, penyanyi Syamel, dan juga lagu ‘Boneka’ yang berjaya mara ke pertandingan muzik tahunan berprestij tanah air, Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-36. “Syukur Alhamdulillah, rezeki anak dalam kandungan rasanya apabila Boneka layak ke AJL36,” katanya. Pada masa yang sama, pemenang trofi Vokal Terbaik AJL sebanyak dua kali iaitu pada edisi ke-32 ketika mendendangkan lagu duet, Aku Cinta bersama Syamel dan edisi ke-35 untuk lagu solo, Gundah, sempat menghasilkan sebuah single terbaharu berjudul ‘ Korban ’ yang dicipta sepenuhnya oleh beliau dan diterbitkan oleh Rocketfuel Entertainment sebelum bergelar ibu, jelas Ernie, “Ini merupakan projek terakhir saya sebelum melahirkan anak sulung dan cuti bersalin selama 60 hari selain melalui proses berpantang, dan kesemuanya bergantung pada keadaan. “Dalam pada itu diusia kandungan men

Alternate Records & Khai Bahar Menang Di JOOX Top Music Awards Malaysia 2021

  Khai Bahar tampil bergaya dengan mengekalkan kejayaannya sebagai artis tempatan popular dua tahun berturut-turut di JOOX Top Music Awards Malaysia. Tahun ini, beliau pulang dengan 2 kemenangan dalam kategori Top 5 Artist : Local dan Top 5 Hits : Local dengan lagu Sengsara (OST Dendam Penunggu) di JOOX Top Music Awards Malaysia 2021.  Bercerita tentang ‘Sengsara’, lagu ini merupakan lagu tema kepada Dendam Penunggu, sebuah filem original di platform penstirman filem tonton CINEMA yang ditayangkan pada 5 November yang lalu. Filem seram ini dilakonkan oleh barisan pelakon muda yang meningkat naik seperti Ismail Izzani, Shalma Eliana, Imran Aqil, Ahmad Adly, Bella Dowanna dan ramai lagi. Filem ini mendapat sambutan yang hangat menerusi platform digital dan juga sosial media. Lagu Sengsara ini merupakan lagu terbitan Alternate Records Sdn Bhd dan dicipta oleh John Jeeves, Firdaus Rahmat dan Omar K. Lagu Sengsara ini membawakan emosi seram yang bersesuaian dengan jalan cerita filem tersebu

Ajai Dan Siti Nurhaliza Sebak Terkenangkan Arwah Siti Sarah

  MESKIPUN sudah beberapa bulan Allahyarham Siti Sarah meninggalkan kita, namun kehadirannya di dalam dunia seni masih segar dalam ingatan. Kehilangannya nyata masih dirasai sehinggakan penyanyi dan komposer Ajai tidak dapat menahan sebak apabila mendengar peserta Big Stage Aisha Retno menyanyikan lagu "Kesetiaan" yang merupakan salah satu lagu ciptaannya. Menurut Ajai yang merupakan juri tetap Big Stage 2022, persembahan Aisha pada malam itu sangat baik sama seperti penyampaian Allahyarham Siti Sarah. “Lagu itu bagi vibe flashback banyak benda pada arwah dan tidak boleh dibandingkan dengan nyanyian arwah. "Cuma kita tetap sokong generasi baharu yang ingin menyanyikan lagu tersebut dengan cara yang tersendiri. “Aisha berjaya menyampaikan lagu itu dengan baik sama seperti arwah. "Tapi kalau nak cakap pasal sebak itu, kami memang tak boleh kawal sebab kami rapat dan hari ini (Ahad) ramai yang mendoakan untuk dia,” katanya semasa sidang media Big Stage 2022 minggu ket

“LA LUNA”, DRAMA BERSIRI AKSI LAKONAN ZAHIRAH MACWILSON DI TV2

  Lari daripada watak yang mahukannya berpenampilan lemah lembut dan terlibat dengan cerita cinta, pelakon cantik Zahirah Macwilson muncul menghidupkan watak seorang peguam bela yang tegas dalam kerjayanya.   Menerusi drama bersiri diberi tajuk “La Luna” yang telah pun bersiaran episod pertamanya pada 13 Februari lalu, Zahirah bergandingan dengan pelakon Azrel Ismail, Nasha Aziz, Julia Ziegler, Elisha Sandha, Afiq Muiz, Steve Yap, Adam Corrie dan Esma Danial dalam 13 episod drama yang turut menjalani penggambaran di Eropah, Bosnia dan Batam ini.   Dalam drama aksi yang disiarkan setiap Jumaat hingga Ahad, pukul 8.00 malam mengisi slot Drama On 2 di TV2 ini, plot ceritanya bermula dengan sepasukan polis menyerbu sebuah rumah pelacuran di kediaman mewah dan menangkap gadis-gadis yang menjadi mangsa pelacuran.   Muncul watak utama iaitu Luna yang menjadi peguam bela kepada seorang gadis yang menjadi mangsa sindiket. Melalui gadis ini Luna berjaya mendapat maklumat berkaitan

KEMBALINYA EMMA KE ARENA MUZIK

  Rahimah Sukor, yang lebih mesra disapa sebagai Emma, merupakan satu nama yang tidak asing lagi bagi penggemar rock era 90an. Beliau merupakan bekas vokalis kumpulan Revolusi, dan pernah merakamkan dua album rock solo bersama Warner Music sebelum mengundurkan diri daripada pentas muzik tanah air. Walaupun tidak lagi muncul di kaca televisyen atau corong radio, Emma masih terus bergiat aktif dalam industri hiburan luar dan dalam negara menerusi syarikatnya sendiri, Impact Music & Entertainment, yang diuruskan sepenuhnya oleh beliau dan suami tercinta. Emma kini tampil dengan KEMBALILAH EMMA, sebuah EP yang memuatkan tiga lagu baru - RINTIHAN RASA, SUDAH BERLALU, dan DUNIA CINTA, serta dua lagu tribute buat Kumpulan Revolusi dan Merah - BAYANGAN MISTERI 2020, dan CINTAKU 2022. Mengambil nama salah satu lagu hit beliau, KEMBALILAH EMMA mewakili hasrat peminat yang ingin muzik rock kembali ke persada hiburan tanah air. Album ini juga mengorak langkah untuk beliau berkolaborasi dengan

‘INI RENTAK KITA’ - RENTAK 12 BUAH LAGU BERMULA

  Acara tahunan berprestij untuk memartabatkan lagu terbaik, Anugerah Juara Lagu bakal melangsungkan edisi ke 36 pada 6 Mac 2022 (Ahad), bersiaran langsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, pukul 9.00 malam di TV3 dan strim secara langsung di www.anugerahjuaralagu.com , www.tonton.com.my , dan Youtube TV3 Malaysia.  Tema Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36) -  ‘Ini Rentak Kita’ menyatukan 12 lagu daripada genre muzik yang berbeza menerusi gabungan rentak 12 buah lagu AJL 36. Kami juga ingin memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa bersama dan tabah mengharungi cabaran melawan penularan virus Covid-19.  Malam kemuncak AJL 36 dimeriahkan oleh NOIR Beauty Essence..Cantik dengan Noir sebagai penaja utama dan menampilkan OPPO Reno 7  5G, Pakar Potret sebagai penaja bersama, Hot FM, Buletin FM dan Molek FM sebagai rakan radio serta Audio+, Xtra, Oh Bulan!, Seismik, Sirap Limau, SAYS, Berita Harian, Harian Metro dan News Straits Times sebagai rakan digital.  A

Pandai Sorok Badan Sado, Sazali Samad lah Teh Tarik Kaw!

  Tekaan para juri semakin minggu, semakin tepat! Minggu keempat program pertandingan nyanyian berkonsepkan misteri   The Masked Singer Malaysia (TMSM)   musim kedua menyaksikan   Teh Tarik Kaw   iaitu bekas jaguh bina badan negara,   Sazali Samad   tersingkir. Dikatakan bijak dan kreatif, beliau pandai memilih figura yang boleh menyorokkan badannya yang sado. Memang patut!   Beliau mendapat markah terendah,  51.89%  pada malam itu. Katanya, suara beliau tidaklah sesedap seorang penyanyi tetapi beliau gembira dapat menghiburkan semua penonton dengan persembahannya.   Dalam pada itu, tiga orang juri TMSM,  Datuk Aznil Hj. Nawawi ,  Ella  dan  Zizan Razak  berjaya  ‘hit the bullseye’  dengan meneka nama Sazali Samad sebagai wajah disebalik topeng Teh Tarik Kaw. Dengan pertambahan satu lagi markah, Zizan Razak kekal menduduki di tangga teratas antara semua juri, diikuti Datuk Aznil Hj. Nawawi, Ella dan  Remy Ishak  yang mempunyai satu markah kerana berjaya meneka siapakah di sebalik topen

Tewas, kolaborasi Farahdhiya & rapper Korea Selatan, Denis

  Nama Farahdhiya bukan lagi asing dalam industri hiburan tanah air. Dia bukan sahaja dikenali sebagai penyanyi yang bagus, tapi juga berbakat dalam bidang lakonan. Biarpun Farahdhiya cukup dikenali dengan lagu balada, namun kemampuannya menyanyikan lagu dari pelbagai genre ketika menyertai program Gegar Vaganza musim kedua membuka mata ramai pihak. Terbaharu Farahdhiya, 38, atau nama sebenarnya Farahdhiya Mohd Amin muncul dengan single Tewas yang mana merubah 360 darjah genre muzik yang sering dibawakan dalam kebanyakan lagu sebelum ini. Menariknya, lagu Tewas yang bergenre Electronic Dance Music (EDM) turut menampilkan rapper dari Korea Selatan iaitu Denis dengan menggunakan tiga bahasa iaitu Melayu, Inggeris dan Korea.  Percaya akan kualiti lagu ciptaan sepenuhnya oleh Pown Hasril, Karim Karam, Otromen, Nass dan DL itu, Farahdhiya tidak mahu menggunakan pendekatan gimik keterlaluan seperti dilakukan segelintir penyanyi. “Untuk lagu ini tiada sebarang gimik sebab saya seorang yang ‘s

ANUGERAH JUARA LAGU 36 UMUM TARIKH SIARAN

  Hari ini, peminat muzik tanah air menerima berita baik tentang tarikh siaran Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36) selepas pengumuman dilakukan menerusi Melodi sebentar tadi. Acara tahunan berprestij untuk memartabatkan lagu terbaik, Anugerah Juara Lagu bakal melangsungkan edisi ke 36 pada 6 Mac 2022 (Ahad), bersiaran langsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, pukul 9.00 malam.  Bagi menyemarakkan lagi AJL 36, iklan penjenamaan (brand ad ) AJL 36 yang berkonsepkan spektrum warna yang melambangkan tenaga muzik yang sama turut dilancarkan secara rasmi pada hari ini di TV3 dan laman media sosial rasmi TV3 Malaysia Official. Rentak AJL 36 menyatukan kesemua finalis AJL 36 yang mengetengahkan genre muzik yang berbeza juga memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa bersama mengharungi cabaran melawan penularan virus Covid-19. Ia juga menggambarkan aura generasi terkini yang sentiasa berani mencuba sesuatu yang baharu. Selain itu, penggunaan elemen “ glitch ” dal