Skip to main content

‘INI RENTAK KITA’ - RENTAK 12 BUAH LAGU BERMULA




 Acara tahunan berprestij untuk memartabatkan lagu terbaik, Anugerah Juara Lagu bakal melangsungkan edisi ke 36 pada 6 Mac 2022 (Ahad), bersiaran langsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, pukul 9.00 malam di TV3 dan strim secara langsung di www.anugerahjuaralagu.com , www.tonton.com.my, dan Youtube TV3 Malaysia. 


Tema Anugerah Juara Lagu 36 (AJL 36) -  ‘Ini Rentak Kita’ menyatukan 12 lagu daripada genre muzik yang berbeza menerusi gabungan rentak 12 buah lagu AJL 36. Kami juga ingin memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa bersama dan tabah mengharungi cabaran melawan penularan virus Covid-19. 


Malam kemuncak AJL 36 dimeriahkan oleh NOIR Beauty Essence..Cantik dengan Noir sebagai penaja utama dan menampilkan OPPO Reno 7  5G, Pakar Potret sebagai penaja bersama, Hot FM, Buletin FM dan Molek FM sebagai rakan radio serta Audio+, Xtra, Oh Bulan!, Seismik, Sirap Limau, SAYS, Berita Harian, Harian Metro dan News Straits Times sebagai rakan digital. 


AJL 36 menampilkan gandingan hos Alif Satar dan Nabila Huda untuk mengemudikan acara kemuncak. Karpet Merah AJL 36 yang dihoskan oleh Sissy Imann dan Sean LJE akan bersiaran di TV9 dan Youtube TV3 Malaysia, dari pukul 8.30 malam hingga 9.00 malam. Selain itu, penonton juga boleh meninjau gelagat dan debaran para finalis AJL 36 di belakang pentas bersama-sama dengan Sissy Imann dan Sean LJE dalam Backstage AJL 36 yang strim secara langsung di Youtube TV3 Malaysia. 


Anugerah muzik berprestij ini mengangkat martabat komposer, penulis lirik dan penyanyi. AJL 36 akan menobatkan pemenang dalam kategori Persembahan Terbaik (dimeriahkan oleh NOIR Beauty Essence..Cantik dengan Noir), Vokal Terbaik, Tempat Ketiga, Tempat Kedua dan Juara Lagu serta Anugerah Penyanyi Pilihan Popular AJL yang dibawakan oleh OPPO Reno 7  5G, Pakar Potret.


Para peminat boleh mengundi penyanyi kegemaran mereka menerusi Anugerah Penyanyi Pilihan Popular AJL yang dibawakan oleh  OPPO Reno 7  5G, Pakar Potret di laman web rasmi www.anugerahjuaralagu.com yang berlangsung dari 9 Februari 2022 hingga 3 Mac 2022. 


Juara Lagu akan memenangi RM100,000 bersama trofi, naib juara akan memenangi RM 50, 000 bersama  trofi dan pemenang tempat ketiga akan memenangi RM 30, 000 bersama trofi. Manakala, pemenang Vokal Terbaik akan menerima RM12, 000 dan trofi, pemenang kategori Persembahan Terbaik bakal menerima RM12, 000 dan trofi serta hadiah wang tunai RM 6,000 daripada NOIR Beauty Essence..Cantik dengan Noir


Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang Anugerah Juara Lagu 36, layari laman web rasmi www.anugerahjuaralagu.com dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia. Gunakan #AJL36, #RoadtoAJL36 dan #CantikDenganNoir untuk menghangatkan lagi perbualan di media sosial. 


Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

  Juri Tetap GV8,  Hetty Keos Endang atau lebih mesra dengan paggilan Bonda. kini tampil dengan  rancangan  Mahu dengar 'tembakannya tepat'. Pengalaman dimiliki penyanyi legenda dari Indonesia itu yang diberi tanggungjawab sebagai juri tetap Gegar Vaganza 8 (GV8), telah menampilkan sisi berbeza pada program nyanyian itu. Manakan tidak, gaya dan cara penyanyi yang popular dengan lagu Berdiri Bulu Romaku itu memberikan komen kepada para peserta, seringkali menambat hati penonton dan warganet. jom sma - sama kita nantikan , yang bakal ditayangkan bermula  pada 15hingga  22 Januari ini.

ALBUM SITISM DARI DATO' SRI SITI NURHALIZA

Mendekati usia 28 tahun perjalanan karier di dalam bidang seni suara, penvanvi Dato' Sri Siti Nurhaliza kini tampil dengan album solo ke-20 beriudul Sitism. Album Sitism pertama kali dilancarkan secara digital mengandungi 8 buah lagu pada 30 Jun 2023 dan lengkap 12 lagu sepenuhnya pada 8 September 2023. Album in mempunyai mana yang tersendiri bagi Siti kerana beliau dapat bekerjasama dengan penerbit, pencipta lagu dan penulis lirik lama dan baharu sebagai formula utama penerbitannya. Gabungan in telan memberikan warna tersendirt bag Sitism dan dapat memenuhi citarasa peminat Siti yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia.   Judul Sitism dipilih daripada nama Siti Nurhaliza laitu Siti dan imbuhan 'ism' pula adalah istilah linguistik yang digunakan untuk membentuk kata nama bagi melambangkan kualiti, keadaan, ideologi atau hala tuiu album. Apabila nama Siti dan imbuhan 'ism' ini disabungkan. Sitism membentuk kata nama vane mewaki cir-cirt tertentu vane ada du dalam

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM

Wings Tawar Harga ‘Rahmah’, Hargai Sokongan Peminat Muzik itu satu rakaman masa, ianya terus berevolusi bergerak merentas zaman malah mendedikasikan sebuah revolusi buat penggemar baru dan lama, begitu juga dengan Wings yang terus terbang menggapai kejayaan yang seakan tiada noktah malah pasti ada kejutan dalam membina empayar dan perluasan pengaruhnya. Justeru itu tidak hairanlah mengapa Wings terus ‘meragut magis’ ratusan malah ribuan peminat yang sentiasa dahagakan aksi bertenaga Wings di atas pentas. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur’ menjadi wadah signifikasi yang seterusnya dengan tema yang dibawa! ‘Kuasa dan kemenangan’ itu telahpun  dicipta di pentas The Star Theatre , Singapura pada 29 Julai lalu,  tidak adil rasanya ‘kuasa’ itu tidak digagaskan di Malaysia apatah lagi ianya tempat di mana Wings ditubuhkan sejak 38 tahun yang lalu. ‘Konsert Wings The Rock Emperor Kuala Lumpur Chapter’ dianjurkan oleh Rumah Produksi Merah manakala Awie Entertainment bertindak seba