Posts

Showing posts from July, 2022

JOHAN DAN FIZI ALI KINI SERTAI HOT FM

Image
Bermula 2 Ogos 2022, Selasa, Hot FM akan tampil dengan pembaharuan sekali lagi dengan penjenamaan semula tagline stesen dan kehadiran dua tonggak terbaru Hot FM iaitu Johan dan Fizi Ali yang pastinya akan memberikan satu kelainan pada barisan penyampai dan stesen Hot FM itu sendiri untuk tampil lebih hangat dan terbaik. Gandingan trio terbaru yang bakal menghangatkan pagi anda menampilkan Johan, Fara Fauzana & AG akan ke udara setiap Isnin hingga Jumaat bermula 6 pagi hingga 10 pagi. Dengan nama segmen yang baru iaitu Bekpes Hot, HaHaHa-Ngat pastinya akan memberikan sesuatu yang berbeza kepada pendengar terutama pengisian dan kandungan segmen yang lebih segar, komedi yang melucukan, celoteh dan gelak tawa yang menghiburkan, juga mampu memberikan aura positif kepada pendengar. Duo terbaru yang lebih macho dan mantap, segmen petang tampil dengan pengisian yang lebih fresh dengan cerita-cerita hangat masa kini dan akan menjadi geng drama pendengar u

SIAPA THE SARA SISTERS ?

Image
Label hiburan popular tanah air, Rocketfuel Entertainment sekali lagi menerajui industri muzik tempatan dengan memperkenalkan sebuah kumpulan pop wanita yang terdiri daripada 4 adik-beradik di bawah naungan mereka yang dikenali sebagai ‘ The Sara Sisters ’. Mungkin ramai yang telah mengenali The Sara Sisters sebelum ini sebagai bintang TikTok yang popular dan sering trending melalui konten-konten menarik yang pernah dihasilkan mereka semua. The Sara Sisters yang kesemuanya berasal dari Kuala Lumpur terdiri daripada Sara Jasmin , 27, Sara Alia , 22, Sara Aqila , 21, dan Sara Qaleesya , 20. “Alhamdulillah, terima kasih yang tidak terhingga buat pihak Rocketfuel kerana sudi menyunting kami 4 beradik untuk menjadi artis di bawah naungan mereka. “Semuanya bermula ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama pada tahun 2020 di mana kami sering menghasilkan video cabaran tarian di TikTok dengan mendapat banyak tanda suka sehingga mula dikenali ramai,” kata Sara Jasmin. Kumpulan ad

Sajian Menarik Di Marina Island

Image
Korang peminat menu western? Jom cuba pelbagai variasi pasta dan makanan fusion kat hidden café tepi laut di Marina Island ini! Ada Spicy Shrimp and Spaghetti Aglio Olio, Creamy Scallop Pasta, Chicken Chop, Mushroom Soup, Tom Yam Soup, dan pelbagai lagi._  Dekorasi dalaman café ini sangatlah estetik dan pemandangan luar luas membiru. Sesuai untuk #OOTD dan menikmati suasana matahari terbenam.    Makanan sedap, tempat cantik, dan harga mampu milik 😋 Jom cuba! 📍 Rockbund Café, Marina Island Pangkor Isnin – Khamis: 4 ptg hingga 11 malam Jumaat – Ahad: 1 ptg hingga 11 malam  📞 Nadia (016-574 3200) / Cafe (011-351 33633) *IG:* https://www.instagram.com/p/CgTL5siFQET/?igshid=NWRhNmQxMjQ= *FB:* https://www.facebook.com/360226337407539/posts/pfbid02fJs1GkPgJtQFqsPMoU5WaPrJanYuy5iNeBTkoBChqKPViR4qYmzqmZaWwsh8AJVfl/?d=n

SWEET QISMINA MUNCUL DENGAN ‘NAMO’

Image
Siapa yang tidak kenal dengan pelakon cantik dan popular tanah air Sweet Qismina. Terbaharu, Sweet hadir dengan single debutnya berjudul ‘Namo’ yang bakal mewarnai persada muzik Malaysia, hasil ciptaan barisan komposer ternama negara seperti Mas Dewangga, Jova Devito dan Aden King, dan diterbitkan oleh syarikat rakaman tersohor, Warner Music Malaysia. “Berdebarnya rasa hendak perkenalkan single sulung saya ini, kerana ini merupakan percaturan pertama saya dalam bidang muzik, mungkin dahulu saya pernah muncul sebagai penyanyi undangan, kini sayalah aksi utamanya,” kata Sweet memulai bicara. Pemilik nama penuh Farhanna Qismina Supandi, 24 tahun yang memulakan karier dalam industri hiburan tempatan seawal 9 tahun sudah melalui bermacam-macam fasa dalam perjalanan seninya, kini, fasa seterusnya sebagai penyanyi profesional bakal bermula, ulas Sweet, “Tidak ubah seperti sebuah pengembaraan yang menyeronokkan, saya bermula dari kecil sehingga sekarang dengan mencuba pelbagai caba

Luahan Hati Yana Dan Yonnyboii

Image
  Single berbahasa Inggeris, I  need u   yang dilancarkan pada Mac lalu sekali berjaya mencuri perhatian pencinta muzik tempatan. Malah, semakin ramai yang mengagumi bakat dimiliki YANA   bukan  saja sebagai penyanyi, tapi juga pencipta lagu. Muncul dengan identiti muzik tersendiri sejak di awal  pembabitan   dalam industri muzik tanah air, YANA yang dahulunya menggunakan nama pentas  Shalma Eliana   terus melangkah jauh mempertaruhkan kelebihan yang a da pada   dirinya . Biarpun penyanyi baharu muncul bak cendawan tumbuh selepas hujan, imej dan muzik yang dibawakan YANA meletakkan dirinya ke depan selain yakin dengan percaturan dibuat   terutama dari segi lagu - lagu yang dilancarkan. Selepas beberapa lagu  dihasilkan seperti Janji Terindah, Aroma, Rambang, Your Loss dan I  need u , terbaharu YANA muncul dengan single berjudul  HATI   berkolaborasi dengan komposer dan rapper Yonnyboii. Lagu  bergenre R&B   dan r egg a eton  hasil ciptaan Yonnyboii serta lirik oleh Yonn

Klangit Tampir Dengan Lagu Terbahru Pusing

Image
Klangit adalah sebuah band yang telah membuat kemunculan pada tahun 2008 dan sehingga  kini masih menempah nama di persada musik industri tanah air. Nama band Klangit adalah  asalnya bernama “ADRIBAND” dan telah ditukarkan pada Klangit pada tahun 2010. Idea  nama Klangit adalah melambangkan destinasi yang jauh dan tinggi yang ingin digapai  bersama. Mereka yang dikenali dengan lagu Sesal Mendua masih mengekalkan hala tuju  muzik mereka sebagai pemain Modern Rock, Pop, Electro dan Ballad Rock. Klangit kini  dianggotai oleh Ary sebagai vokalis dan Haris sebagai pemain gitar. Terkini, Klangit telah disambar oleh pihak syarikat rakaman Rusa Music pada tahun 2020 dan telah membuahkan hasil pertama mereka atas kerjasama Rusa Music. ‘Aku Masih Disini’ adalah tajuk single pertama mereka bersama Rusa Music pada tahun 2020 juga. Aku Masih  Disini telah memperoleh hampir 1 juta tontonan di Youtube Rusa Music. Dan terbaru,  Klangit berjaya menghasilkan single ke dua mereka yang bertaju

MUSIC OF THE SOUL :AN EVENING BERSAMA DATO’ SRI SITI NURHALIZA

Image
    Yayasan Nurjiwa akan mengadakan persembahan amal khas yang dijayakan oleh penyanyi Dato’ Sri Siti Nurhaliza pada 5 & 6 November 2022 di Dewan Plenary, KLCC, bermula pukul 8.45 malam. Tiket-tiket berharga RM188, RM288, RM388, RM488, RM588, RM788, RM888 dan RM1188 mula dijual pada hari ini di www.myticket.asia atau menerusi hotline +603-86050196. Persembahan dua malam ini bertujuan mengisi dana Yayasan Nurjiwa bagi meneruskan misi bantuan serta mengubat rindu para peminat Siti Nurhaliza untuk menonton aksi penyanyi kesayangan mereka. Artis jemputan bagi persembahan ini merupakan seorang legenda rock tanahair iaitu Dato’ Awie. Gandingan kedua-dua artis ini juga merupakan elemen istimewa yang akan dipersembahkan di Dewan Plenary, KLCC. Sebagai penerbit, Yayasan Nurjiwa berharap persembahan ini akan mencapai sasaran supaya lebih banyak misi bantuan dapat dilaksanakan terutama pada musim banjir, bantuan berterusan ke Palestin serta bencana alam lainnya.  

Sejarah! Anniversary Tour, 30 Years of Dewa 19 Pada 10 September 2022 Ahmad Dhani Kumpulkan 4 Vokalis Atas Satu Pentas

Image
   Dewa 19 kembali ke Malaysia! Untuk kali ini band tersohor Indonesia tersebut akan menebus rindu yang belum tuntas dan sekaligus menebus janji mereka apabila pengasasnya, Ahmad Dhani dipastikan hadir bersama.   Tandakan tarikh keramat ini dalam kalendar anda. 10 September 2022, Axiata Arena, Kuala Lumpur menanti Baladewa dan peminat untuk merayakan kedatangan Dewa 19 yang kali ini hadir untuk menandakan satu lagi momen penting dan bersejarah.   Hadir dalam rangka Anniversary Tour, 30 Years of Dewa 19, kumpulan yang sudah memulakan tour mereka di beberapa kota di Indonesia ini turut menjadikan Malaysia sebagai negara yang ikut merayakan ulang tahun ke-30 penubuhan mereka.   ‘30 Tahun, 30 Kota, 30 Lagu’ begitu slogan ringkas namun cukup padat yang disampaikan kepada para peminat untuk konsert julung kali ini.   Dhani malah berjanji dalam 30 lagu tersebut, akan ada banyak rendisi yang tidak pernah serta jarang dipersembahkan dalam

SYAZWAN SYAHMI HADIR DENGAN ‘SALAHKAHKU’

Image
Pendatang baharu yang juga merupakan juara pertandingan  nyanyian Penyanyi Top ERA Kucate pada bulan Februari yang lalu, Syazwan Syahmi hadir dengan single perdananya yang berjudul ‘ Salahkahku ’ yang diterbitkan oleh label terkemuka Malaysia, Rocketfuel Entertainment . “Syukur Alhamdulillah di atas kemenangan ini kerana ia telah membuka ruang buat saya untuk tampil dengan single terbaharu di bawah naungan Rocketfuel. “Selain memenagi wang tunai berjumlah RM5,000, sekaligus saya menerima kontrak rakaman bersama-sama Rocketfuel,” kata pemilik nama sebenar Syazwan Syahmi Muhammad Rosdi. Penyanyi muda berusia 23 tahun yang berasal dari negeri Kelantan ini juga merupakan lulusan Diploma dalam bidang Ukur Bahan (Quantity Surveyor). “Saya sedar pentingnya pelajaran, oleh sebab itu saya habiskan dahulu pendidikan diploma dan mencuba bidang nyanyian setelah tamat pengajian. “Minat menyanyi telah pun bermula ketika saya berusia 14 tahun lagi dengan bermain gitar secar

BOBOY LANCAR LAGU BARU SELEPAS DUA DEKAD

Image
Kumpulan remaja yang pernah mencetuskan fenomena pada awal era 2000,  Boboy kembali disatukan selepas 20 tahun menyepi demi mengubati kerinduan dan penantian peminat mereka. Projek penyatuan semula (reunion) kumpulan yang popular dengan lagu ‘Episod Cinta’ (2001) itu menjadi  kenyataan akhirnya susulan kejayaan vokalisnya, Naqiu yang bergiat aktif secara solo selepas bergelar Juara  Gegar Vaganza (GV) 6 pada 2019. Menurut Naqiu, impian untuk disatukan dengan Boboy didorong oleh permintaan yang tinggi daripada para  peminat sejak penyertaannya dalam GV6. Berikutan perbincangan dan perancangan yang rapi dengan pihak  pengurusan, MindOrder Management Sdn Bhd, hasrat itu direalisasikan pada tahun ini selepas mendapat  kesepakatan dengan tiga lagi anggota asal Boboy. “Saya bersyukur projek ‘reunion’ dengan abang-abang saya ini menjadi kenyataan akhirnya. Pada mulanya, saya  mensasarkan untuk ‘reunion’ pada hujung 2021 tapi ia terpaksa ditangguhkan kerana komitmen jad

Nabil, Azad Jasmin, Radin Penyambung Legasi Slot Pagi Radio ERA

Image
Stesyan Radio No 1 Negara ERA Radio kini menampirkan Segmen baru dan juga peyampai baru. Selepas 10 tahun digandingkan dalam segmen pagi Di Era, jenama JoHaRa kini digantikan dengan 3 Pagi Era yang menampilkan Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin. Namun Segmen JoHaRa sebelum yang diterajui tiga penyampai popular iaitu Johan, Hanif Hamzah dan Ray. Pengumuman itu dibuat pada majlis sidang media Pengenalan Personaliti Baharu Era yang berlangsung Tiffin At The Yard, Sentul Depot, Petang tadi. Pengurus Kandungan Era, Hani Fadzil berkata kali ini Era menampilkan perubahan beberapa segmen seperti 3 Pagi Era, 101 Era dan Daebak Era. Bercakap mengenai gandingan tiga penyampai bahru pagi itu, Hani menjelaskan pihaknya cuba membawa kelainan dengan memperkenalkan hiburan infotainment bagi memenuhi selera pendengar. “Pihak Era merasakan sudah sampai masanya untuk kami bawa perubahan baharu untuk para pendengar yang selama ini menyokong kami sehingga menjadikan Era terus kekal sebagai stesen radio nom

DOKUMENTARI PENGHASILAN PRODUK MENGUJAKAN DALAM “SECRETS OF THE SUPERFACTORIES” DI TV1

Image
 Mendedahkan infomasi sambal memberi pengetahuan kepada penonton-penonton pembuatan produk jenama-jenama terhebat dihasilkan, Radio Televisyen Malaysia (RTM) berkongsi menyiarkan dokumentari Inggeris bertajuk “Secrets of The Superfactories” sedang bersiaran setiap Isnin dan Selasa, pukul 12.05 tengah hari di TV1.   Dokumentari lapan episod ini menonjolkan perkongsian tentang kilang yang berkembang menjadi lebih pantas, lebih hijau dan lebih inovatif berbanding sebelum ini. Kamera tersembunyi di tempat tertutup untuk mendedahkan kilang paling pintar dan paling hijau di bumi, menghasilkan produk yang rumit penghasilannya, inovasi dan ketepatan yang menakjubkan produk itu dipasarkan.   Episod pengenalannya mendedahkan tentang produk Supercar UK Mclaren, Pensil Faber-Castell, Gergaji Stihl As, dan Kicap Shoda Shoyu Jepun dimana memperlihatkan pengeluaran kereta super UK McLaren, kilang Jerman yang menghasilkan 500,000 pensil Faber-Castell sehari, gergaji mesin STIH

Dewi Remaja Kini Kembali

Image
Setelah dua bulan berlalu sejak sesi uji bakat dilangsungkan, 16 orang finalis telahpun diumumkan sebagai peserta pencarian Dewi Remaja 2022. Menerusi sebuah sidang media yang dilangsungkan pada 7 Julai 2022 (Khamis) bertempat di Z Botanica by Nicsmann One Utama, kesemua finalis telah diperkenalkan satu-persatu kepada rakan media, rakan selebriti dan penonton yang mengikuti sidang media secara langsung menerusi aplikasi media sosial rasmi Majalah Remaja.   Buat julung kalinya juga, pencarian Dewi Remaja 2022 memperkenalkan hos tetap, Fikry Ibrahim dan juri tetap, Rozita Che Wan. Fikry Ibrahim dipilih atas kriteria karisma, kebolehan mengendalikan program televisyen realiti dan pakej yang ditampilkan bersesuaian dengan imej program.   Manakala, pemilihan Rozita Che Wan sebagai juri tetap tunggal pada musim ini menyuntik satu kelainan memandangkan ini merupakan kali pertama beliau diberikan tugas tersebut. Rozita Che Wan merupakan salah seorang finalis pada edisi pe