Luahan Hati Yana Dan Yonnyboii


 Single berbahasa Inggeris, I need u yang dilancarkan pada Maclalu sekali berjaya mencuri perhatian pencinta muzik tempatan. Malah, semakin ramai yangmengagumi bakat dimiliki YANA bukan saja sebagai penyanyi, tapi juga pencipta lagu.
Muncul dengan identiti muzik tersendiri sejak di awal pembabitan dalam industri muzik tanah air,YANA yang dahulunya menggunakan nama pentas Shalma Eliana terus melangkah jauhmempertaruhkan kelebihan yang ada pada dirinya.
Biarpun penyanyi baharu muncul bak cendawan tumbuh selepas hujan, imej dan muzik yangdibawakan YANA meletakkan dirinya ke depan selain yakin dengan percaturan dibuat terutamadari segi lagu-lagu yang dilancarkan.
Selepas beberapa lagu dihasilkan seperti Janji Terindah, Aroma, Rambang, Your Loss dan I needu, terbaharu YANA muncul dengan single berjudul HATI berkolaborasi dengan komposer danrapper Yonnyboii.
Lagu bergenre R&B dan reggaeton hasil ciptaan Yonnyboii serta lirik oleh Yonnyboii dan Siqmaitu diterbitkan oleh syarikat rakaman Universal Music Malaysia.
YANA, 22, atau nama sebenarnya Shalma Eliana Bruhanutheen berkata, mesej utama yang ingindisampaikan dalam lagu HATI ini adalah menghargai setiap saat yang dilalui bersama seseorangmeski pernah disakiti.


Lagu HATI ini menghuraikan perasaan seseorang yang berasa ragu, tidak tenteram, dan pelbagaiduka yang dilalui oleh seseorang. Lagu ini juga menerangkan dan meluahkan rasa kecewaterhadap individu yang tidak pernah mencuba untuk menjaga hati individu lain. Dengan harapankhalayak ramai akan memahami dan menjadi lebih peka dan sensitif menjaga hati mereka yanglain.
Namun, menerusi lagu HATI ini, mesej utama yang ingin diketengahkan adalah berkompromiuntuk seseorang yang sudah menyakiti anda, tetapi anda tahu mereka banyak memikirkan andadalam hidup dan anda menghargai setiap saat ini. Walaupun disakiti, anda berkompromi untukkeamanan anda sendiri dan sentiasa ada untuk mereka yang memerlukan,” katanya.
Berkongsi lanjut, YANA berkata lagu HATI dihasilkan bersama Yonnyboii dengan memberikanidea agar lagu itu lebih menarik.
“Lagu ini ditulis di tempat Yonnyboii. Saya masih ingat dia mula menulis lagu ini kemudian sayamemutuskan untuk menulis bahagian saya kerana saya akan dapat mengaitkannya dengan lebihlanjut. Penulisan lagu lancar kerana saya dan Yonnyboii duduk bersama dan melihat apa yangpaling sesuai.
“Gabungan idea dalam menghasilkan lagu HATI ini memberikan satu lagi sentuhan segar agarhasilnya nanti bukan saja sedap didengar, tapi juga mampu menarik perhatian pencinta muziktempatan dan peminat,” katanya.
Tidak hanya berkolaborasi bersama, YANA menyifatkan bekerjasama dengan Yonnyboii adalahpengalaman yang cukup berharga.

Comments

Popular posts from this blog

Mahu dengar 'tembakannya tepat'? Saksikan "Gegar Vaganza Bunda-Petik" .

PEMENTASAN TEATER DI SEBALIK TOPENG KETENGAHKAN ISU KESIHATAN MENTAL

KONSERT WINGS THE ROCK EMPEROR KUALA LUMPUR CHAPTER 16.12.2023 STD. MALAWATI SHAH ALAM